Tuesday, April 10, 2012
Sunday, April 8, 2012
Make public CCTV tapes involving Nazri’s son, DAP tells A-G
KUALA LUMPUR, April 8 — The DAP has demanded the Attorney-General reveal the surveillance videos of events during the alleged assault of a security guard that involved Datuk Seri Nazri Aziz’s son. DAP national legal bureau chairman Gobind Singh Deo said that “rare sources” such as closed-circuit television recordings were the most important thing to look for in cases involving assault allegations.
“The A-G should also explain why an announcement was made about the conclusions of the probe before looking at this,” he said in a statement sent to The Malaysian Insider.
The lawyer-cum-politician said that the credibility of the police was at stake here, and that public access to the recordings would go towards assuaging doubts of the impartiality of the investigations.
“It is therefore of critical importance that the recording be made public, at the very least to resolve doubts in the minds of members of the public that investigations in this case were indeed above board and not otherwise as is now alleged,” added Gobind.
The DAP MP joins his Pakatan Rakyat (PR) colleagues in PKR who have repeatedly demanded the police explain why they have speedily cleared the federal minister’s son of assault claims despite what they said was evidence from a CCTV recording purportedly showing otherwise.
PKR vice-president N. Surendran yesterday questioned why the police had acted in such a manner when there were now media reports suggesting new evidence in the form of the CCTV footage.
Police had earlier cleared Nazri’s son, Mohamad Nedim, of allegedly assaulting a security guard just four days after the incident took place.
Brickfields district police chief ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid had said it was “a clear-cut case” that only involved security personnel and a bodyguard of Nazri’s son.
Friday, April 6, 2012
Chua Soi Lek harus hormati keputusan majoriti rakyat Malaysia
"Flip-flop" secara tiba-tiba oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan tindakan MCA untuk membuat pusingan U daripada menyokong loji pemprosesan nadir bumi Lynas kepada menuntut agar loji itu dimansuhkan, bukan sahaja menonjolkan pendirian MCA yang tidak konsisten dan tidak berprinsip tetapi juga menimbulkan soalan tentang keikhlasan dan kredibiliti MCA. Rakyat Malaysia tidak akan percaya dengan seruan Presiden MCA Chua Soi Lek untuk memansuhkan loji Lynas dan menganggap tindakan ini sebagai helah pilihan raya umum untuk menipu pengundi.
MCA harus buktikan komitmen mereka untuk menghormati kehendak majoriti rakyat Malaysia yang ingin menutup loji nadir bumi Lynas di sekitar kawasan Kuantan, dengan menarik diri daripada BN dan tidak kembali masuk sehingga UMNO membatalkan projek pemprosesan nadir bumi yang bernilai RM2.3 bilion ini. Selagi UMNO enggan memberi komitmen secara umum bahawa pampasan akan dibayar, tidak ada sesiapa yang akan percaya bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai isu Lynas akan berani mengesyorkan penutupan kilang tersebut.
Yang lebih teruknya, Chua terus meminta agar Lynas menghantar balik sisa nadir bumi yang radioaktif kepada Australia, walaupun Kerajaan Australia sudah menolak permintaan itu secara umum dan rasmi. Tidak seperti BN, Kerajaan Australia tidak akan mementingkan keuntungan daripada kesihatan dan keselamatan rakyatnya.
Tindakan "flip-flop" MCA yang dahulunya menyokong Lynas tetapi sekarang seolah-olah sudah mendapat hidayat baru menggesa pula supaya loji pemprosesan nadir bumi itu ditutup nampak sangat hanya bersifat oportunis, terdesak serta tidak berprinsip dan dilakukan semata-mata untuk mendapat undi. Rakyat Malaysia tidak akan lupa bahawa MCA selama ini telah menyokong pendirian UMNO bahawa loji Lynas itu akan mendatangkan faedah seperti peluang pekerjaan, pelaburan nilai tinggi, pindahan teknologi, selamat dan tidak akan mendatangkan risiko kesihatan atau radioaktif.
Kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang menyatakan bahawa isu ini tidak lagi berkaitan dengan kesalamatan, tetapi bahawa Kerajaan tidak boleh mengabaikan pandangan majoriti rakyat Malaysia yang menentang Lynas, menunjukkan bahawa pokok isunya tidak berkaitan dengan salah atau betul. Sekali lagi, MCA mendedahkan diri sebagai parti yang tidak berprinsip atau tidak bertulang belakang.
Tidak ada apa-apa untuk menghalang MCA daripada membuat "flip-flop" sekali lagi selepas pilihan raya umum yang akan datang untuk menyokong kembali loji nadir bumi Lynas. Oleh itu, ini adalah peluang terakhir bagi MCA untuk membuktikan komitmen mereka untuk memansuhkan loji Lynas dengan menarik diri daripada BN dan bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang atas simbol sendiri. Adakah Chua berani untuk mengumumkan bahawa MCA hanya akan kembali ke pangkuan BN selepas penutupan loji Lynas? Kegagalan untuk membuat demikian akan membantu rakyat Malaysia membuat keputusan sama ada untuk mempercayai parti yang bukan sahaja menipu diri sendiri tetapi cuba menipu orang lain.
Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 6hb April 2012

Sunday, April 1, 2012
Kami sertai DAP bukan sebab kerusi kata Aspan, Arif
SUBANG JAYA, 1 April - Atas kekecewaan terhadap kepimpinan parti, Datuk Arif Sabri dan Aspan Alias yang selama ini merupakan ahli Umno bertekad menyertai DAP, yang mana menurut mereka parti yang dituduh Umno sebagai chauvinis Melayu itu mengamalkan dasar "kesatuan nasional."
Malah, mereka turut menolak dakwaan blog-blog Umno bahawa mereka menyertai DAP atas sebab tiada kekosongan kerusi dalam parti komponen lain Pakatan Rakyat (PR) seperti PAS, dan PKR.
"Kami menyertai DAP kerana kami merasakan parti ini mengamalkan perjuangan dasar "kesatuan nasional" yang tidak mengamalkan politik perkauman dan agama, malah dalam borang penyertaan sendiri tidak disediakan ruang untuk bangsa.
"Kami bukan menyertai DAP atas dasar kerusi, bukan untuk bertanding merebut kerusi Melayu dalam DAP. Itu semua spekulasi Umno yang sejak dulu mengamalkan politik fitnah. Umno adalah kilang fitnah terbesar," tegas Asfan Alias ketika siri jelajah "Kenapa Saya Masuk DAP" anjuran Roketkini dan DAP Subang Jaya di sini.
Menurut Asfan lagi, masa yang beliau habiskan bersama Umno sejak 41 tahun lalu adalah satu pembaziran.
"Umno sekarang berbeza. Mereka memusuhi Melayu dan tidak menghormati badan legislatif negeri.
"Umno sudah mati, dan hanya berselindung dalam tubuh Umno dahulu," tegasnya.
Jelasnya, Umno sudah musnah sejak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
"(Dr) Mahathir yang memulakan kronisme kerana beliau tidak faham politik. Pemimpin terdahulu adalah golongan aristokrat yang tidak makan duit rakyat, mereka fokus untuk membangunkan negara.
"Tapi bila orang biasa jadi pemimpin, mereka mula sibuk untuk mengumpul kekayaan sendiri," katanya lagi.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno bahagian Pekan Datuk Arif Sabri berkata, penglibatan beliau dalam DAP adalah kerana parti itu adalah sebuah parti yang berjuang untuk demokrasi , kesaksamaan ekonomi, dan negara yang bebas dari rasuah.
"Saya ambil keputusan yang lama untuk sertai DAP, saya kecewa dengan kepimpinan parti yang mengamalkan kronisme politik, berbeza dengan DAP yang memperjuangkan kesaksamaan dalam ekonomi, bebas rasuah, dan berjuang semata-mata demi demokrasi," tegasnya yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis untuk sepenggal.
"Umno bukan pejuang Melayu sejati, mereka adalah pejuang hanya untuk sekumpulan Melayu.
Tambah Arif, penyertaan dirinya ke dalam DAP juga berikutan gejala korupsi dalam Umno yang tidak dapat dibendung dan sudah tidak dapat terkawal.
"Umno dan rasuah ibarat "aur dengan tebing," Umno tidak dapat hidup tanpa rasuah, rasuah tidak dapat berkembang tanpa Umno," katanya lagi.
Sementara itu, anak kepada bekas pemimpin Umno, Zairil Khir Johari berkata, penyertaannya ke dalam DAP disebabkan parti itu mengamalkan keterbukaan dan tidak mengamalkan politik kronisme dan beliau benci dengan permainan perkauman dan agama yang didalangi Umno.
"Umno sudah sakit dan tidak boleh diubati. Parti itu menggunakan sentimen bangsa dan agama untuk takutkan rakyat.
"Selama 46 tahun Umno menuduh DAP Komunis, chauvinis Melayu, dan sebagainya sedangkan dasar DAP adalah perjuangan keadilan kesaksamaan," tegasnya yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng.
Zairil turut menyelar Umno yang menurutnya menjadi dalang menuduh DAP mengkristiankan umat Islam.
"Umno menuduh DAP mengkristian umat Islam, sedangkan parti ini hanya mempunyai kurang 10 peratus ahli beragama Kristian, jadi apa logiknya tuduhan mereka itu?" katanya lagi dan menegaskan kenyataan Umno itu adalah tidak berasas. - MI

Subscribe to:
Posts (Atom)