Monday, May 21, 2012

Ucapan oleh Lim Guan Eng di Konvensyen Wanita PR Negeri Pulau Pinang

Ucapan oleh Lim Guan Eng di Konvensyen Wanita PR Negeri Pulau Pinang di Dewan MPSP, Bandar Perda pada hari Ahad, 20hb Mei 2012Salam Sejahtera dan Salam Bersih bagi kepimpinan Wanita Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dan para Ahli Wanita Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada Wanita DAP, Muslimat PAS dan Wanita PKR.

Pada hari yang mulia ini, jentera Wanita Pakatan Rakyat berkumpul untuk suatu program amat bermakna bagi wanita negeri ini dalam menuju PRU 13.

Konvensyen kali Ke 2 merupakan suatu usaha yang berjaya mengumpulkan ahli sayap wanita Pakatan Rakyat dan melambangkan kekuatan jentera wanita PR. Pemilihan tema Bersama Bersihkan Malaysia menunjukkan keprihatinan wanita PR untuk menambaik pilihanraya ke arah pilihanaraya yang bersih , bebas dan adil di Malaysia dan mempertahankan nilai demokrasi dalam pentadbiran Negara.

Sayap Wanita PR merasa bangga kepimpinan yang bersih daripada korupsi dalam pentadbiran negeri dengan mengamalkan prinsip Cekap, Telus dan Akauntabiliti yang telah membuktikan kepimpinan PR negeri berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Namun begitu, sayap Wanita PR masih merasa dilema pentadbiran kerajaan persekutuan yang mempunyai masalah serius dalam urustadbir negara dengan amalan korupsi dan rasuah yang ketara sehingga mencengkam dan mencacatkan pembangunan wanita di negara ini. Masalah ini wujud kerana Barisan Nasional hanya mempertahankan Menteri Wanita yang hanya memfokuskan amalan rasuah dan pecah amanah serta mengejar hartanah untuk kepentingan keluarganya sahaja.

Syabas dan tahniah wanita PR yang berjaya membongkarkan kes NFC dan rasuah Menteri Wanita BN. Akibat kegagalan mewujudkan kepimpinan wanita cekap dan amanah oleh BN maka pada hari ini mereka ketandusan pemimpin wanita sehingga jawatan Menteri Wanita di sandang oleh Perdana Menteri yang gender lelaki. Walaupun menghadapi dilemma besar , BN masih tidak sedar dan masih berdegil melakukan anasir-anasir kotor dan keji dengan memanipulasikan SPR demi kepentingan politik mereka.

Segala tuntutan rakyat mengenai kelemahan-kelemahan dan cadangan untuk penambahbaikan SPR harus dilaksanakan segera sebelum menjelang PRU 13. Tuntutan Bersih yang dipengerusikan oleh seorang wanita yakni Dato Ambiga Sreenevasan menunjukkan komitmen golongan wanita untuk pentadbiran negara dan mempertahankan hak rakyat.

Tahniah PR kerana berjaya melahirkan kepimpinan wanita yang berjuang secara bersungguh-sungguh demi pertahankan hak wanita Malaysia. Semasa perhimpunan tersebut , ada golongan wanita yang muda, pertengahan umur dan warga emas dan ibu yang membawa kanak-kanak. Di Pulau Pinang , perhimpunan Bersih berjaya dilakukan dengan aman dan damai kerana mendapat sokongan baik kepimpinan Kerajaan Negeri dan MPPP dan membuktikan kerajaan berjiwa rakyat dan mengamalkan demokrasi serta menghormati hak rakyat sebagai pengundi. Kejayaan perhimpunan Bersih di Pulau Pinang juga hasil usaha wanita PR yang berjaya membimbing pengundi wanita di negeri ini untuk memilih kepimpinan PR dalam PRU 2008.

Pada tahun ini wanita PR berjaya mencipta sejarah dalam negeri dengan penubuhan Penang Women Development Corporation(PWDC) yang akan melaksanakan agenda dan dasar-dasar demi pembangunan gender, keadilan gender dan sosial di peringkat negeri. Bajet khas tahunan sebanyak RM1.5 juta telahpun diluluskan untuk PWDC.

Datuk Seri Kong Cho Ha Must Realise That His Ministry Duties Relates To Ports And Airports, Not Overly Focused Only On The Bidding Price For WWW Car Number Plates
Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha must realise that his ministry duties relates to ports and airports, not overly focused only on the bidding price for WWW car number plates. At a time when the people of Penang are concerned at the impact on Penang International airport following the proposed construction of the proposed low-cost carrier terminal in Perak as announced Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Kong got nothing to contribute.

Sunday, May 20, 2012

Kit Siang: Polls delay will favour Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, May 19 – Lim Kit Siang today said delays in the general elections will favour Pakatan Rakyat (PR), giving the opposition more time to “debunk lies” by the ruling Barisan Nasional (BN).


The elections must be called within a year, but uncertainty over its date has resulted in a guessing game.

“Time is on Pakatan Rakyat’s side – as any further delay in elections will only provide more time... to debunk the Umno/BN campaign of lies, falsehoods and demonisation,” said the DAP parliamentary leader (picture) in a speech in Kuching.

He also singled out the “greatest lie” in the three-year Najib administration that “Bersih 3.0 itu Kotor,” referring to the title of a documentary aired on state-run television which he claims is “very biased” and intended to “poison the minds of viewers about Bersih 3.0.”

He said that the strong show of the people’s support during the Bersih 3.0 rally had shaken the prime minister’s confidence that “June would be the best timing... to call general elections.”

The opposition stalwart said those living in rural areas “depend on the mainstream media for information” and would be “easy victims of the Umno/BN campaign of lies and demonisation, particularly about the Bersih 3.0 rally.”

But he said that delays in polls would give “more time for the urban Malay youths to return to the kampongs to tell... the truth of what happened on April 28”.

“And when the truth about Bersih 3.0 are fully understood by the Malaysian voters in the rural areas, then the country will be ready for far-reaching changes in the next general elections,” he added.

The Ipoh Timor MP said that Datuk Seri Najib Razak had realised “that although he may have secured high personal polls, his personal popularity could not be translated into high voting support for Umno and Barisan Nasional.”

However, the prime minister had earlier this month brushed off speculation that the Bersih sit-in protest on April 28 would delay the polls date, saying “we will decide on the basis of how the people view the government.”

Lim also said “there has been a very systematic and concerted attempt by those in power to demonise Bersih 3.0... as an anti-national conspiracy including an attempted coup d’etat to topple the government – a wild and most irresponsible allegation by the prime minister himself.”

Tuesday, May 15, 2012

Majlis Pimpinan PR menegaskan semula permuafakatan yang kukuh dan kata sepakat diantara mereka dalam polisi umum sebelum atau selepas PRU13

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini menegaskan semula permuafakatan yang kukuh dan kata sepakat dalam perjanjian oleh tiga komponen parti utama iaitu PKR, PAS dan DAP, samada sebelum atau selepas Pilihanraya Umum Ke-13, yang termaktub Kerangka Dasar Bersama PR pada 19 Disember 2009, pengenalan Buku Jingga pada 20 Disember 2010 dan Kenyataan Majlis Pimpinan PR pada 28 September 2011.

Sepertimana yang termaktub dalam Kerangka Dasar Bersama PR yang telah diserap sebulat suara didalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam dalam Disember 2009, Pakatan Rakyat komited untuk mendukung semangat dan peruntukan Akta dalam Perlembagaan Persekutuan, terutamanya dalam:
  1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, agama Islam sebagai agama Perlembagaan disamping kebebasan untuk agama yang lain diamalkan mana-mana di negara ini dan melindungi hak-hak istimewa kaum Melayu dan orang asal dimana-mana termasuklah negeri Sabah dan negeri Sarawak, dan kepentingan sah kaum-kaum yang lain berdasarkan peruntukan Artikel 153.

  2. Mempertahankan peranan dan kebertanggungjawaban institusi Raja-Raja Berperlembagaan.
  3. Mendukung penggunaan Bahasa Melayu berdasarkan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempromosikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) disamping mempertahankan dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda untuk semua kaum.

  4. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan pada masa yang sama mencadangkan pembatalan semua deklarasi darurat yang sedia ada.

  5. Memansuhkan atau meminda semua undang-undang yang menindas dan menyalahi hak asasi manusia.

  6. Menjamin semangat Federalisme dan perhubungan yang saksama diantara negeri-negeri Persekutuan dan negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak.
Majlis Pimpinan PR hari ini juga menegaskan bahawa apa-apa perubahan kepada polisi-polisi PR yang telah dipersetujui secara muafakat mestilah melalui satu proses konsensus diantara ketiga-tiga parti komponen PR.

Hukum Hudud bukanlah sebahagian daripada Kerangka Dasar Bersama PR dimana parti DAP mempunyai pandangan bahawa pengimplementasian hukum tersebut bercanggah dengan semangat Perlembagaan. Walaubagaimanapun, parti DAP menghormati pandangan parti PAS diatas isu tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa pengimplementasian hudud dan pindaan pada Perlembagaan Persekutuan adalah keutamaan parti PAS walaupun ia akan membawa kepada pertukaran “rakan kongsi” dalam Pakatan Rakyat telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PR pagi tadi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua PAS yang lain memberi jaminan kepada Majlis Pimpinan PR bahawa kepimpinan parti PAS menolak pandangan Harun kerana ianya tidak mencerminkan kedudukan PAS tetapi adalah pandangan peribadi Harun.

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 14hb Mei 2012*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

Friday, May 11, 2012

MP gesa dedah siasatan ke atas pegawai Bank Rakyat

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata Kementerian Kewangan perlu mendedahkan siasatan ke atas pegawai kanan Bank Rakyat atas dakwaan pecah amanah dan penipuan melibatkan satu skim pelaburan berjumlah RM13.532 juta.
Pua mendakwa, pegawai bank berkenaan merupakan individu yang bertanggungjawab dalam kelulusan dan pelancaran skim skim Euro Deposit Investment itu.

NONE"Kementerian Kewangan perlu menjalankan siasatan kes pecah amanah atau penipuan ke atas pegawai berkenan kerana menjual produk (pelaburan) yang menipu," katanya dalam sidang media hari ini.

Setidak-tidaknya, kata Pua, pegawai berkenaan boleh disiasat atas dakwaan jenayah kecuaian kerana tidak memastikan pelabur dilindungi.

Menurutnya, pegawai itu merupakan pengarah dalam syarikat pelaburan Rakyat BTR Capital Partners Bhd yang bertanggungjawa memperkenalkan skim tersebut sejak pertengahan 2007.

Namun, Pua mendakwa, Bank Rakyat yang mempunyai pegangan 20 peratus dalam Rakyat BTR, kemudiannya menarik diri dalam suku keempat 2008 tanpa pengetahuan pelabur dan nama syarikat itu juga ditukar kepada RBTR.

Seorang pemegang amanah skim itu, UBB (Malaysia) Trustee Bhd, juga menarik diri daripada tanggungjawabnya, juga tanpa pengetahuan pelabur, dakwanya lagi.

Pua mendakwa, Rakyat BTR pada awalnya berjanji bahawa wang tersebut akan dipegang oleh UBB (M) Trustee Bhd.

Namun, dakwanya, wang berkenaan kemudiannya dipindahkan kepada satu syarikat bawah Locke Capital Investments Limited yang ditubuhkan di British Virgin Islands.

Locke Capital Investments, yang ditadbir rakyat Malaysia, kemudian bertanggungjawab memindahkan dana Rakyat BTR kepada satu pelaburan oleh satu bank pesisir di Singapura, dakwa Pua lagi.

Katanya, sekumpulan 58 individu dan pemegang akaun pelaburan berkenaan masih belum diberikan jawapan konkrit berhubung siasatan yang dimulakan Suruhanjaya Sekuriti pada September 2009 terhadap kes tersebut.

Katanya, suruhanjaya berkenaan hanya mengadakan satu taklimat kepada pelabur pada April 2010 dan memberitahu pelabur bahawa jumlah dana lebih RM13.5 juta dalam akaun RBTR itu susut sehingga RM9,858.

SC juga menasihati pelabur untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu terbabit memandangkan jumlah pelaburan berkenaan mungkin tidak dapat diperolehi semula, kata Pua.

SC juga bersetuju untuk membenarkan mereka menyemak dokumen dan rekod RBTR untuk memboleh pelabur berkenaan mengambil tindakan undang-undang.

Namun sehingga kini suruhanjaya itu masih menunaikan janji tersebut, kata Pua lagi.

"Kumpulan pelabur ini tertanya-tanya mengapa tiada berita atau tindakan material oleh SC ke atas RBTR dan juga skim EDI memandangkan RBTR merupakan syarikat pengurusan aset yang dilesenkan SC.

"Saya akan menulis surat kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk mendapatkan maklumat terkini," katanya