Monday, December 29, 2008

Guan Eng slams attack on Palestine

Penang Chief Minister Lim Guan Eng today urged the federal government to tell the United States to stop its blind support of Israel. Lim, who is also DAP secretary-general, said the Israeli fighter jet attacks on Gaza, Palestine killed 200 people while hundreds more were injured.

“On behalf of the DAP, I strongly condemn the Israeli attacks on civilians and urge Israel to stop its savage attacks and find peaceful ways,” he said in a statement here today. Lim said the best way to resolve political problems was through peaceful negotiations and there was no need to have bloodshed towards finding peace in the Middle East.

“I call on the Malaysian government to call in the United States ambassador to MalaysiaUS support of Israel even though it is clear that the unhumanitarian bombing has killed and injured civilians, including children, who committed no sin,” he said.

Lim also extended ’Ma’al Hijrah’ greetings to Muslims everywhere.
to register the objections of the Malaysian people for the blind

Saturday, December 27, 2008

Kerajaan BN beri 'Ang Pau' RM300, umpan pengundi Cina


KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Hrkh)- Pengundi Cina diingatkan agar tidak termakan 'umpan' dana khas kerajaan Persekutuan yang kini mula diagihkan sebagai 'Ang Pau' oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Pengerusi DAP cawangan Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata pembahagian duit 'Ang Pau' yang digunakan dari peruntukkan dana khas sedang giat diagih-agihkan kepada penduduk di Bandar Kuala Terengganu.

Katanya, pemberian tersebut berselindung atas nama sempena Tahun Baru Cina diagih-agihkan kepada penduduk berketurunan tionghua.

"Saya harap rakyat terutama pengundi kaum tionghua yang akan terlibat dengan Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu ini tidak termakan "umpan" dana khas RM300 seorang itu.

"Duit 'Ang Pau' dana khas itu boleh ambil sebab bukan duit peribadi pemimpin MCA-BN tetapi itu memang duit rakyat yang diambil dari royalty.

"Saya harap rakyat boleh ambil duit sahaja tetapi undi dalam Pilihan Raya Kecil pada 17 Januari 2009 depan kita (pengundi) tidak gadai hanya kerana 'habuan' RM300 sahaja," jelasnya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yakin para pengundi dan rakyat di Terengganu ini terutama kaum tionghua sudah matang berpolitik serta dapat mengikut arus perubahan tsunami politik seluruh negara.

Kata Ng, pemberian dana khas (Ang pau) itu sememangnya patut diberikan kepada semua rakyat yang layak dan bukan di kalangan pengikut serta penyokong MCA dan kerajaan BN sahaja."Orang (BN) bagi duit ambil, orang bagi kain pakai, orang bagi gula kacau, tetapi tiba masa mengundi kita (rakyat) tolak BN undi PAS," ujarnya mengambil kata-kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, masyarakat Cina di Kuala Terengganu ini tidak mendapat pembelaan yang baik meski pun mempunyai seorang wakil rakyat dari kalangan parti MCA.

Katanya, pelbagai masalah gagal diselesaikan oleh kerajaan BN termasuk kesesakan jalan di Bandar, kekurangan parkir kereta, longkang tersumbat, banjir kilat dan pembangunan tidak seimbang.

Friday, December 26, 2008

Chinese voters won’t be swayed by hudud issue : DAP

IPOH: Chinese voters in Kuala Terengganu will not be swayed by the hudud issue in the upcoming by-election, DAP vice-chairman M. Kulasegaran said.

They were mature enough to see that the issue was being played up by Barisan Nasional, he claimed.

“The matter has been debated many times over. There is nothing new to it,” he said Thursday after opening the DAP service centre of Jelapang assemblyman Hee Yit Foong.

Kulasegaran said that he respected PAS for wanting to implement hudud laws, and that Islam was the party’s aspiration.

“It is still subject to amendments to the Federal Constitution,” he however added, noting that PAS would not be able to get the two-thirds majority to amend the Constitution.

It had been reported that Chinese voters, constituting 11% of the electorate in the parliamentary seat, were crucial for Barisan to maintain the seat.

Kulasegaran, who is also Ipoh Barat MP, stressed that even if the hudud laws were to be implemented, the lifestyle of non-Muslims would not be affected.

“It is the party’s (PAS) stand. I respect them for their stand. It is their business,” he added.

Saturday, December 20, 2008

Beri Duit ‘Angpau’ Dengan Ikhlas, Jangan Jadi ‘Alat’ Ugut Rakyat

Kuala Terengganu - Barisan Nasional khususnya MCA diingatkan supaya mengagih-agihkan duit ‘angpau’ kepada 8,000 penduduk tionghua negeri Terengganu dengan ikhlas dan tidak menjadikan pemberian itu sebagai satu ‘alat’ untuk mengugut rakyat menjelang pilihanraya kecil (PRK) parlimen Kuala Terengganu.

Pengerusi Penaja Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kampung China Kuala Terengganu Encik Ng Chai Hing berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ceramah Isu Sidang DUN Terengganu di Kampung Kolam, dekat sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yow yang mengatakan kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk tujuan tersebut

Ng berkata pemberian ‘duit raya’ menjelang Tahun Baru China oleh kerajaan negeri Terengganu adalah amat dialu-alukan, namun beliau bimbang kerana pemberian tersebut diumumkan pada waktu hampir kepada PRK Kuala Terengganu.

“Saya mengalu-alukan usaha kerajaan negeri yang memutuskan untuk beri ‘angpau’, tapi mengapa sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya,”katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yow yang mengatakan kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk tujuan tersebut

Menurut Ng, sebagaimana amalan yang dilakukan pada waktu lalu, ‘duit raya’ dari dana khas (wang ehsan) kerajaan persekutuan telah dijadikan alat untuk mengugut masyarakat Tionghua.

Pandangan Ng dikongsi bersama oleh ahli Kelab Penyokong PAS Encik Lee Ting Wan, 62, yang berasal dari Besut.

Beliau yang dihubungi Buletinonline samalam berkata MCA Besut juga melakukan perkara yang sama, mengugut orang-orang Tionghua Besut dalam pengagihan ‘wang ehsan’.

“Dia (MCA) panggil orang sokong dia, kalau tidak sokong, tak dapat ‘wang ehsan’, saya tak dapat, borang pun tak boleh sebab dia kata saya sokong Tok Guru,”katanya.

Lee yang menjalankan perniagaan sebagai Tukang Jahit menyatakan orang-orang kuat MCA berkata demikian kerana beliau telah meletakkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat didalam kedainya.

Oleh yang demikian, Ng berkata beliau bersama-sama rakan-rakanya di Kuala Trengganu akan membuat pemantauan terhadap pemberian duit angpau itu supaya ianya akan sampai kepada matlamat dan sasaran sebagaimana tujuannya.

“Kita akan tengok, orang ramai yang dapat duit itu benar-benar layak, kita akan buat laporan sekiranya ada apa-apa yang tak kena,”tambahnya.

Buletinonline difahamkan, borang duit ‘angpau’ tersebut telah mula diedarkan di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Terengganu mulai semalam.

Monday, December 15, 2008

BN Cuba Menarik Sokongan Dengan ‘Wang’


Kuala Terengganu - Rakyat diharap tidak terpedaya dengan penyerahan wang berjumlah RM408.6 juta oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak kepada Menteri Besar Dato’ Ahmad Said, yang dikatakan sebagai ‘tambahan atau baki royalti’ tahun 2007 dan 2008 pada Sabtu lalu.

Pengerusi Penaja Parti Tindakan Demokatik (DAP) Kuala Terengganu Ng Chai Hing menyifatkan penyerahan wang sebanyak RM408 juta adalah cubaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menarik perhatian pengundi menjelang pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Beliau berkata pembayaran royalti petroleum yang sebenarnya haruslah mengikut prosedur undang-undang sebagaimana perjanjian yang dibuat dibawah akta petroleum tahun 1974.

“Ia gimik politik, cuba meraih publisiti untuk menarik perhatian pengundi menjelang pilihanraya kecil kuala Terengganu, bukan pembayaran royalti sebanar,”ujarnya kepada laman media informasi terkini, Buletinonline semalam.

Menurutnya pembayaran royalti sebenar sebagaimana yang digembar-gemburkan, belum diselesaikan sebagaimana jawapan yang diberikan oleh Ahmad Said dalam Sidang Dewan Udangan Negeri semalam.

Dalam perkembangan menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu beliau berkata persiapan DAP sedang rancak berjalan dan semua pengaturan jadual telah dibuat.

Katanya beliau akan ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat untuk mendapatkan bekalan bagi persiapan pilihanraya itu berupa poster, sepanduk dan bendera DAP.

Sunday, December 7, 2008

DAP leaders to campaign in Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: About 200 DAP national leaders are expected to campaign for the Pakatan Rakyat candidate in the parliamentary by-election here.

Kampung Cina DAP chairman Ng Chai Hing said the leaders would take turns to hold ceramah and conduct house-to-house campaigns.

He said the party’s focus would be the Chinese voters who were more concerned about national issues.

“The local issues will not influence the voters, except for the recent delay in providing flood assistance.

“The bickering among Barisan Nasional parties will work to our advantage. We are planning the strategies to attract the voters, especially the fence-sitters,” he said.

The Kuala Terengganu seat fell vacant following the death of Deputy Education Minister Datuk Razali Ismail last week.

Ng said they would concentrate on Bandar state seat now held by the MCA’s Toh Chin Yaw and Ladang (held by PAS) where there is a substantial number of Chinese voters.

The other state seats are Wakaf Mempelam and Batu Burok, both held by PAS.

Pakatan Rakyat is likely to field a local PAS leader based on the voters’ sentiments and the candidates tipped for nomination are state PAS Commissioner Datuk Mustafa Ali, former Batu Burok assemblyman Wan Abdul Mutalib Embong and present Batu Burok assemblyman Dr Syed Azman Syed Nawawi.

PAS assemblyman for Ladang Datuk Tengku Hassan Tengku Omar said he would go all out to wrest the constituency from Barisan Nasional - The Star

Thursday, December 4, 2008

Pilihanraya Kecil (P036) Parlimen Kuala Terengganu

Berikutan kekosongan Parlimen Kuala Terengganu ekoran kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada 28 November lalu, satu pilihanraya kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.

Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan memberikan sokongan kepada PAS meletakkan calonnya mewakili parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Oleh itu, DAP melalui Pengerusi Penaja Cawangan Kampung Cina Kuala Terengganu sedang mengambil tindakan untuk mengatur jentera kempen bagi membantu PAS.

Justeru pihak DAP Pusat telah memberi arahan untuk mengenalpasti dan memilih lokaliti strategik dalam DUN Bandar Kuala Terengganu dan kawasan yang mempunyai pengundi-pengundi dikalangan kaum Cina, untuk dijadikan pusat operasi sepanjang kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

DAP merancang untuk menurunkan tidak kurang dari 200 orang pemimpin pelbagai peringkat bagi menguatkan jentera kempen PAS.

Sehingga kini, tiga lokaliti yang strategic itu dikenalpasti dua adalah terletak di kawasan Kampung China dan satu di Batas Baru.

DAP menyeru semua pengundi-pengundi Cina dalam Parlimen Kuala Terengganu agar bersama-sama membantu kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu seterusnya menolak UMNO dan Barisan Nasional, sebuah parti yang telah memerintah Malaysia dengan cara yang tidak demokratik, perkauman, melakukan banyak penyelewengan dan rasuah.

DAP mengalu-alukan orang ramai yang ingin mendaftar diri sebagai sukarelawan dan memberi sumbangan untuk pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu agar menghubungi Pengerusi Penaja DAP Cawangan Kampung China, Encik Ng Chai Hing