Thursday, September 20, 2012

Warga Tionghua Chukai Gembira Sambut Raya

KEMAMAN - Seramai lebih 150 orang warga Tionghua melahirkan rasa sukacita kerana mereka diraikan dalam majlis sempena hari raya bersekali sempena sambutan perayaan kuih bulan serta perayaan Tang Lung.

Majlis tesebut yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai telah diadakan pada petang Selasa bermula jam 6.30 petang, 18 September di sebuah restoran di Taman Chukai Utama di bandar Chukai dekat sini

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undanga Negeri (MTD) Chukai Haji Hanafiah Mat mengucapkan terima kasih kepada semua warga Tionghua yang hadir dan sedia memberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata majlis tesebut diadakan bersekali dengan perayaan kuih bulan dan perayaan Tang Lung yang akan disambut oleh oleh kaum Tionghua pada akhir September ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/majlis%20raya%20tionghua.jpg"saya ucap teima kasih kepada semua warga Tionghua yang hadir dan teima kasih kerana sedia jemberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat,

"sebelum akhir majlis ini kita akan edarkan kuih bulan PAS sempena mengingati sejarah perjuangan orang-orang di negeri China pada zaman dahulu,

"dan ia pastinya akan meningkatkan semangat kepada warga Tionghua untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang,"ujarnya yang disambut dengan tepukan oleh para hadirin.

Turut hadir dan memberikan ucapan pada majlis tersebut adalah ADUN Simpang Pulai Perak YB Chan Ming Kai dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing

Ng Chai Hing telah menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga warga Tionghua Chukai kepada MTD Chukai kerana menganjurkan majlis tersebut.

Menurutnya, itulah kali pertama majlis seumpamanya yang diadakan khusus untuk masyarakat Tionghua.

Monday, September 17, 2012

DAP mengecam dan menolak filem anti-Islam yang menghina agama dan kepercayaan masyarakat Islam

DAP mengecam sekeras-kerasnya filem anti-Islam terbaru yang dikatakan menghina agama Islam dan juga Nabi Muhammad. Filem ini yang bukan sahaja kurang sensitif tetapi jelas bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen keagamaan dan harus ditarik balik daripada mana-mana laman web termasuk Youtube dengan serta merta.

Sungguhpun DAP menjunjung prinsip kebebasan bersuara dan berkreativiti, kita juga percaya bahawa setiap karya yang dihasilkan perlulah mempunyai tanggungjawab moral ke atas budaya dan kepercayaan mana-mana agama mahupun bangsa. Kebebasan berkarya tidak wajar disalahgunakan seperti yang telah berlaku dalam filem ini.

Justeru, DAP menyeru rakyat agar menolak karya ini kerana ia jelas telah membawa penghinaan kepada agama dan kepercayaan masyarakat Islam.

Pada masa yang sama, DAP turut mengecam keganasan yang telah berlaku ke atas empat orang rakyat Amerika termasuk dutanya di Libya, Christopher Stevens yang terbunuh dalam insiden yang dipercayai berpunca daripada kemarahan masyarakat Islam Libya ke atas filem tersebut. Keganasan bukanlah jalan penyelesaian, khususnya berkaitan isu ini.

Isu seperti ini harus menjadi teladan kepada kita bahawa demokrasi dan kebebasan bukanlah lesen untuk kita menggunakan atau memperalatkan bangsa, agama, budaya atau kepercayaan untuk mencetuskan sengketa atau permusuhan.

Kita yakin bahawa masyarakat Islam di Malaysia sudah cukup matang dan bijak dalam berhadapan dengan trajedi seperti ini. Bantahan harus dikemukakan dengan cara yang paling baik demi mengelak kejadian-kejadian yang lebih buruk lagi.

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

Saturday, September 15, 2012

Hishamuddin harus menegakkan undang-undang dengan menarik baik kenyataannya yang tidak bertanggungjawab

DAP terkejut dengan keengganan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn untuk menjamin keselamatan PR dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya semalam. Keengganan ini seumpama keengganan untuk memberi amaran kepada mereka yang bertindak ganas terhadap keselamatan peribadi dan harta pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PR. Adakah Hishamuddin memberi bukan sahaja kekebalan undang-undang tetapi juga menyetujui tindakan-tindakan yang salah ini?

Dengan keengganan untuk menjamin keselamatan pemimpin-pemimpin PR ini, Hishamuddin memberi gambaran yang salah kepada mereka yang menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat PKR? Adakah kita akan melihat lagi tindakan ganas bukan sahaja terhadap PKR tetapi juga terhadap PR? Persoalan keselamatan awam ini adalah isu yang kritikal ekoran serangan sistematik dan terancang terhadap DAP semalam di mana ibu pejabat DAP Pulau Pinang dan pusat khidmat 3 ADUN DAP iaitu ADUN Datuk Keramat Jagdeep Singh, ADUN Pulau Tikus Koay Teng Hai dan saya sendiri, telah disimbah dengan cat merah.

Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana pusat khidmat seorang Ketua Menteri telah diserang, dan menunjukkan betapa bertambah buruknya budaya politik kebencian dan keganasan terhadap PR dan pemimpin-pemimpin DAP. Serangan terbaru ini jelas merupakan sebahagian daripada usaha sistematik dan terancang untuk mengancam, menjatuhkan dan melemahkan kerajaan negeri PR Pulau Pinang kerana ini merupakan serangan yang ketiga dalam tempoh 13 bulan.
Pada Ogos 14 2011, ibu pejabat DAP Pulau Pinang dan pusat khidmat ADUN Komtar Ng Wei Aik telah disimbah cat jingga dan merah. 4 hari kemudian berlaku cubaan untuk membakar bangunan ibu pejabat DAP Pulau Pinang. Sampai hari ini pelakunya belum lagi dikenal pasti atau ditangkap oleh pihak polis.

Saya tidak tahu sama ada akan berlaku lagi serangan sedemikian terhadap DAP di Pulau Pinang. Namun begitu, DAP tidak akan ditakutkan oleh tindakan ganas ini tetapi akan terus berusaha dengan mandat yang diberi oleh rakyat Pulau Pinang untuk melaksanakan dasar-dasar berjiwa rakyat dan pentadbiran bersih. Saya menyeru agar ahli-ahli dan para penyokong akan bertenang dalam menghadapi provokasi dan menunjukkan kesabaran dengan budaya demokratik dan tanpa keganasan. Akhirnya, PR dan DAP akan berjaya kelak dengan menolak politik kebencian, penipuan dan keganasan.

Hishamuddin harus memulihkan kredibiti peribadi beliau dan menegakkan undang-undang dengan menarik baik kenyataannya yang tidak bertanggungjawab dan mengeluarkan arahan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertindak ganas terhadap PR demi membuktikan bahawa tiada dwi-standard atau pendakwaan secara selektif.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan