Sunday, January 8, 2012

Impian bangsa Malaysia untuk perubahan, kesederhanaan dan harapan

Selepas hampir empat tahun sejak gelombang tsunami politik pada 8 Mac 2008, kita kini berada di ambang Pilihan Raya Umum yang bakal menjadi pilihan raya yang paling penting dalam sejarah Malaysia.

Untuk kali pertama, kita akan bertanding sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat. Untuk kali pertama, kita akan bertanding bukan untuk sekadar menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional tetapi untuk meraih kuasa daripada mereka. Untuk kali pertama, rakyat Malaysia akan mempunyai pilihan alternatif yang bersatu padu, berdaya maju dan terbukti.

Empat tahun lalu, rakyat Malaysia telah mengamanahkan satu peluang yang besar kepada kita. Pakatan Rakyat telah berjaya menguasai lima negeri, dan di Pulau Pinang, Selangor dan Perak, DAP telah diberi amanah untuk mentadbir sebagai rakan dalam kerajaan. Namun begitu, Perak telah kehilangan akibat kudeta atau rampasan kuasa yang tidak bermoral oleh Barisan Nasional pada tahun 2009.

BN telah mengalami kekalahan bersejarah kerana mereka merupakan ejen rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan ekstremisme. BN sudah ketandusan idea dan ideal. BN tidak pernah bertaubat atas janji-janji kosongnya tetapi sebaliknya menjadi lebih sombong dan takbur. Rakyat telah memilih DAP dan PR kerana kita dilihat sebagai ejen perubahan, kesederhanaan dan harapan. Lebih pentingnya, kita juga bersih.

DAP dan PR sudah pun menunaikan harapan rakyat dalam menjadi ejen perubahan, kesederhanaan dan harapan. Walaupun kurang berpengalaman, kita telah menunjukkan bahawa kita boleh mentadbir dengan jauh lebih baik berbanding dengan BN. Sama ada di Pulau Pinang atau Selangor, DAP dan PR telah menujukkan prestasi yang lebih baik dalam tempoh 4 tahun ini berbanding dengan 51 tahun pemerintahan BN. Kita telah menjadikan negeri-negeri PR lebih bersih, hijau dan selamat, dan kita akan menjadikan Malaysia lebih bersih, hijau dan selamat.

Kita harus memenuhi aspirasi rakyat Malaysia, terutamanya aspirasi anak muda yang menginginkan perubahan daripada sistem yang sudah rosak dek rasuah dan undang-undang yang menindas hak asasi manusia. Rakyat Malaysia menginginkan kepimpinan yang berintegriti, kerajaan yang demokratik dan berjiwa rakyat dan yang mendengar rakyat, bekerja untuk rakyat dan memberi harapan kepada rakyat.

Kita telah berjaya dengan mengamalkan kesederhanaan dan menolak ekstremisme, mengamalkan persaudaraan dan bukan kebencian, menghormati satu sama lain sebagai rakyat Malaysia terdahulu dan Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban kemudian. Kesederhanaan bermakna keadilan, kebebasan dan kebenaran. Kesederhanaan adalah jalan ke arah kejayaan untuk merealisasikan Impian Bangsa Malaysia untuk sebuah negara yang bersih dan maju dan yang boleh dinikmati semua.

Dalam membersihkan Malaysia, kita mesti elak daripada mengulangi kesilapan-kesilapan BN. Aset DAP yang paling bernilai merupakan integriti dan daya kita untuk menolak rasuah. Oleh sebab itu, DAP akan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli yang terlibat dalam tindakan-tindakan haram atau rasuah. Kita mencadangkan 6 langkah integriti:

Monday, January 2, 2012

Bekas orang kanan Najib sah sertai DAP

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan veteran Umno Pahang, Aspan Alias sah menyertai DAP.

Penyertaan Ariff Sabri ke dalam DAP adalah satu tamparan besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana Ariff Sabri adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004.

Beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno, kata Ariff seperti dilaporkan FreeMalaysiaToday.

Dato' Seri Zahid Hamidi displays the worst traits of a minister

I read with great surprise that Dato' Seri Zahid Hamidi has once again reiterated his "invite" to me to meet him with regards to the cost increase over the acquisition of 6 naval patrol vessels from RM6 billion to RM9 billion. I feel extremely honoured because this is the third invite in 4 days!

His first invite made via the press was on 29th December, followed by another on 31st, and another yesterday, on the 1st January of the new year - all of which were published in Bernama. He need not have made so many invites, he had me at "hello". I had immediately after reading his first invite, publicly responded that Pakatan Rakyat MPs, Nurul Izzah Anwar, Dr Dzulkefli Ahmad and myself are more than happy to take up his offer of clarifications on 30th December.

Unfortunately, despite his eagerness to meet me, our Defence Minister appears to be very poorly informed and does not read the news. So, I repeat again here, that we accept the invite from the Minister to offer clarifications and look forward to his honourable office to make the necessary arrangements for our visit.

Sunday, January 1, 2012

Tindakan polis mengganas di UPSI dikutuk

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan polis yang mengganas terhadap sekumpulan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim semalam, menyebabkan lebih kurang 20 aktivis ditangkap dan beberapa mahasiswa berdarah teruk akibat dibelasah oleh pihak polis.

Pihak polis telah menggunakan kekuatan yang melampau terhadap aktivis-aktivis mahasiswa tersebut walaupun mereka hanya berkumpul semata-mata untuk menuntut kebebasan akademik serta menuntut supaya kes UPSI terhadap Adam Adli, aktivis yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak digugurkan.

Tuntutan mahasiswa-mahasiswi terhadap kebebasan akademik melalui himpunan aman merupakan sesuatu yang suci dan tulen. Tindakan polis yang mengganas semalam seolah-olahnya suatu bentuk campur tangan terhadap autonomi kampus dan seterusnya mencemarkan kesucian UPSI sebagai salah sebuah institusi akademik di tanah air kita.