Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali telah
memanggil mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pengkhianat
negara berikutan pendedahan di Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang
Tanpa Izin (RCIII) berkenaan perancangan "kewarganegaraan untuk undian"
di Sabah sekitar tahun sembilan puluhan.
Semalam, beberapa bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
memberitahu RCI di Kota Kinabalu bahawa mereka diarahkan bagi
memudahcara pendatang tanpa izin untuk mengundi ketika 1990-an dan
membantu menaikkan kerajaan negeri yang mesra BN.
Operasi ini termasuklah antaranya mengeluarkan resit kad pengenalan
(KP) pengundi yang sememangnya wujud kepada pendatang tanpa izin untuk
mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang tanpa izin yang tidak
layak - juga dikenali sebagai Projek IC atau Projek M yang mana "M"
bermaksud Mahathir.
Dua orang paling rapat dan orang kanan Mahathir ketika itu telah
dilibatkan oleh saksi di hadapan RCI dalam penipuan
kewarganegaraan-untuk-undian di Sabah - Megat Junid Megat Ayub, Timbalan
Menteri Dalam Negeri Mahathir, yang juga Menteri Dalam Negeri serta
Aziz Shamsuddin, setiausaha politik Mahathir. Megat Junid kemudiannya
menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan sementara Aziz
Shamsuddin kemudiannya menyertai Kabinet sebagai Menteri Kemajuan Luar
Bandar Dan Wilayah.
Sekiranya pertuduhan "Resit IC untuk undi" Projek IC atau Projek M
dan "kewarganegaraan-untuk-undi" yang dibuat di RCIII adalah benar, dan
tiada sebab untuk mensyaki kebenaran mereka memandangkan perkara ini
telah menjadi rahsia umum di Sabah, bukan sahaja di dalam penghakiman
2001 Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang dalam petisyen pilihan raya yang
membatalkan keputusan dewan undangan negeri Likas pada 1999 kerana
kewujudan beribu nama "hantu" yang diragui di dalam daftar pemilih,
tetapi juga pengakuan di dalam ruang awam oleh bekas pegawai UMNO Sabah
dan kakitangan kerajaan yang terlibat di dalam penipuan itu, seperti
Mutalib Mohd Daud, Karim bin Ghani dan Hassnar Ebrahim, maka jenayah
pengkhianatan telah dilakukan.
Azmin telah membangkitkan satu persoalan yang tepat - adakah mantan
Perdana Menteri, Tun Mahathir bersalah di dalam penipuan "Resit
IC-untuk-undi" dan dalam Projek IC atau Projek M di Sabah pada tahun
sembilan puluhan.
Lebih-lebih lagi, adakah dua orang kanannya yang kemudiannya menjadi
Menteri Kabinet, Megat Junid dan Aziz Shamsuddin, turut bersalah atas
pengkhianatan kerana terlibat di dalam penipuan "Resit IC-untuk-undi"
dan "kewarganegaraan-untuk-undi" di Sabah?
Mahathir patut selamanya tutup mulut sekiranya beliau tidak bersedia
untuk secara sukarela tampil di hadapan RCIII Sabah untuk membersihkan
tuduhan bahawa beliau adalah pengkhianat dengan memberikan KP dan hak
mengundi kepada pendatang asing demi mempertahankan kuasa politik UMNO
dan bersuara untuk membersihkan nama Megat Junid serta Aziz Shamsuddin.
Friday, January 18, 2013
Wednesday, January 16, 2013
PR mahu bangkit melalui undi PRU-13, bukan tiru kebangkitan Arab: Kit Siang
KUALA LUMPUR, 15 JAN: DAP dan
parti lain dalam Pakatan Rakyat tidak berhasrat meniru Kebangkitan Arab
untuk menumbangkan kerajaan yang ada sebaliknya mahukan Kebangkitan
Malaysia menerusi pengundian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
secara aman dan demokratik.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak boleh dipakai kerana bekas Perdana Menteri itu masih membuat tuduhan liar bahawa KL112 bertujuan meniru Kebangkitan Arab untuk menumbangkan kerajaan BN yang dipilih rakyat.
Beliau yang menyifat Tun Mahathir sebagai manusia berkuasa tanpa jawatan di dalam tempoh Najib menjadi Perdana Menteri mendakwa KL112 “meniru” apa yang berlaku di beberapa negara Arab untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada kerana rasa tidak memenangi pilihan raya.
“Mahathir juga mengatakan perkara sama mengenai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 apabila mendakwa perhimpunan itu untuk “kebangkitan” menumbangkan kerajaan kerana tahu melalui pilihan raya, rakyat tidak akan memberi mereka kuasa membentuk kerajaan,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 86 hari ke PRU-13.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, bukan saja Mahathir, malah pemimpin UMNO/BN lain turut mengutuk perhimpunan Bersih 3.0, termasuk Najib yang mendakwa “duduk bantah” Bersih 3.0 di Dataran Merdeka sebagai percubaan kudeta oposisi untuk menumbang kerajaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mendakwa “terdapat pihak yang mahu kecederaan serius dan kematian”, sokongan membuta tuli tiga bekas Ketua Polis Negara terhadap tuduhan kudeta Najib dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen bahawa garam dan botol air mineral boleh menjadi senjata pemusnah untuk menjatuhkan kerajaan Najib.
Semalam pula, Najib mendakwa peralihan kuasa secara aman akibat daripada pilihan raya yang demokratik ialah “tradisi kita”, dan ia dapat dilihat melalui keputusan 12 pilihan raya umum sejak kemerdekaan.
“Setelah berulangkali mencabar Najib mengisytiharkan secara terbuka sejak empat tahun lalu supaya beliau dan UMNO/BN memastikan peralihan kuasa secara aman Putrajaya kepada Pakatan Rakyat sekiranya itu keputusan pengundi pada PRU-13 nanti, tetapi jawapan Najib tidak memuaskan,” katanya.
Beliau berkata, Najib jelas kelihatan tertekan dengan kejayaan dan keamanan KL112 sehingga sanggup menumpang nama di atas kejayaan perhimpunan mega Pakatan Rakyat itu.
“Najib mengisytiharkan kejayaan KL112 secara terbuka selepas berbincang dengan strategisnya sepanjang Ahad untuk mengira kesan politik kepada UMNO/BN terutamanya pada PRU-13 apabila mendakwa kejayaan itu adalah hasil reformasi politik dan kerajaan yang dilakukan sejak menjadi Perdana Menteri.
“Bagaimanapun, Najib mengelak mengulas mengapa perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0 yang juga diadakan ketika dia menjadi Perdana Menteri menjadi tragedi polis dan kerajaan BN, sedangkan KL112 terbukti rakyat Malaysia cintakan keamanan yang mahu hak untuk berhimpun dan meluahkan perasaan secara bebas. Perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0 juga boleh menjadi model perhimpunan aman antarabangsa jika tidak kerana kesombongan dan tekanan daripada polis dan kerajaan,” katanya.
Menurutnya, sekurang-kurangnya Najib melalui “transformasi” tidak membuat tuduhan liar dan tidak berasas mengenai KL112, walaupun ucapan terima kasihnya kepada Pakatan Rakyat kerana memastikan keamanan KL112 masih belum disambut semua gerombolan UMNO/BN.
Berikutan itu, Kit Siang berkata, PR tidak perlu menaikkan nama sendiri dan menjatuhkan orang lain bersama BN kerana KL112 tanpa ragu lagi adalah peransang semangat untuk UBAH pada PRU-13 yang semakin hampir dan PR cuma perlu bergerak terus.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dipertikai kerana memberi kenyataan berat sebelah apabila menyalahkan kekacauan Bersih 3.0 kerana penganjur menolak tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.
“Apa yang akan terjadi pada PRU-13 adalah senario berbeza berbanding 12 pilihan raya umum lalu kerana ia akan menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang akan membentuk Kerajaan persekutuan dan sama ada Najib atau Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri baru selepas PRU-13.
Pemimpin UMNO/BN dan media perdana, baik bercetak, elektronik atau atas talian, menghabiskan masa, tenaga dan duit yang banyak mendakwa KL112 adalah gagal, sama ada dari segi kehadiran atau kesannya.
Najib dan leftenan UMNO/BN perlu membelanjakan jutaan ringgit dana awam untuk membayar kehadiran dan menarik orang ramai ke acara mereka, tetapi KL112 yang dihadiri lebih 100,000 rakyat Malaysia daripada berbilang kaum dan agama hadir dengan kehendak dan belanja sendiri malahan menyumbang RM262,000 untuk melunaskan perbelanjaan KL112 dan menganjak agenda UBAH untuk PRU-13. – Roketkini.com

Monday, January 14, 2013
Salam HKR KL112 untuk PRU13
Kejayaan dan suasana aman Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112
yang disertai lebih 100,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Stadium
Merdeka pada Sabtu lalu, menjadi titik bagi demokrasi yang sedang matang
di Malaysia.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, perhimpunan itu mencipta pelbagai sejarah pertama kali di Malaysia, termasuk:-
* Perhimpunan aman 100,000 rakyat Malaysia yang patriotik dan berpandangan jauh daripada pelbagai kaum, agama dan tempat, tidak kira usia atau jantina, hadir bersama dengan harapan, perasaan muhibah dan perpaduan untuk Malaysia yang mana terdapat kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang;
* Tiada langsung di dalam mana-mana ucapan baik daripada pemimpin Pakatan Rakyat atau wakil masyarakat awam yang memainkan isu kaum dan agama, mengapi-apikan hal kaum dan agama untuk memprovokasi kebencian dan konflik.
* Tiada penyebaran pembohongan atau penipuan, seperti mana amalan biasa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan lidah propaganda mereka dalam serangan mereka ke atas PR;
* 10 perkara yang dituntut PR dan wakil masyarakat awam demi kebebasan, keadilan dan pembangunan mapan mewakili semua kaum, agama dan tempat untuk membina Malaysia yang bersatu, harmoni, progresif dan makmur;
* PR berikrar dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai 100,000 rakyat Malaysia melaungkan “Merdeka” untuk meneruskan legasi kemerdekaan Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman yang melaungkan “Merdeka” tujuh kali di Stadium Merdeka pada 31 Ogos, 1957 – simbol kepada fasa baru perjuangan kemerdekaan bagi membebaskan negara daripada penindasan pemerintah setempat;
* Pada penghujung KL112, tidak pernah di dalam sejarah Malaysia lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan dengan penuh bersemangat, harapan dan perasaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan tempat demi perubahan demokratik untuk Malaysia yang lebih baik.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, politik pembohongan dan penipuan, termasuk memainkan isu perkauman dan agama untuk menakut-nakut, menimbulkan konflik serta memecahbelahkan rakyat Malaysia mencemarkan politik Malaysia sepanjang bertahun-tahun lamanya telah gagal menghalang momentum bagi perubahan yang aman dan demokratik seperti yang disimbolkan oleh KL112 yang aman dan berjaya.
“Langkah seterusnya bagi mematangkan demokrasi di Malaysia adalah dengan menginstitusikan sistem dua perikatan dengan mewujudkan perubahan kuasa dan kerajaan dengan aman melalui peti undi.
“Pilihan Raya Umum ke-13 terus menjadi cabaran besar untuk Pakatan Rakyat tetapi KL112 adalah tanda aras bahawa tidak kira betapa payah dan sukar, perubahan kerajaan di Putrajaya pada pilihan raya akan datang mampu dicapai,” katanya dalam kenyataan media.
Malah, menurutnya, KL112 sepatutnya menjadi titik peralihan kepada agenda UBAH, dengan menambah seruan kepada rakyat Malaysia bukan saja untuk bersatu mengundi perubahan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, tetapi untuk memastikan PR memperoleh majoriti di Parlimen yang kuat.
Tambahnya, majoriti yang dimaksudkan itu ialah sekurang-kurangnya 28 kerusi iaitu, dengan memastikan PR menang sekurang-kurangnya 124 kerusi Parlimen atau PKR dengan 45 kerusi dan DAP serta PAS masing-masing dengan 40 kerusi parlimen. – Roketkini.com

Sunday, January 13, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)