Saturday, January 30, 2010

MCA Sudah Hancur !

Tiada pemilihan semula dalam MCA

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat (CC) MCA hari ini memutuskan tidak akan mengadakan pemilihan parti baru bagi memilih pemimpin pusat buat masa ini.

Timbalan presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek, berkata ia berikutan hanya 13 daripada 31 ahli CC yang dipilih, menghantar surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada setiausaha agung parti.

Beliau berkata, disebabkan jumlahnya tidak mencukupi untuk membolehkan pemilihan baru diadakan, sebagai mana yang ditetapkan oleh perlembagaan parti MCA, pemilihan tidak dapat dijalankan.

"Bagaimanapun ahli CC boleh pada bila-bila meletak jawatan, tanpa sekatan daripada mana-mana pihak," katanya pada sidang media selepas mesyuarat CC selama empat jam di Wisma MCA di sini, hari ini.

Katanya, presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat dan naib presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak dapat bersama pada persidangan media petang ini kerana terpaksa beredar lebih awal disebabkan ada urusan lain.

Mesyuarat petang ini diadakan bagi merumuskan satu ketetapan sekiranya perlu diadakan pemilihan semula parti MCA. Bulan lalu, Liow bersama 12 ahli CC lain mendesak supaya diadakan pemilihan parti yang baru, dengan menghantar surat peletakan jawatan tanpa tarikh kepada setiausaha agung parti.

Kegagalan kumpulan Liow mendapatkan cukup ahli CC untuk meletak jawatan menghalang usahanya untuk mengadakan pemilihan baru pada awal Januari lalu, selepas tempoh dua minggu untuk menghantar surat peletakan jawatan berakhir pada hari sambutan Krismas tahun lalu.

Dr Chua berkata, bagi membolehkan pemilihan parti dilaksanakan, dua pertiga, atau 21 daripada 31 ahli CC yang dipilih, perlu meletak jawatan.

Katanya, semua 13 individu yang meletak jawatan itu masih ahli CC kerana surat peletakan jawatan mereka hanya akan berkuatkuasa apabila jumlah tandatangan mencukupi 21 ahli bagi membolehkan pemilihan parti diadakan.

Dr Chua seterusnya mengumumkan perlantikan bekas naib presiden, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn sebagai pengerusi lembaga disiplin yang baru dan veteran parti, Chan Tsu Yen sebagai timbalan.

Turut dilantik ialah Datuk Lim Si Cheng, Ivan Chen Kai Heng dan Lau Chih Siang, untuk menjadi ahli lembaga disiplin.

Kekosongan lembaga disiplin MCA berlaku berikutan peletakan jawatan lima ahlinya yang diketuai veteran parti, Ng Cheng Kiat pada November 2009.

Turut meletak jawatan ialah Datuk Jimmy Low Boon Hong, Datuk Ng Soon Por, Dr Lai Kuan Fook and Lau Chih Siang.

Mereka memutuskan untuk meletak jawatan selepas keputusan mereka untuk memecat Dr Chua dibatalkan perwakilan pada mesyuarat agung luar biasa 10 Oktober lalu.

Dr Chua turut mengumumkan pelantikan Simon Lim Seng Chai sebagai setiausaha penyelaras kebangsaan yang baru dan Datuk Tee Siew Kiong sebagai timbalan.

Sambutan ulang tahun parti akan diadakan pada 6 Mac diikuti perhimpunan agung tahunan (AGM) 2009 yang tertangguh sebelum ini pada keesokan harinya, 7 Mac, dan akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perhimpunan Agung Pemuda dan Wanita akan diadakan pada pagi 6 Mac.

Naib presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa sambutan ulang tahun MCA manakala setiausaha agung MCA, Datuk Wong Foon Meng dilantik pengerusi dalam menguruskan AGM parti. - Bernama

Tuesday, January 26, 2010

Najib should set a two-Week deadline

to resolve the “Allah” controversy to salvage his 1Malaysia slogan and to defuse the latest factor driving away Malaysian talents and FDIs

The Prime Minister Datuk Seri Najib Razak should set a two-week deadline to resolve the “Allah” controversy to salvage his 1Malaysia slogan and to defuse the latest factor driving away Malaysian talents and FDIs.

The Police are to be commended for their quick arrests in connection with four arson attacks on churches and suraus and Malaysians hope that the police can expeditiously resolve all the 15 cases of arson and vandalism against places of worship in the first three weeks of the year since the Kuala Lumpur High Court judgment on the “Allah” controversy on Dec. 31 last year.

Right from the beginning, this controversy had been mishandled by the authorities, in particular the political leadership, who have failed to fully realize the negative impact and far-reaching consequences of the issue to the country.

The Home Minister, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, for instance, should stop play politics on the issue and not allow his political role as Umno leader to wrongly influence his professional judgment and other aspects of his duties as Home Minister.

For instance, Hishammuddin said in Kuala Terengganu on Friday that the arson attacks on churches and suraus in the country could be attempts to undermine the 1Malaysia vision.

However, he contradicted himself yesterday when he said that the four arsonists arrested in connection with the arson attempts at two suraus in Muar were “simply seeking public attention” and had acted on their own.

Such flip-flops and self-contradictions by the Home Minister, together with other earlier instances of his mishandling of the controversy, are not calculated to inspire public confidence in his competence and professionalism to fully realize the full and far-reaching consequences of the “Allah” controversy.

The Cabinet Ministers have so far proved to be great disappointments in ensuring that there is quick and satisfactory solution to the “Allah” controversy in keeping with the 1Malaysia concept.

The Cabinet on Wednesday should not continue to disappoint the country and should give full support for a two-week deadline to resolve the “Allah” controversy without prolonging the issue, which can only drive away more Malaysians overseas as well as foreign investors, tourists and students apart from delivering a fatal blow to Najib’s 1Malaysia slogan and concept.

Media Statement (2) by Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Monday, 25th January 2010:

Sunday, January 24, 2010

Kit Siang: Pakatan sudah bersedia mara tanpa Anwar

ULU YAM, Jan 24 – Penasihat DAP Lim Kit Siang meskipun mengulangi kebimbangan ramai bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan terjejas tanpa kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan untuk terus mara - sasaran menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Orang kuat DAP itu percaya bahawa PR yang kini menguasai empat negeri semakin berkembang dan mantap sejak ia ditubuhkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Beliau tidak menolak kebimbangan di kalangan komponen PR dan penyokong-penyokongya bahawa ikatan pembangkang peringkat persekutuan itu akan musnah jika Anwar, ketua umumnya, diheret ke penjara dalam perbicaraan kes liwat keduanya.

“Sudah pasti kami bimbang dan kami tidak mahu melihat beliau dimasukkan ke dalam penjara kerana tuduhan yang direka ini, tetapi (ketiadaan beliau) bukan perdebatan utama memandangkan PR secara terus melangkah dengan matlamat perjuangannya,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini kepada The Malaysian Insider selepas majlis makan malam kempen DAP di sini.

“Kami sudah bersedia,” kata ahli politik veteran ini yang pertama kali dipilih sebagai anggota Dewan Rakyat pada 1969.

Anwar dilihat sebagai faktor utama yang menggandingkan ketiga-tiga parti komponen dalam PR iaitu PKR, DAP dan PAS di sebalik perbezaan ideologi masing-masing.

Ramai khususnya penentang Anwar dan penyokong-penyokong PR percaya kesemua usaha itu akan terjejas sekiranya penasihat PKR itu disabitkan dalam kes liwat keduanya, yang dijangka bermula awal bulan depan.

Pemimpin-pemimpin PR pula percaya bahawa ia merupakan usaha untuk membunuh kerjaya politik Anwar dan juga pengaruh PR.

Anwar sendiri sudah mengambil langkah-langkah awal dengan mengadakan pelbagai program langsung dan tidak langsung termasuk ceramah, taklimat kepada diplomat asing dan mengedarkan bahan-bahan penerangan sejak sebulan yang lalu.

Kes liwat kedua, usaha membendung rasuah sejak seminggu lalu dan tanggapan bahawa PR anti-Islam telah memaksa ikatan ini mengadakan perhimpunan di seluruh negara untuk mengekalkan sokongan kepada mereka dalam menghadapi kempen agresif kerajaan persekutuan BN.

Lim bagaimanapun kekal optimistik bahawa PR dan pengundi mereka - sebagaimana dikehendaki oleh Anwar - sudah matang dan sudah mula meninggalkan “politik ikon” dan akan memikat undi berdasarkan landasan siapa yang boleh memberikan kerajaan yang baik.

“Ya, Anwar telah memainkan peranan unik dengan membawa kami bersama tetapi selepas dua tahun, saya percaya PR telah terbukti bahawa ia boleh kekal bersama dan kami boleh pergi tanpa beliau,” katanya.

Lim dan rakan-rakannya percaya bahawa Dasar Bersama PR yang diterima pakai pada konvensyen sulungnya pertengahan bulan lalu merupakan salah satu pencapaian penting ikatan itu dan ujian kepada kesungguhan ketiga-tiga komponen untuk terus bekerjasama.

Dasar itu merupakan manifesto bersama PR dalam usahanya menggulingkan BN dari Putrajaya.

Bagaimanapun para pemerhati masih sangsi dengan dasar bersama itu, yang dilihat sebagai terlalu superfisial, sama ada cukup kuat untuk mengatasi perbezaan ideologi di kalangan komponen khususnya antara PAS dan DAP.

Datuk Zaid Ibrahim dari PKR pernah mengesyorkan agar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai ketua umum PR apabila ia didaftarkan sebagai ikatan formal.

Bagaimanapun sokongan kepada Menteri Besar Kelantan itu untuk peranan tersebut masih samar-samar. - MalaysianInsider

Monday, January 18, 2010

DAP pancing pengundi guna pendekatan ‘jalan tengah’

KUALA LUMPUR, Jan 18 — Persidangan kebangsaan ke-15 DAP pada hujung minggu lepas telah membayangkan bahawa parti itu dan sekutunya dalam pakatan pembangkang akan berusaha menyesuaikan diri mereka dengan trend terbaru politik negara ini.

Penganalisis politik percaya pendekatan “jalan tengah” seperti diumumkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, menunjukkan pakatan pembangkang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berusaha menarik golongan “atas pagar” yang kini dikatakan semakin ramai.

“Mereka akan cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru politik dengan mengambil pendekatan jalan tengah untuk menarik golongan atas pagar yang tidak menganggotai mana-mana parti politik, tetapi amat terpengaruh dengan isu-isu,” kata penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian.

Dengan mengambil “jalan tengah”, beliau berkata parti itu mahu menunjukkan bahawa pembangkang menyediakan alternatif dan memperjuangkan “keadilan dan kesamarataan untuk semua rakyat Malaysia”, ketika beberapa parti politik masih mengambil pendekatan konservatif terhadap isu tertentu.

Di masa lalu, DAP mendapati dirinya menjadi sasaran pihak yang menganggap parti itu sebagai “kumpulan cauvinis Cina yang mahu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan mempersoalkan kedudukan agama Islam, agama rasmi negara”.

“Trend baru ini (jalan tengah) sesuai dengan senario politik semasa mengikut pemahaman mereka. Pengundi di kawasan bandar memilih untuk berada dalam kelompok ini dan pengundi bandar yang mengubah nasib mereka,” kata Sivamurugan.

“Melalui perkiraan secara konservatif, pembahagian sokongan di mana-mana kawasan sentiasa 35 peratus bagi (BN) dan 35 peratus bagi pembangkang manakala 30 peratus lagi ialah golongan atas pagar.

“Bagaimanapun, jumlah golongan atas pagar semakin meningkat, berdasarkan hakikat bahawa pengundi kini lebih berorientasikan isu dan tidak mahu terikat dengan mana-mana parti politik.

“Pada pilihan raya umum lepas, kira-kira 70 peratus golongan atas pagar dipercayai telah memberi undi mereka kepada pembangkang dan menjadi penentu penting yang menyebabkan kekalahan BN,” katanya.

Pakar strategi DAP dan anggota Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong menjelaskan keputusan pucuk pimpinan parti untuk mengambil “jalan tengah” yang diberi nama sebagai “Middle Malaysia”, dibuat berdasarkan strategi parti untuk melakukan perubahan.

“Tiada perubahan daripada segi idea. Apa yang berlaku ialah kami mahu memaparkan imej kolektif Pakatan Rakyat (PR) dan memperluaskan pendirian kolektif kami. Pemikiran pada masa kini ialah kerajaan mesti mempunyai daya tarik kepada semua masyarakat. Slogan sahaja tidak cukup untuk menarik sokongan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, parti itu memperjuangkan konsep “Malaysian Malaysia” yang menekankan kesamarataan bagi semua dan telah mendominasi ideologi parti sejak penubuhannya pada akhir 1960-an, tetapi dipandang dengan perasaan syak dan dibantah sesetengah masyarakat.

Liew berkata perubahan strategik itu dilakukan dalam konteks nasional — di mana parti itu mahu dilihat sebagai inklusif kepada semua bangsa dan dengan berbuat demikian, parti berharap untuk menjadi platform bagi trend politik semasa.

“Kami mahu mengisi ruang kosong itu. Inilah mesej kami. Ini bukan sekadar mengenai DAP tetapi PR secara keseluruhan,” katanya.

Bagaimanapun, Sivamurugan berkata masih banyak kerja perlu dilakukan oleh parti itu, khususnya dalam menyakinkan anggotanya sendiri yang parti memerlukan komponen lain dalam pakatan pembangkang jika mahu terus berkuasa.

“Mereka juga perlu menyakinkan parti komponen PR bahawa DAP bukan satu ancaman. Di samping itu, adalah sukar bagi mereka (pembangkang) untuk dilihat sebagai mengamalkan prinsip “bersetuju untuk tidak bersetuju” jika mereka gagal menyelesaikan sebarang isu,” katanya.

Pada masa ini, parti sudah menghabiskan separuh daripada penggalnya sebagai sebahagian kerajaan pakatan di Pulau Pinang dan Selangor, dan pendekatan baru parti itu dilihat sebagai hala tuju barunya dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sivamurugan juga berkata para pemimpin parti itu perlu berdepan dengan realiti yang mereka perlu bekerja tanpa pemimpin utama mereka seperti veteran DAP Lim Kit Siang, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Mereka perlu menangani era selepas Kit Siang, selepas Anwar dan selepas Nik Abdul Aziz jika mereka mahu melaksanakan pendekatan jalan tengah ini dan menyakinkan rakyat yang mereka merupakan pilihan tepat,” katanya.

Sementara parti-parti pembangkang dilihat cuba menyesuaikan diri dengan perubahan trend politik, Sivamurugan juga tertanya-tanya jika parti komponen Barisan Nasional (BN) akan turut berbuat demikian.

“Pembangkang dilihat lebih liberal. Apakah persediaan BN dalam menghadapi perubahan ini? Adakah mereka akan bersikap lebih konservatif atau mengikut rentak pembangkang dengan turut mengambil jalan tengah?” katanya.

“Apa juga pendekatan yang diambil oleh BN, ia tidak boleh dibuat secara ad hoc tetapi mereka perlu mencari penyelesaian jangka panjang.

“Mereka perlu mencari jalan lebih baik dalam memancing golongan atas pagar dan juga dalam memenuhi kehendak pengundi muda dan kumpulan kelas pertengahan kerana majoriti mereka tidak menganggotai mana-mana parti politik,” katanya. — Bernama

Saturday, January 16, 2010

Chinese groups to replace MCA? Who ??

The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) criticised before that under the leadership of MCA President Datuk Seri Ong Tee Keat, the party has been detached from Chinese groups and associations. As a result, Ong and Chinese groups have become hostile to each other. And recently, MCA Deputy President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek criticised that Chinese groups have intervened the party's affairs. It seems like MCA is getting farther and farther from Chinese groups.

Is it true that as Dr Chua said, the influence of Chinese groups is limited? It is difficult to have a standard answer for the question. But there are about 7000 Chinese groups in Malaysia. If there are 100 members for each group, it will be 700,000 people. Is it possible that MCA does not need the 700,000 votes? In addition, Chinese groups, Chinese education and Chinese language newspapers are said to be the three pillars of the Chinese community. Even if young people nowadays no longer join any Chinese group, the government still attaches importance to Chinese groups. Can MCA, who relies on Chinese groups to survive, abandon Chinese groups?

After the outbreak of MCA party crisis, Chinese groups expressed their concern to avoid harming the Chinese community's interests. But MCA Central Committee members value their own interests more than the interests of the whole community. They have disappointed many Chinese groups and people, causing them unwilling to talk about it.

However, MCA leaders do not know that the crisis is fast approaching. Instead, they are still engaged in the political game of criticising and attacking each other, fighting over the date for a fresh poll and dividing party positions and interests among themselves. MCA founders will sure be frustrated if they know about it.

"And MCA has been absent from all these incidents."

In recent days, we have many incidents related to the Chinese community, including the start of China ASEAN Free Trade Zone, the “Allah” word controversy, the increment of Bahasa Malaysia lessons in Chinese primary schools, the use of Bahasa Malaysia to teach new subject “Malaysia, Negaraku” in Chinese primary schools, the requirement to raise up to 80% of the construction cost for relocation and extension, a total of 100 teachers who do not understand Chinese have been assigned to teach in Chinese primary schools and the argument to have a single stream educational system. And MCA has been absent from all these incidents.

The government is taking cost-saving measures while prices for sugar and bread have been increased, but MCA does not state its stand. The Prime Minister will soon bring up a new economic model and the 10th Malaysian Plan for economic reform. The Home Affairs Ministry will also bring the Internal Security Act (ISA) amendment proposal to the Parliament, but MCA is not concerned at all.

MCA President's platform is to fight economy, politics and racial harmony. Are the above-mentioned affairs not related to economy, politics and racial harmony? Who will be concerned about the survival crisis faced by Chinese small and medium enterprises? And MCA has forgotten about the difficulties faced by Chinese education.

Today, MCA leaders handle only affairs of their respective departments. They inspected the Light Rail Transit (LRT), hospitals and schools in order to account to the Prime Minister. They can no longer gather Chinese groups and educational organisations and communicate with UMNO ministers like how they did it in the past.

In such a case, Chinese groups can only rely on their own. For example, the ACCCIM is going to hold the “1Malaysia economic Conference” to deliberate on the 10th Malaysia Plan, as well as the prospect and challenges of Malaysia's transformation to become a high income economy. Prime Minister is expected to officiate the conference.

Meanwhile, Hua Zong or the Federation of Chinese Associations Malaysia (FeCAM) recommended the establishment of a special committee to study various issues concerning the Unified Examination Certificate (UEC) and brain drain of Chinese students. It had also submitted a “letter of intent” listing various problems faced by the Chinese community to the Prime Minister.

The Chinese groups are now doing the work for MCA, how could MCA still criticising them? In such a situation, how could Chinese not to think and find their own way out? (By LIM SUE GOAN/Translated by SOONG PHUI JEE/Sin Chew Daily)

Wednesday, January 13, 2010

Need for transparency on actions against the attacks of churches


DAP National Deputy Chairman and MP for Kepong Dr Tan Seng Giaw reiterates that all concerned including the Prime Minister, the Home Minister and the IGP must be transparent in the handling of the church burning incident.

Transparency is a positive way of dealing with rumours and untruths on yesterday's petrol bombing of three churches in the Klang Valley. The public expect effective action against the perpetrators of these arson attacks.

Just as many people, Dr Tan has received various types of information and interpretations of the incident that is thought to be as a result of the High Court decision allowing the use of the word Allah by the Catholic weekly, Herald. The King has called for calm and respect for houses of worship.

The Prime Minister Datuk Seri Najib and his deputy Tan Sri Muhyiddin condemned these attacks. The Home Minister Datuk Seri Hishammuddin viewed them seriously and would not comprise with those responsible. The Inspector-General of Police (IGP) Sri Musa Hassan said the police were investigating the matter and assured everyone they would conduct a thorough investigation.

“There will be no cover up. We have to be careful with what we say so as not to cause any unnecessary tension or uneasiness among the various races and religions in this country,” he said today.

Musa said political parties must not seize the opportunity to fuel the situation for their political benefit but instead work together to ensure peace and security prevailed and that various races continue to live in harmony.

We have insisted that no political party should be involved in such dastardly acts. All concerned especially Najib should make sure that this is so.

One positive way is to ensure that there is transparency. Let the people know the definite actions, the investigations and the results of various efforts. Otherwise, SMS, blog, facebook and others continue to carry information and interpretations.

Dr Tan Seng Giaw

Tuesday, January 5, 2010

No fresh polls in MCA, for now

KUALA LUMPUR, Jan 5 – The protracted leadership crisis in MCA looks set to continue after party deputy president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (pic) confirmed today that not enough central committee members had resigned to force new elections.

Dr Chua told a press conference at the party’s headquarters here that only 13 central committee members had resigned, eight short of the 21 needed to pave way for fresh polls as stipulated by the party constitution.

“But this does not mean that there will not be any fresh polls,” stressed Dr Chua.

“The CC members have the right to resign at anytime they want. There are those who want to resign but they might do it after Chinese New Year,” he said.

“I am always optimistic that that the top leadership want to resolve the party crisis (by holding fresh polls),” added the MCA deputy president.

Dr Chua, whose quarrel with his recent arch-rival and embattled party president Datuk Seri Ong Tee Keat sparked off the crisis, has now formed an unlikely alliance with the latter and both of them are fighting off a faction pushing for fresh polls.

The faction is led by vice-president Datuk Seri Liow Tiong Lai, once a stalwart in Ong’s camp against Dr Chua.

Liow and his ally, vice-president Datuk Wee Ka Siong, were among the 13 CC members who submitted their resignations a few weeks ago in a bid to push for fresh elections.

Datuk Seri Liow Tiong Lai and Datin Paduka Chew Mei Fun in a jovial mood as they arrive for the meeting. – Picture by Jack Ooi

Speaking to reporters later, Liow who was present in the same building when Dr Chua’s press conference took place, said he was disappointed by the revelation.

“I am extremely disappointed with the rest of the CC members for their lack of action but I remain optimistic that there will be fresh polls soon,” he said.

Wee who was also present expressed hope that the party will hold fresh polls in the near future and shared his ally’s optimism that it would be held soon.

Asked when the vote would likely be held, Dr Chua said that he would not speculate on the date but reiterated that “there is high possibility” that more CC members will resign in February and March.

The party is required to hold elections within 30 days after a sufficient number of CC members resigned.

Meanwhile, Dr Chua said, the special committee will now make two recommendations to the presidential council – that only 13 resignations have been submitted, and to discuss if the fresh polls should be held for the Youth and Wanita wing as well.

Asked when he would tender his resignation, given his claim that he’s all for holding fresh polls, Dr Chua answered in his typical fashion: “I will let you know when I do that.”-MalaysianInsider

Monday, January 4, 2010

Isu Kalimah Islam: Akhbar Cina berwaspada

Isu kalimah Islam semakin hangat, lebih-lebih lagi apabila ditonjolkan pada muka surat depan media cetak bahasa Melayu untuk beberapa hari berturut-turut. Malah, tulisan sama ada dalam bentuk laporan, analisa mahupun komen lebih cenderung untuk berpaksikan perspektif "muslim perlu bersatu untuk membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam".

Berbanding dengan media cetak bahasa Melayu, akhbar Cina nyata lebih "berwaspada" dalam isu ini. Walaupun rata-ratanya memberi ruang liputan kepada laporan aktiviti membantah penggunaan kalimah Allah, namun kebanyakan akhbar Cina mengelakkan diri untuk memberi komen terhadap isu ini.

Menurut seorang pengamal media dalam akhbar Cina, walaupun tiada arahan dari Kementerian Dalam Negeri setakat ini, namun pihaknya lebih berhati-hati, memandangkan kontroversi karikatur Nabi sebelum ini pernah mengakibatkan salah satu akhbar Cina, Guan Ming Daily digantung untuk dua minggu.

Hormati penghakiman mahkamah

China Press pada 4 Januari 2010 menyiarkan hujah Perdana Menteri, Najib Abdul Razak di muka surat depannya, menggesa supaya muslim bertenang, di samping memetik hujah Presiden UMNO ini yang berbunyi, "Saya tidak menggalakkan agar ketidakpuasan dilepaskan melalui aktiviti demonstrasi."

Walau bagaimanapun, ketika mengulas isu utama ini dalam ruang lidah pengarang di muka surat A10, China Press menganggap usaha gagasan "1Malaysia" yang mula menampakkan hasilnya dijejaskan sedikit sebanyak kerana perkembangan isu ini.

Lidah pengarang ini menerima kenyataan bahawa agama sebagai isu yang sensitif dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan budaya. Menurutnya, tentangan keras daripada masyarakat Melayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menunjukkan jurang yang lebar antara etnik setelah 53 tahun merdeka.

Lidah pengarang China Press menekankan bahawa Malaysia adalah negara rule of law, maka sesiapa yang menyerahkan kesnya untuk dikendalikan oleh mahkamah, harus menghormati dan mematuhi penghakiman mahkamah. Seandainya tidak berpuas hati, mereka perlu merayu mengikut saluran yang diperuntukkan undang-undang.

Malah, China Press menyetujui bahawa mereka yang tidak berpuas hati boleh menyerah memorandum kepada pihak yang berkenaan untuk menyampaikan pandangan, menggesa agar pihak berkenaan mengambil prihatin terhadap isu tersebut. "Namun, kami tidak menggalakkan rakyat menggunakan cara yang radikal, misalnya demonstrasi jalanan yang mungkin mencetuskan kecelaruan dan mengganggu hidupan harian rakyat jelata."

Lidah pengarang ini berharap agar rakyat melihat isu ini secara rasional, dan tidak menghasut antara satu sama lain secara sengaja, sebaliknya menggunakan sikap yang lebih tamadun untuk menganut, menyebar dan mewarisi agama masing-masing. Tulisan ini menyimpulkan bahawa semua agama mendukung kedamaian dan keharmonian, maka penganutnya yang bertaqwa harus menjadikan masyarakat lebih aman, dan bukannya menunjukkan ketaatan dengan keganasan.

Negara Islam yang konservatif?

Sin Chew Daily pula, menyiarkan laporannya dalam isu ini di muka surat 5, pada 4 Januari. Berita PM Najib yang mengesahkan bahawa kerajaan akan merayu dalam kes ini dijadikan sebagai berita utama, sementara reaksi ahli Parlimen Shah Alam PAS, Khalid Samad terhadap ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mencabarnya untuk keluar parti juga ditonjolkan.

Walau bagaimanapun, komen terhadap isu ini hanya terselit dalam satu artikel kolum oleh Lim Sue Goan, penolong editor Sin Chew Daily. Dalam artikel yang berjudul "Permulaan tahun baru yang mengecewakan", beliau mempersoalkan tindakan mereka yang tidak menghormati mahkamah, malah masih berdemonstrasi walaupun kerajaan telah mengambil keputusan untuk merayu terhadap keputusan mahkamah.

"Ini menyampaikan satu mesej kepada masyarakat global, seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara Islam yang konservatif," tulisnya, yang terkilan dengan pelbagai isu yang berlaku pada permulaan tahun 2010.

Demontrasi di merata tempat

Nanyang Siang Pau pula, menyiarkan bantahan umat Islam di merata tempat pada muka surat A3, 4 Januari. Malah, akhbar ini menyiarkan gambar demonstrasi di Pulau Pinang, Melaka dan Pekan, kawasan parlimen PM Najib. Di bawah muka surat A3, Nanyang Siang Pau menyiarkan berita "serang-menyerang" antara Khalid Samad dengan Zulkifli Noordin yang bercanggah pendapat dalam isu ini.

Oriental Daily pada hari ini menjadikan "PM nasihat umat Islam bertenang" sebagai tajuk di muka surat depannya, sementara menyiarkan berita isu ini di muka surat A3 dan A4. Malah, di bawah muka surat A3, Oriental Daily melaporkan cara bagaimana Utusan Malaysia melaporkan isu ini pada 3 Januari 2010.

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 4 Januari 2010, berkisar pada isu penggunaan kalimah Allah. - Merdeka Review

Sunday, January 3, 2010

Guan Eng blasts police over sedition threat

KUALA LUMPUR, Jan 3 — DAP secretary-general Lim Guan Eng today hit out at the police for threatening him with sedition over his remarks suggesting that Teoh Beng Hock was murdered, saying it was a concerted effort to topple him as Penang chief minister and break up the Pakatan Rakyat.

Lim said police should stop persecuting innocent people, adding statements from senior police officials showed they have pre-judged him despite their denials of bias.

“The police seem to have made up their minds to charge me with sedition,” Lim told The Malaysian Insider in a phone interview from Penang.

The opposition leader has a previous conviction for sedition and publishing false news, serving 12 out of an 18-month sentence in 1998 for rape allegations made against former Malacca chief minister Tan Sri Rahim Thamby Chik.

The police started their investigations on Dec 21 over remarks by Lim and another politician on Teoh’s death made at the Pakatan Rakyat convention on Dec 19.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said on Dec 30 that the police will not be biased in their probe.

Chief minister Lim not impressed with the developments. - Picture by Choo Choy May

“However, Lim’s allegations are considered seditious be- cause Teoh’s inquest is ongoing,” Musa told reporters.

“The sedition investigation against Lim is not politically motivated. His allegation can incite and confuse the public, causing them to turn against government agencies.”

But Lim said Musa and the police must be professional in their investigations.

“I am ready to be investigated but the police must be professional. Their statements suggest otherwise,” he added.

Lim disclosed that the investigations fit a pattern to take out popular Pakatan Rakyat leaders including Datuk Seri Anwar Ibrahim and Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Anwar is facing a second sodomy charge while Nik Aziz, the popular PAS spiritual chief, has been criticised with charges of nepotism and possible corruption.

“Our political rivals believe they can snap the Pakatan Rakyat by taking out the strong and popular leaders. They are wrong,” Lim said.

He said the Barisan Nasional federal government and police should instead focus on bringing down the country’s crime rate and solve cases such as the embarrassing theft of two fighter jet engines from the Royal Malaysian Air Force (RMAF) base in Sungei Besi.

“The general elections are over. We can battle it out in the next one. Its time to take care of the country and the people,” Lim said.

Lim’s current brush with the law began over his remark that “Teoh Beng Hock had been cruelly murdered. I want to remind those responsible that we will not forget you because there is no forgiveness for you.”

Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar had said that no one should make unsubstantiated remarks.

“Lim Guan Eng’s remarks can be considered to be an incitement, causing

the public to believe that Teoh Beng Hock had been murdered.”

He added the police would also record a statement from Anwar to help in its probe against Lim.

A coroner’s inquest into Teoh’s mysterious death was postponed twice last month as pathologists have yet to complete their report on the second autopsy of the political aide’s remains.

The inquest by coroner Azmil Munthapa Abas was scheduled to resume two weeks ago but lawyers now expect it to continue this month.

The 30-year-old Selangor political secretary who was found dead at Plaza Masalam on July 16 after overnight questioning by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), which was probing alleged abuse of state funds by politicians from the ruling Pakatan Rakyat state government.

The findings of the second autopsy done at the Sungai Buloh hospital on Nov 22 are highly anticipated as they may confirm suspicions that Teoh was murdered.

Two foreign experts — Dr Peter Vanezis for MACC and Dr Pornthip Rojanasunand for the Selangor government — had observed the post-mortem carried out by Sungai Buloh Hospital chief pathologist Dr Shahidan Md Noor.

The renowned Thai pathologist earlier testified at the inquest that Teoh’s death was “80 per cent” homicide based on photographic evidence.

However, her views are contrary to the first autopsy done by local pathologists. The coroner then ordered the exhumation of Teoh’s remains and the second autopsy.

MACC officials have also lodged reports against Suara KeAdilan and Dr Pornthip over alleged leaks of the second report published by the PKR party organ. - MalaysianInsider

Friday, January 1, 2010

白糖起20仙


各種飲料蠢蠢欲漲
新年前起10仙

獨家報導:陳思遠

(吉隆坡1日訊)隨著每公斤白糖起價20仙,國內各地咖啡店販賣的各種飲料也醞釀起價,預料漲幅達10仙。

《中國報》探悉:隆雪一帶的咖啡店,已經醞釀在農曆新年前漲價。

多名咖啡店東主受本報詢問時,均指各類飲料很快將起價,凡是有用白糖沖泡的飲料,包括咖啡、茶、美祿、雀巢咖啡(Nescafe)、好力克、雀巢咖啡加美祿(Neslo)、涼茶及sirap,每杯一律加10仙。

他們指出,即使是“Kopi O”(少糖咖啡)或“Teh O”(少糖茶),也起10仙;除非是完全沒放糖的“Kopi O kosong”(齋啡)才不起價,維持每杯90仙。

漲價後收入增5令吉

業者指出,汽水及罐裝水價格維持在2令吉,暫不起價,惟若汽水廠商調高價格,他們也會跟著起價。

八打靈咖啡酒餐商公會總務李添滿告訴《中國報》說,咖啡店飲料起價在所難免,因為隨著白糖漲價,其他原料如練奶、美祿及雀巢咖啡,也會跟著起價。

“再者,電費、水費也預料在今年再度調漲,無形中增加咖啡店經營成本。”

他指出,該公會將于本月中召開理事會會議,以通過上述起價的建議。

一般上,每公斤白糖平均可沖泡約50杯咖啡、茶等飲料。這意味,每公斤白糖所沖泡的飲料,漲價后能為咖啡店增加5令吉以上的額外收入,這比每公斤白糖起價后的1令吉65仙價格,還要多幾倍。

咖啡店上次調整飲料價格,是在去年6月電費宣佈漲價后,每杯飲料漲10仙。

馬新咖啡茶業聯合總會會長吳仕文受詢時說,全馬各地咖啡店經營商將會計算增加成本,才決定飲料漲幅。

他說,各地區飲料價格及漲幅不一樣,因為不同地區的經營成本及店舖租金不一樣。

“白糖起價后,由各咖啡店業者自行決定飲料漲價幅度。”

他指出,該總會並沒統一飲料價格表,由各地區業者自行決定價格。

隆雪區咖啡店飲料價格
飲料 目前價格(令吉) 漲價后(令吉)
熱茶/咖啡 1.30 1.40
冰茶/咖啡 1.50 1.60
茶/咖啡(O) 1.10 1.20
熱美祿/雀巢咖啡 1.60 1.70
冰美祿/雀巢咖啡 2.00 2.10
熱好力克/Neslo 1.80 1.90
冰好力克/Neslo 2.20 2.30
涼水/Sirap 1.20 1.30
汽水/罐裝水 2.00 暫不起價
茶/咖啡(O Kosong) 0.90 暫不起價

連興泉勸勿囤積
白糖下週供應正常

馬來西亞雜貨商聯合會總會長連興泉指出,雜貨批發商的白糖存貨,已在過去幾天被消費人搶購一空,預料下週一獲得糖廠的新供應。

他說,由于消費人事前已知道,政府會在2010年調漲白糖價格,使到接近2009年年底時,許多消費人蜂擁購買白糖,使到白糖暫時缺貨。

“然而,預測白糖可在下週一恢復供應。”

連興泉今日接受《中國報》訪問時說,基本上,市面上的白糖足夠供應消耗,他呼于消費人不要囤積過量白糖,以免造成人為供應短缺。

他認為,只要消費人不超量購買白糖,供應一定足夠。換言之,若消費人瘋狂掃貨,即使增加供應,也會面對短缺問題。

2009年12月31日,國內貿易及消費人事務部宣佈,每公斤白糖從2010年1月1日起漲價20仙,半島零售價由1令吉45仙漲至1令吉65仙,東馬則漲至1令吉75仙。

連興泉也呼吁消費人趁白糖起價之際,減少消耗白糖,因為攝取過量糖分將對健康有害,易患糖尿病。

他相信政府最終將完全取消白糖補貼措施,屆時預測每公斤白糖零售價將漲至2令吉45仙左右。

他希望消費人趁現在習慣減少使用白糖,以免白糖價格繼續上漲,而必須付出額外開銷。

大年小販節省開銷
未起價前已存貨

報導:鄭燕玲

(雙溪大年1日訊)白糖今日漲價,小販趁未起價前大掃存貨。

美農“錦興”雜貨店的黃順清(30歲)受訪時指出,白糖起價20仙發放后,昨午4時多開始就陸續有人前來進貨。

小販業者更購買大量白糖囤放,以節省開銷。

他說,昨天短短幾個小時,雜貨店忙著賣白糖,顧客大部分以馬來人居多,不管是小販或主婦,他們的白糖用量比其他族群高,相信是烹煮咖哩和糕點。

從事14年雜貨店的黃氏指出,每年一旦日常用品隔天要漲價,肯定有很多人來購買,儘管只是漲價10仙,顧客仍抱著能省則省的心態大量“收購”。

他說,單是昨天就銷售近100公斤白糖,可見白糖的需求量何其高,尤其是小販業者,他們用到的白糖比一般家庭高出好幾倍。

“普通家庭一個月大約用量一,兩公斤,昨天家庭主婦來買三至五公斤;小販業者一般是三、五天就要5公斤,昨天他們來掃貨,一買就是10公斤以上。”

業者:拉長補短
暫不調整價錢

記者走訪幾個小販業者,他們皆說以拉長補短的方式應對,暫不作調整,過了一段時期料會調整價錢,因為成本提高,價格相應也會調整。

家庭主婦李月清指出,白糖漲價對一般家庭影響不大,畢竟家庭用糖量不多,普通每月一至兩公斤左右,只是小販的成本提高,食品自然會調漲,將會轉嫁給消費者