Tuesday, August 30, 2011

Call on Muslim and non-Muslim Malaysians to dedicate themselves to promote the values of justice, freedom, love and compassion on triple occasion of Hari Raya Adilfitri, 54th National Day and 48th Malaysia Day

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin to all Muslims in Malaysia.

The coinciding of Hari Raya Aidilfitri, the 54th National Day and the 48th Malaysia Day should be a special triple occasion of joy and celebrations for all Malaysians.

It must be a matter of concern to all Malaysians, however, that this is not the case with the recent irresponsible and incessant ramping-up and incitement of race and religious hatred and tensions through baseless and incendiary allegations by certain media.

A call must urgently go out to all Muslim and non-Muslim Malaysians to dedicate themselves to promote the values of justice, freedom, love and compassion on the triple occasion of Hari Raya Aidilfitri, 54th National Day and 48th Malaysia Day - values which are common to all the great religions which have found a home in the country.

Whether we are Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans or Orang Asli, whether Muslims, Buddhists, Christians, Hindus, Taoists or Sikhs, let us unite as one Malaysian people first and last to give real meaning to the triple occasion of Hari Raya Aidilfitri, the 54th National Day and 48th Malaysia Day.

*** Hari Raya messages by Lim Kit Siang



Sunday, August 28, 2011

DAP mahu rakyat buat perubahan

PETALING JAYA: Naib Presiden DAP Tunku Aziz Ibrahim menyeru rakyat di negara ini melakukan perubahan kerana kerajaan Barisan Nasional sudah lama sangat memerintah negara ini.

“Sudah tiba masanya rakyat melakukan perubahan kerana selama 54 tahun itu kerajaan yang ada tidak pernah berubah atau melakukan reformasi,” katanya ketika ditemui FMT pada majlis iftar Ramadhan anjuran parti itu di ibu negara kelmarin.

Ujar beliau, “saya percaya perubahan yang akan berlaku nanti (dalam pilihan raya umum ke 13) merupakan satu perubahan yang sangat bermakna kepada rakyat.”

Menurut Tunku Aziz, walau pun Barisan Nasional memberi sogokan wang untuk memancing rakyat dan para pengundi tetapi rakyat diminta mengundi calon dari parti pembangkang.

Mengenai konsep 1Malaysia, beliau berkata beliau menyokong pengenalan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi tidak bersetuju dengan kaedah pelaksanaannya.

Tanpa mengulas lebih lanjut beliau berkata, “kita memerlukan negara Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.”
Hadir sama tokoh veteran dan juga Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin kanan lain.-FMT

Wednesday, August 24, 2011

‘Implement electoral reforms before 13th GE’


PETALING JAYA: The government fell short of giving assurance that electoral reforms can be implemented before the 13th national polls, making yesterday’s vows to look into Bersih 2.0′s demands hollow, said DAP stalwart Lim Kit Siang.

Yesterday, Minister in the Prime Minister Nazri Aziz said the proposed Parliamentary Select Committee (PSC) will have its working framework based on the eight demands made by the polls watchdog.

But when asked by reporters if the government would ensure PSC’s findings into the eight demands would be implemented before the next general election, Nazri said: “That is not my problem… I don’t know when the election will be held.”

Lim in a statement today said Nazri’s “lame” reply had subjected the panel’s credibility and purpose to public scepticism.

He said it also brings “back to the fore the question about the relevance and usefulness of the PSC, whether it is a genuine, sincere and serious government change of heart on electoral reforms”.

PSC major concession
\
The decision to set up the PSC was seen as a major concession by Prime Minister Najib Tun Razak, especially after his government has vehemently defended the current election system and denied any allegations of abuse.

This denial was used to justify the action against Bersih 2.0 leaders and the harsh clampdon on the polls reform rally on July 9.

Najib came under heavy international condemnation for his action and weeks after, he announced his government’s readiness to set up the bipartisan panel to look into reforming the election system but denied it was an admission that the electoral process was flawed.

He also gave no assurance that reforms would be implemented before the 13th general election, which drew accusation that the PSC was merely a window-dressing exercise.

Nazri said yesterday the government had agreed to the panel’s framework after meeting with representatives from Parliament, the Attorney-General’s Chambers and the Election Commission (EC) but Lim said this further justified the scepticism over the panel’s intent.

“It does not escape notice that the EC chairman and his deputy attended the meeting in person and agreed to draft the framework for the PSC based on the eight demands of Bersih 2.0 when in the past few months they had been in the forefront attacking both Bersih 2.0 and the eight demands,” said Lim.

Cabinet should decide

Lim, the Ipoh Timur MP, urged the government to revoke the ban on Bersih and drop all charges against the 1,600 Malaysians arrested for taking part in the peaceful Bersih rally and consult with Pakatan Rakyat on PSC’s directions to prove its sincerity on electoral reforms.

The panel’s framework is expected to be finalised and submitted for Cabinet endorsement by Sept 7.
It will then be subject to approval by the Parliamentary Rights and Privileges Committee before it is tabled in the Dewan Rakyat.

Nazri said he expects the motion to set up the PSC to be tabled when Parliament reconvenes on Oct 3.
However, Lim said the Cabinet tomorrow should decide what electoral reforms could be immediately implemented even before Parliament meets on Oct 3.

He said this will show that the move to set up the PSC was a “sincere, serious and genuine change of heart” and not a “political ploy”. - FMT

Saturday, August 20, 2011

Mahu tanding Dun Bandar

KUALA TERENGGANU – DAP Terengganu berhasrat meletakkan calon di Dun Bandar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi merampas satu-satunya kerusi MCA di negeri ini.

Pengerusinya, Ng Chai Heng berkata, pihaknya telah pun menghantar permohonan tersebut kepada pucuk pimpinan DAP dan pimpinan Pas Terengganu untuk mempertimbangkan perkara itu.

Beliau berkata, ia adalah strategi yang dilihat berkesan untuk menawan Dun Bandar, kawasan yang ramai dihuni kaum Cina, yang selama ini dipegang Barisan Nasional (BN) melalui parti komponennya, MCA.

“Melalui permohonan yang dihantar kepada DAP Pusat, mereka mengarahkan kita supaya memohon kepada Pas negeri untuk memaklumkan hasrat DAP bagi meminta kerusi Dun Bandar.

“Kita sudah menghantar permohonan tersebut kepada pucuk pimpinan Pas Negeri yang ketika itu dipimpin Datuk Harun Taib iaitu sebelum Muktamar Pas, Jun lalu. Terpulang kepada Pas untuk memperhalusi cadangan itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Chai Heng berkata, jika calon Cina diletakkan di Dun Bandar bagi melawan calon Cina dari MCA, beliau yakin potensi kemenangan di pihak Pakatan Rakyat (PR) lebih tinggi.

Beliau bagaimanapun tidak memperlekehkan potensi yang ada pada calon Melayu daripada Pas atau PKR, namun menganggap ia strategi yang wajar untuk menumbangkan BN di kawasan itu.

Lebih-lebih lagi katanya, hanya Dun Bandar sahaja yang mempunyai calon tunggal bukan Melayu di negeri ini.

“Kebanyakan rakyat Cina di Dun Bandar akan memberi sokongan kepada calon Cina kerana menganggap calon tersebut mampu membawa suara mereka ke sidang Dun.

“Jadi, kalau Melayu lawan Cina, sudah tentu masyarakat di kawasan itu memberi undian kepada Cina kerana mereka tiada pilihan. Atas alasan ini jugalah kita melihat bahawa perlunya calon Cina dari PR untuk melawan calon Cina dari BN supaya rakyat mempunyai pilihan. Kalau calon MCA kalah, mereka masih ada calon Cina dari DAP,” katanya.

Pada masa sama, beliau yakin peratus kemenangan PR di kawasan itu boleh mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus jika calon Cina diletakkan di situ.

Sebelum ini, Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw memberitahu namanya telah pun diumumkan MCA Pusat sebagai calon Dun Bandar pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Friday, August 19, 2011

Sidang DUN Perak paling singkat dalam sejarah


Kerajaan Barisan Nasional telah mempersendakan sidang DUN kali ini yang diadakan pada 15/8/2011. Sungguh ganjil bahawa sidang DUN itu diadakan hanya untuk 2 jam setengah sahaja.

Pada hemat saya Barisan Nasional telah mencipta sejarah mengadakan sidang DUN yang paling singkat dalam sejarah. Dato Ganesan seharusnya berasa malu kerana mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional untuk mengadakan sidang DUN yang singkat ini. Beliau seharusnya memberitahu kerajaan supaya tidak mempermainkan atau mengadakan sidang DUN olok-olok. Tindakan Dato Ganesan dan Kerajaan Barisan Nasional adalah satu penghinaan kepada Dewan Negeri yang mulia.

[Gambar - V- Sivakumar di cekik ketika tragedi 'rampasan DUN Perak' oleh Umno dan BN]

Dalam ucapan Yang Dipertua, Dato Ganesan menyebut bahawa sidang DUN kali ini diadakan semata-mata untuk memenuhi syarat tempoh 6 bulan di antara mesyuarat-mesyuarat Dewan. Beliau seharusnya berasa malu untuk menbuat kenyataan seperti itu seolah-olah kerajaan Barisan Nasional tidak berminat untuk membincangkan masalah rakyat. Memang benar terdapat syarat 6 bulan seperti yang dinyatakan oleh beliau.

Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, perkara XXXVI memperuntukkan bahawa 'Yang Maha Mulia hendaklah dari semasa ke semasa memangil bersidang Dewan Perhimpunan Undangan itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas satu dalam persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang dihadapan'.

Apakah niat undang-undang itu yang mensyaratkan tempoh 6 bulan itu? Adalah jahil untuk berkata 'kita bersidang untuk memenuhi syarat'. Undang-undang Tubuh Negeri Perak mahu memastikan bahawa sekurang-kurangnya Dewan Negeri bersidang dalam 6 bulan supaya masalah rakyat boleh dibincangkan secara panjang lebar. Tetapi, Menteri Besar dan pimpinan Barisan Nasional telah memanupulasikan undang-undang itu hanya sekadar memenuhi syarat yang diperakui oleh Dato Ganesan sendiri dalam ucapannya.

Adakah Kerajaan Barisan Nasional mengatakan bahawa di Negeri Perak tidak ada masalah langsung untuk diketengahkan dalam Dewan Negeri Perak yang mulia? Terdapat banyak masalah yang tidak diselesaikan dan memerlukan perhatian kerajaan dengan segera. Tindakan mereka jelas bahawa mereka ini adalah satu golongan pengecut yang tidak berani menghadapi wakil-wakil dari Pakatan Rakyat yang hendak membawa masalah rakyat ke forum tertinggi ini. Meraka mencari helah untuk melarikan diri daripada tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat negeri Perak.

Apa guna kita ada pilihanraya dan wakil rakyat jika persidangan Dewan Negeri hanya diadakan untuk setengah hari sahaja untuk membincangkan masalah rakyat. Sekali lagi kerajaan Barisan Nasional telah mencemarkan demokrasi di Negeri Perak. Terbukti bahawa Barisan Nasional merupakan satu kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak ada sikap akauntabiliti kepada pengundi dan
rakyat negeri ini.

**Penulis adalah speaker kerajaan Pakatan Rakyat Perak V. Sivakumar , yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Perak & ADUN kawasan Tronoh

Tuesday, August 16, 2011

Najib akhirnya tunduk kepada rakyat

Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak semalam untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Parliamentary Select Committee) untuk mengkaji reformasi sistem pilihanraya sebelum PRU ke-13. 

Perkembangan tersebut membuktikan akhirnya pentadbiran Najib terpaksa tunduk kepada permintaan rakyat yang dijana melalui perarakan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lepas.  Ini merupakan kemenangan awal hasil daripada kebangkitan rakyat menuntut sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

Namun, DAPSY mendesak Najib memberikan komitmen penuh untuk melaksanakan kata-kata beliau.  Untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut, beberapa langkah segera perlu diambil oleh pentadbiran Najib seperti berikut:

1. Memanggil satu sidang khas Dewan Rakyat sebelum Hari Raya Aidilfitri untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen tersebut.  Tanpa satu sidang khas, Parlimen terpaksa tunggu sehingga 3 Oktober untuk melaksanakan penubuhan Jawatankuasa tersebut.

2. Lapan tuntutan asal BERSIH 2.0 dijadikan sebagai asas "terma-terma rujukan" atau "terms of reference" kepada penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen tersebut.

3. Memberikan tempoh masa selama tiga bulan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen tersebut untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dan mengumpul pandangan awam dari seluruh lapisan masyarakat.  Laporan penuh perlu dibentang dan dibahaskan di Parlimen pada akhir tempoh tersebut.
4. Semua cadangan dari Jawatankuasa Pilihan Parlimen tersebut yang dipersetujui bersama secara konsensus dan lapan tuntutan asal BERSIH 2.0 MESTI dilaksanakan dalam PRU ke 13.

5. Najib perlu memberikan perjanjian secara terbuka bahawa beliau tidak akan membubarkan Parlimen selagi semua agenda perubahan yang dituntut untuk memastikan sistem pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan.

*Kenyataan media oleh Loke Siew Fook (gambar kanan) selaku Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) merangkap Ahli Parlimen Rasah.

Monday, August 15, 2011

DAP tolak pelawaan Nazri untuk sertai BN

Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN.

NONESetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.

"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.

"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.

Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.

Mengulas isu yang sama, ahli parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata, sejak 45 tahun yang lalu, pemimpin DAP telah berusaha bersungguh-sungguh dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka.

NONE"Pemimpin kami, ramai yang dianiaya dan didakwa di mahkamah, (ada) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Sesetengah mereka telah "dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ada juga dihalang daripada bertanding selama lima tahun tetapi demi perjuangan mereka tabah dan bersabar bagi menegakkan hak semua rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama".

"Semua pengorbanan ini bukan untuk DAP bagi menggantikan MCA dalam BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Hanya politik baru dan penghindaran dari politik 'pecah dan perintah' mengikut garis etnik dan mementingkan diri sendiri... boleh menyelamatkan Malaysia."

Thursday, August 11, 2011

Tujuh negeri umum bonus, Pulau Pinang beri minimum RM600

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Kerajaan Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor serta Pulau Pinang merupakan tujuh kerajaan negeri setakat ini mengumumkan keputusan – mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam bulan ini.


“Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said di Kuala Terengganu, lapor Bernama Online.
Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.

Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) juga mengumumkan bahawa pentadbirannya akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada kakitangan kerajaan negeri.

Kadar minimum itu tambahan RM100 berbanding minimum RM500 diumumkan kerajaan pusat.
Lim berkata guru-guru Kafa pula akan menerima RM300.

“Bonus ini akan membantu kakitangan awam membuat persiapan menyambut  Hari Raya,” katanya kepada pemberita.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di Pahang melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6,000 penjawat awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para pesara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan akan menanggung kos RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Perak juga mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

Beliau berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM6.5 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan kepada 4,800 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri Negeri Sembilan.

Katanya pemberian bonus itu menyebabkan kerajaan negeri mengeluarkan belanja sebanyak RM4.8 juta.

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengumumkan kerajaan negeri itu akan mengikut langkah kerajaan Persekutuan untuk memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangannya pada tahun ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan hanya pembayaran bonus RM500 kepada kakitangannya.

Wednesday, August 3, 2011

Isu MyPR-MyKad: DAP juga duga PRU-13 paling buruk dalam sejarah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — DAP, satu lagi Pakatan Rakyat melahirkan kebimbangan sambil mendakwa Barisan Nasional (BN) mendaftar pekerja-pekerja asing dan pemastautin tetap sebagai pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan selepas Aidilfitri.

Perikatan itu mendakwa mereka mempunyai bukti menunjukkan pemastautin tetap sudah muka diberi taraf kewarganegaraan dalam usaha mendaftar mereka sebagai pengundi.

Kepimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan sidang media petang ini bagi membuat pendedahan terbuka.
Dalam laporan The Malaysian Insider awal pagi ini, PAS mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar status kewarganegaraan dalam kadar yang cepat sambil menyifatkan ia dilakukan oleh “sindiket” yang dilindungi BN demi mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

Monday, August 1, 2011

Kontrak: Lim anggap MCA berfahaman sempit

BUTTERWORTH, 31 Julai: Tindakan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang mempertikai kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng, kerana didakwa memberi kontrak Jabatan Pengaliran dan Saliran Pulau Pinang kepada kontraktor Bumiputera dan India Muslim dianggap sebagai tidak matang dan berfahaman sempit.

Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh MCA tidak jauh bezanya dengan Umno yang menjadi rakan karib dalam BN.

"Jika kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu, MCA akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat bukan Melayu. Sekiranya kita membantu masyarakat bukan Melayu, Umno pula akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat Melayu.

"Sekiranya pemikiran dan sikap begini masih lagi menjadi ikutan dan amalan, maka pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang hidup harmoni, tanpa prejudis tidak akan tercapai.

"Oleh kerana itulah, apabila Umno seolah-olah gila talak kerana hilang kuasa, maka MCA juga kempunan untuk mengikut rakannya dengan menyalak tanpa hala tuju yang positif," ujarnya pada perasmian Jalan P Patto di Mak Mandin pagi tadi.

Sehubungan itu katanya, seandainya kuasa diberikan kepada BN, tidak mustahil banyak perpecahan dalam hubungan antara kaum akan terus berlaku, apabila perjuangan bangsa seperti yang diamalkan oleh komponen BN menjadi amalan.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan, turut menyeru MCA supaya menyedari hakikat bahawa mereka bersama-sama dengan MIC dan Gerakan, sudah tidak mampu lagi untuk mengembalikan keyakinan rakyat, terhadap perjuangan mereka bagi membela nasib rakyat di Pulau Pinang.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh dan barisan exco serta kepimpinan kerajaan negeri. - Harakahdaily