Saturday, December 31, 2011

Mari kita memeluk masa depan Pulau Pinang yang lebih baik

Selama hampir 225 tahun sejak Pulau Pinang mula muncul dalam persada dunia, nasibnya telah mengalami kemakmuran dan juga kemerosotan. Pulau Pinang makmur apabila kita sedar bahawa sesuatu negeri tanpa apa-apa sumber asli haruslah bergantung kepada sumber manusia dan pembangunan modal insan. Pulau Pinang merosot apabila kita lupa bahawa sumber keistimewaan negeri kita merupakan tenaga, kepakaran dan daya kesusahawanan rakyat kita.

Walaupun kerajaan-kerajaan yang telah memerintah Pulau Pinang selama 225 tahun ini telah mengambil pelbagai haluan yang berlainan, negeri kita masih lagi kukuh kerana hubungan sesama rakyatnya yang dijalinkan melalui darah, diuji masa dan didorong oleh semangat hormat kepada kepelbagaian. Tradisi keharmonian dan saling hormat-menghormati di antara pelbagai etnik dan budaya yang dilambangkan dalam pembinaan masjid, gereja, kuil-kuil India dan Cina di sekitar kawasan yang berdekatan, telah diiktiraf oleh UNESCO apabila George Town diberi status Bandar

Thursday, December 29, 2011

MAS flight oversea routes cancellation affected many

I have constantly receiving complaints and grouses concerning the cancellation of the many international routes to the various foreign destinations recently by MAS. The unscheduled cancellation on these routes and sectors came without prior and advance notices given, and the re-routing had caused much inconveniences and problems to many travelers. These people are complaining about the rescheduled flights which have been rerouted to transit in Kuala Lumpur instead of going by direct flights to the overseas destination like those in China, Japan or Australia, and even to Sandakan in Sabah.

The sudden termination of certain MAS direct flights to oversea destinations is seen as a move to reduce losses faced by the MAS airline, especially with AirAsia who had bought into the shares of MAS and became a major share-holder. This indicated that the two airlines are having a common interest now and the stop-flights to oversea destination is understandable.

Monday, December 26, 2011

All members of governments, MPs, members of State Legislative Assemblies and their spouses should declare their assets

I had just returned from America two days ago after being away for 10 days to attend the International Criminal Court Assembly at United Nations Headquarters, New York.

I wish to refer to Penang Chief Minister Lim Guan Eng's announcement on December 11 that he and all 11 state executive councillors would declare their assets to the public within a month.

He said that the declaration would include assets before they assumed office on March 2008 and after it, so the people can make the necessary comparison.

Thursday, December 22, 2011

Konvensyen Pakatan Rakyat: Isu rakyat, nasional fokus DAP

PETALING JAYA: DAP akan mengetengahkan isu rakyat dan isu nasional  semasa konvensyen Pakatan Rakyat ketiga pada 14 Januari yang akan diadakan di negeri Kedah.

Konvensyen sebelum ini diadakan di Selangor dan Pulau Pinang.

Naib Pengerusi DAP kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw menggariskan tiga isu utama yang akan diketengahkan  oleh parti itu.

“KIta akan mengetengahkan isu birokrasi dan ketidaktentuan di dalam kerajaan.
“Selain itu isu pekerja asing dan ekonomi akan turut diberi tumpuan,” kata beliau ketika dihubungi.

Kerangka dasar bersama

Konvensyen membabitkan DAP, PKR dan PAS itu akan diadakan di Kedah pada 14 Januari depan.
Konvensyen sebelum ini diadakan di Selangor dan Pulau Pinang.

Dr Tan menjelaskan bahawa banyak syarikat menjangka akan berhadapan dengan masalah meskipun kadar pertumbuhan negara dijangka berada di paras lima peratus.

Beliau menambah isu lain akan turut dibangkitkan kerana konvensyen tersebut akan diadakan dalam tempoh tiga minggu.

Sementara itu Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua memberitahu FMT bahawa konvensyen kali ini akan bertumpu kepada usaha memobilisasi akar umbi parti di dalam persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13.

“Dari segi dasar, kesemua perkara sudahpun tertera di dalam kerangka dasar bersama (CPF),” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.-FMT

Wednesday, December 21, 2011

The Defence Minister must explain the 50% increase in the cost of 6 naval patrol vessels

On February 5th this year, Defence Minister Dato' Seri Zahid Hamidi announced that the Government has approved RM6 billion for the Royal Malaysian Navy to acquire 6 second generation patrol vessels to be built by Boustead Naval Shipyards.


In defending the RM6 billion deal in parliament, the Minister had claimed that these patrol vessels were no ordinary ships but were advanced warships known as "littoral combatant ships" (LCS).

Datuk Seri Zahid had in March claimed that the LCS is "bigger and faster" and "it is also equipped with three-dimensional warfare equipment like cannons, missiles and torpedoes" which are able to take on jets, ships and submarines respectively.

He argued that "with the rapid development of technology, the RMN would need an LCS with state-of-the-art equipment like the sonar system for submarine detection and anti-submarine torpedoes, which would help in the operation of the two RMN submarines to safeguard the sovereignty of national maritime areas."

The LCS is indeed a technologically advanced patrol vessel currently only acquired and deployed by the United States (US) in the world. The US owns 2 of these ships - USS Independence and USS Freedom while Malaysia is seeking to acquire 6 of these LCS.

While the price of the ships was not "final" in February, it has come as a shock when Boustead announced on Bursa Malaysia that the contract which was just signed last week is now valued at RM9 billion or 50% higher that what was approved earlier this year by the Government.

The Minister must explain why has the price for each ship increased by RM500 million or RM3 billion in total for the 6 ships suddenly, well above the original approved budget. For example, has the specification for the ships been "improved" further since Dato' Seri Zahid's reply in Parliament - which was then already the most technologically advanced patrol vessel - which justified the whopping increase in price?

Boustead Naval Shipyard, previously known as PSC Naval Dockyards which delivered the previous 6 naval patrol vessels at RM6.75 billion or 26.2% above the original contract price of RM5.35 billion. The ships were also delivered only after a 2 year delay and hundreds of defects.

In the 2006 Auditor-General Report, the Ministry of Defence was faulted for the dubious award of contract to an obviously unqualified contractor, the failure of technical and financial management, hefty illegitimate contract price increases, undocumented and overpayment, unjustifiable waiver of penalties, and a complete failure of ministry oversight. The Defence Ministry was then headed by Datuk Seri Najib Razak.

Such a track record does not give Malaysians any amount of confidence that history will not repeat itself. With such a rapid increase in budget by RM3 billion before even the start of construction of these ships, can the current Defence Minister assure Malaysians that these ships will not suffer the same disgraceful fate as the earlier ships?

As Defence expenditure in Malaysia remains highly opaque, with Malaysia ranked "medium to low" in transparency by Transparency International, we continue to call for a Parliamentary Oversight Committee to review and approve defence expenditure as practiced in all developed countries.

The expenditure involved billions of ringgit in acquisitions annually, hence the sheer lack of transparency leads only to poor accountability, and more often than not, massive leakages and over-spending. These leakages must be plugged to ensure that the country doesn't become bankrupt by 2019 as speculated by Minister in Prime Minister's Department, Datuk Idris Jala.

Media statement by Tony Pua Kiam Wee DAP National Publicity Secretary & MP for Petaling Jaya Utara

Saturday, December 17, 2011

RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”, di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9.

Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009” telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.
Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Kata Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan “ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai.
Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara, katanya.

Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula.

"Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

"Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim.

Antaranya, projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal “lembu dan kondo” RM250 juta NFC, “komisyen” setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos “overrun” atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban.

Ia termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya.

"Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri.
"CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana “unsur-unsur kerajaan” yang memudahkan “rasuah besar” masih lagi tersebar luas," katanya.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia.

"DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij.

"Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini," tegas beliau.

Wednesday, December 14, 2011

Utusan salah fitnah Guan Eng, diarah bayar RM200,000

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai Ketua Menteri Lim Guan Eng dan mengarahkan agar akhbar milik Umno itu membayar beliau RM200,000 dalam bentuk ganti rugi dan kos sebanyak RM25,000 .

Dalam keputusannya Hakim G.V Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan  Utusan yang bertajuk “Kebiadapan Guan Eng” telah memfitnah Lim (gambar), sekali gus menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.

“Hakim memutuskan bahawa defendan telah memperlihatkan vendeta selektif terhadap DAP dan plantif,” kata peguam Lim Jagdeep Singh Deo kepada The Malaysian Insider.

Awal Januari lalu, Lim mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan sebuah artikel pada Disember 2010 yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan.

Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam beritanya.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat 2010.

Lim dalam notis tuntutanya menafikan dakwaan berkenaan dan memohon akhbar itu menyiarkan permohonan maaf dan pampasan daripada Utusan kerana memfitnahnya.

Sunday, December 11, 2011

Menyelam dalam kapal selam kelas Scorpene KD Tun Razak 21 bulan selepas cabaran dikeluarkan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat

Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam.

Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut dengan tidak malu menfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal.

Rakyat Malaysia tidak seharusnya percaya laporan media BN yang mana diputar belit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihanraya akan datang.

Saya juga ingin mengulangi soalan saya sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau "komisyen" kepada Perimekar Sdn Bhd.. Zahid telah mencabar saya di Parlimen pada 17 Mac 2010 untuk menyelam di dalam kapal selam tersebut bagi membuktikan bahawa ia (kapal selam) dapat menyelam apabila beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap desakan saya bahawa Kerajaan telah memulangkan kapal selam tersebut kepada pengeluar untuk digantikan dengan yang baru.

Hakikatnya, apabila seseorang membeli kereta baru dan mendapati ia terdapat kecacatan, anda akan bawa kereta tersebut ke pusat pembelian dan pohon yang baru. Bagaimanapun, Zahid enggan menerima cadangan saya dan mencabar saya untuk menyelam bersama kapal selam berkenaan. Saya dengan segera menerima jemputan tersebut tetapi tanpa disedari ia perlu mengambil masa 21 bulan untuk Zahid memenuhi cabarannya.Sama ada kelewatan 21 bulan tersebut adalah disebabkan oleh kecacatan teknikal yang tidak dimaklumkan?

Tiada pertikaian profesionalisme, kepakaran dan pengorbanan pasukan tentera laut kita di sini, termasuk pasukan kapal selam Malaysia. Semua ketidakgembiraan kami adalah mengenai harga, PR dan rakyat Malaysia inginkan yang terbaik untuk pasukan tentera laut kita dan tidak pernah mempersoalkan perkhidmatan cemerlang pasukan terbabit kepada negara.

Zahid tidak menyelam bersama saya sebagaimana dijanjikan ekoran beliau menyatakan bahawa terdapat tugas rasmi lain bersama Sultan Johor. Saya dimaklumkan bahawa tiada bloger lain yang dibawa bersama.

Pada awalnya, bloger Papagomo sepatutnya dibawa bersama, tetapi saya telah membantah kerana saya tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak muda, yang mana membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelaki saya berusia 15 tahun mencabuli rakan sekelasnya.

Saya tidak pernah berjumpa papagomo dan Zahid telah berjanji bahawa papagomo akan dikeluarkan. Semasa menyelam, saya ternampak dua krew TV3 dan seorang wartawan Bernama. Zahid sepatutnya menjelaskan bahawa beliau tidak menipu saya dan juga pihak media.

Bagaimanapun, ekoran penglibatan wang awam sebanyak RM4.23 bilion di dalam pembelian dan penyelenggaraan 2 kapal selam tersebut, persoalan terus kekal berhubung kos pembelian tinggi dan pemberian kontrak perkhidmatan kepada syarikat yang tidak mempunyai rekod ataupun pengalaman di dalam membaiki dan menyelenggara kapal selam.

Kerajaan BN perlu sedar bahawa ia bukan hanya membabitkan wang awam yang banyak berjumlah RM4.23 bilion, sebaliknya, keselamatan kelasi adalah amat penting bagi memastikan standard tertinggi atau keselamatan dan kawalan adalah diselenggara oleh pakar syarikat perpengalaman dengan trek rekod terbukti.

Monday, December 5, 2011

Malaysia paling rasuah di bawah Najib

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan program transformasi kerajaan untuk memerangi rasuah hancur lebur dengan pendedahan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI CPI) 2011 Khamis lalu.

Menurut beliau, Transparency International Malaysia (TI-M) berkata Malaysia mencatat ranking terburuk dalam tempoh 10 tahun – jatuh dari tangga 56 kepada tangga 60 dari sejumlah 183 buah negara manakala skor CPI jatuh kepada tahap paling rendah 4.3.

“Ini bermakna Malaysia 2 1/2 tahun di bawah Najib adalah paling korup berbanding lima tahun di bawah mantan perdana menteri Tun Abullah Ahmad Badawi dan 22 tahun di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya ketika berucap pada Rapat Rakyat di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Namun begitu kata Lim, kenyataan TI-M itu tidak tepat. Malahan, ranking Malaysia menurut TI CPI 2011 adalan terburuk dalam tempoh 17 tahun sejak Transparency International memperkenalkan CPI tahunan pada 1995.

Menurutnya, dari tempoh sembilan tahun (1995-2003), ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri kedudukan CPI Malaysia berligar di antara 4.8 pada tahun 2000 hingga 5.32 pada 1996 manakala ranking CPI jatuh 14 anak tangga dari No. 23 tahun 1995 kepada No. 37 pada 2003. (10 ialah markah paling bersih manakala 0 ialah markah paling korup).

“Dalam tempoh lima tahun pentadbiran Abdullah, ranking TI CPI Malaysia jatuh 10 anak tangga dari 37 pada 2003 kepada 47 pada 2008 manakala CPI berligar di antara 5.0 hingga 5.1,” katanya.

Najib pula katanya, dalam tempoh 2 1/2 tahun pentadbirannya mencatatkan TI CPI terburuk; jatuh sembilan anak tangga dalam tempoh setahun sahaja dari No. 47 pada 2008 kepada No. 56 pada 2009.

Pada tahun 2011 pula, ranking TI CPI Malaysia jatuh 13 anak tangga dari No. 47 kepada No. 60 di bawah Najib berbanding ketika Abdullah, Malaysia jatuh 10 anak tangga dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 dan sembilan tahun di bawah Dr Mahathir, Malaysia jatuh 14 anak tangga dari No. 23 pada 2007 kepada No. 37 tahun 2003.

“Tidak pula disentuh oleh para pemimpin dan perwakilan Umno ketika perhimpunan mereka. Pada hal, keputusan ini diumumkan pada hari yang sama ketika Najib menyampaikan ucapan dasarnya iaitu pada hari Khamis lalu,” sindir Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.

Skandal lembu, kondominium

Ujar beliau, keadaan menjadi lebih buruk, apabila pemimpin Umno dan perwakilan menyokong dan berdiri teguh di belakang Ketua Wanita dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam isu skandal lembu dan kondominium melibatkan RM250 juta dana awam.

Bagi Lim mesej dari Perhimpunan itu adalah jelas.  Perang terhadap rasuah, kroni, penyalahgunaan kuasa dan reformasi yang diperlukan segera untuk memastikan kebertanggungjawaban, ketelusan dan intergriti tidak wujud dalam DNA Umno apatah lagi kemampuan dan kesungguhan politik Umno-Barisan Nasional (BN).

“Malaysia hanya boleh diselamatkan dari rasuah dengan memulakan era baru dengan membawa kemakmuran kepada semua rakyat, mewujudkan daya saing di peringkat global, memastikan kerajaan yang efisyen, keadilan dan demokrasi.

“Oleh itu, negara ini mesti diselamatkan dari Umno-BN dan peluang terakhir ialah dengan rakyat melakukan perubahan pada pilihan raya umum ke 13 nanti,” jelas beliau.-FMT

Sunday, December 4, 2011

Lim: Macam mana DAP boleh pimpin Pakatan?

Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.

“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.

“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.

NONE“Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.

“Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun,” katanya.

Menurut Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, Najib dan konco-konconya semakin tertekan apabila DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan baru kepada rakyat.

“Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat,” kata Lim.

azlanBeliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.

“Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.

“Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela”

Lim juga menghuraikan kejayaan-kejayaan Pulau Pinang yang diterajuinya. Antaranya:
  • penang ferry and mapnegeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.
  • dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.
  • pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.
  • berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia.
  • negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.
  • lim guan eng and penangnegeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.
  • negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan.
  • negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.
  • mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.
  • menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia. - Mkini