KUALA LUMPUR, 10 FEB: Seluruh rakyat Malaysia yang mahu menjadi pencetus perubahan Pakatan Rakyat (PR) dialu-alukan melayari Ubah.my bagi mendapatkan bahan kempen secara D.I.Y bagi menangkis propaganda dan fitnah jahat UMNO-Barian Nasional (BN).
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, Ubah.my
menyediakan satu set lengkap bahan kempen yang mampu menumpaskan BN.
“Berdozen risalah dalam pelbagai bahasa untuk anda cetak dan edar kepada jiran tetangga disedia di sini.
“Kami juga menerbitkan banyak video untuk anda muat turun dan
tunjukkan kepada ibu bapa dan keluarga di kampung. Gunakan kekuatan anda
di dalam media sosial untuk menyebarkan bahan ini kepada kawan demi
mencetus perubahan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, PR adalah gabungan
bermaruah kerana tidak memiliki kerendahan moral seperti BN yang
menggunakan wang, media dan jentera kerajaan untuk berkempen.
“Kami ada anda yang menyaksikan segala pembohongan BN. Sudah pasti,
anda makin muak dengan budaya kronisme dan rasuah yang berleluasa. Kita
harus sama-sama menghentikan salah guna kuasa ini.
“Andalah yang akan menjadi laskar rakyat. Andalah yang mampu untuk mencetuskan perubahan,” beliau berkata. – Roketkini.com
KUALA
LUMPUR, 8 FEB: Barisan Nasional (BN) terpaksa melakukan perang saraf
terakhir membentuk persepsi pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13) yang dijangka akan diadakan dalam masa dua atau tiga minggu
lagi.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata sempena sambutan Rumah
Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri di Pulau Pinang 11 Februari ini,
BN mengadakan persembahan Psy dan Gangnam Style dari Korea Selatan bagi
memulihkan popularitinya di kalangan pengundi Cina yang menjunam teruk
daripada 17% kepada 6% dalam tempoh 10 bulan iaitu antara Februari dan
Disember tahun lalu.
Katanya, dalam enam undian dilakukan tahun lalu, pengundi Cina yang
“gembira” dengan Kerajaan BN terus jatuh menjunam daripada 17% pada
Februari hingga 19% pada April, 18% pada Mei, 13% pada Jun, 19% pada
Oktober menjunam kepada 6% pada Disember lalu.
“Secara secara keseluruhannya, hanya 45 peratus pengundi daripada
semua kaum yang ditinjau pada Disember “gembira” dengan persepsi mereka
terhadap BN berbanding dengan 48 peratus pada Februari dan 51 peratus
pada April,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 63
Hari ke PRU-13, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ini sebabnya
mengapa BN sanggup menghabiskan berjuta ringgit untuk mengadakan
persembahan Psy dan Gangnam Style pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di
Pulau Pinang, 11 Februari ini.
Bagaimanapun, katanya, mampukah Psy dan Gangnam Style itu memulihkan
dan memenuhi harapan Najib supaya kalangan pengundi Cina menyokong
UMNO/BN pada dalam PRU-13 nanti.
“Tinjauan yang dijalankan Merdeka Centre pada akhir tahun lalu
(antara 15 hingga 28 Disember 2012) mendapati hanya enam peratus
pengundi Cina “gembira” dengan Kerajaan BN sementara 65 peratus “tidak
berpuas hati” atau “marah”.
“Mengenai persepsi mereka terhadap BN, tinjauan menunjukkan 16%
pengundi Cina “gembira” berbanding 57% yang “tidak berpuas hati” atau
“marah”. Hampir tiada sebarang pergerakan di dalam peratusan pengundi
Cina yang “gembira” dengan BN dalam undian 10 bulan tahun lalu, iaitu
16% pada Februari, 17% (April), 17% (Oktober) dan 16% (Disember).
“Tinjauan sama menunjukkan walaupun kedudukan populariti Najib lebih
tinggi berbanding UMNO/BN, secara keseluruhannya jatuh daripada 69% pada
Februari kepada 63% pada Disember, manakala penurunan 22% dalam sepuluh
bulan di kalangan pengundi Cina, iaitu daripada 56% pada Februari
kepada 34% pada Disember 2012,” katanya.
Menurut Kit Siang, strategi terakhir BN ialah memfitnah dan membuat
laporan palsu terhadap DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat terutama menerusi
laman tak berwajah, tak bernama dan tak berjiwa di media sosial dan
media perdana UMNO/BN.
“BN juga sedang berusaha mewujudkan kesangsian dan rasa tidak percaya
di kalangan parti dan pemimpin DAP, PKR dan PAS dengan memprovok
permusuhan dan ketegangan untuk memecahbelahkan parti dalam Pakatan
Raktyat itu terutamanya kerjasama antara DAP dan PAS bagi menyelamatkan
UMNO/BN daripada cabaran “hidup atau mati” pada PRU-13 nanti.
“Mereka juga mencipta persepsi bahawa UMNO/BN di bawah Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya meraih sokongan popular di
kalangan pengundi Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban,”
tambahnya.-Roketkini.com
SHAH
ALAM, 4 FEB: Peruntukan tambahan RM120 kepada Syarikat Bekalan Air
Selangor (SYABAS) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
membuktikan syarikat kroni UMNO/BN itu gagal menguruskan penyaluran air
di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa peruntukan tambahan itu
menjadikan jumlah dana “menyelamatkan” SYABAS itu kini berjumlah RM3.41
bilion dalam tempoh empat tahun.
“Peruntukan tambahan syarikat itu tiada kaitan dengan keperluan untuk penyaluran air daripada Projek Langat 2.
“Sebaliknya, ia bukti krisis itu disengajakan oleh SYABAS untuk
menaik taraf loji rawatan, membina kapasiti air tambahan yang dirawat
serta membaiki dan menggantikan paip lama dan pecah.
“Dengan peruntukan RM120 juta itu ia menunjukkan krisis itu dapat
diatasi jika SYABAS melabur dana sendiri untuk usaha ini sejak awal,”
katanya dalam kenyataan media hari ini.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, kerajaan
negeri Selangor dan Persekutuan tiada kewajipan untuk menyediakan geran
atau pinjaman kepada SYABAS untuk menaiktaraf infrastruktur air.
Menurutnya, peruntukan RM120 juta kepada SYABAS itu bukan geran
kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat di negeri itu tetapi satu
skim untuk menyelamatkan syarikat berkenaan.
Beliau seterusnya menyenaraikan dana yang didakwa disalurkan kerajaan BN untuk menyelamatkan syarikat berkenaan.
“Pada Disember 2009, kerajaan memberi pinjaman mudah RM320.8 juta selama 20 tahun kepada SYABAS.
“Pada Oktober 2011, kerajaan BN sekali lagi memberi pinjaman RM110
juta selama 20 tahun kepada SYABAS untuk tujuan sama,” katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan BN sekali lagi menyelamatkan SYABAS dengan
mengambil alih keseluruhan bon SYABAS sebanyak RM2.9 bilion yang
tertunggak.
Tony Pua berkata, ini bermakna jumlah dana yang terkumpul setakat ini ialah RM3.41 bilion.
“Sehingga kini, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri
Peter Chin masih belum mendedahkan sama ada SYABAS sudah membayar bon
penyelamat RM2.9 bilion oleh kerajaan Persekutuan itu,” katanya. –
Roketkini.com
“Najib is not going to be the last Umno prime minister”, so says
veteran Umno leader Tan Sri Abdullah Ahmad at the 15th Malaysia
Strategic Outlook Conference organized by Asian Strategy and Leadership
Institute (Asli) today.
The Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak clearly does not share
Abdullah’s confidence and optimism or he would have called for the 13th
general elections already instead of dilly-dallying with hesitation and
indecision in the past two years, gaining for himself a reputation of
being an even greater Flip-Flop Prime Minister than his predecessor Tun
Abdullah.
Nor the Johore Mentri Besar, Datuk Ghani Othman who told Kulai
Chinese organizations less than three weeks ago that Pakatan Rakyat
could win Putrajaya in the 13GE although he warned that the most the PR
could win would be a slim majority of 5% to 10% of the parliamentary
seats – i.e. a majority from 12 to 22 parliamentary seats.
Nor the UMNO/BN eminence grise, Tun Mahathir, who seems to be
increasingly pessimistic about UMNO’s chances of winning Putrajaya in
the 13GE, causing him to call on Malaysian voters to support “the devil
you know than the angel you don’t”, and recently, making more and more
reckless and desperate statements, like:
his baseless accusation that the historic peaceful and
successful Himpunan Kebangkitan Rakyat at Stadium Merdeka (KL112) by
over 100,000 Malaysians from all races, religions and region was an
attempt to topple the elected UMNO/BN government by violent means;
his baseless accusation that the first Prime Minister,
Tunku Abdul Rahman had given citizenship to one million unqualified
non-Malays before Merdeka in 1957 in an attempt to justify his
“citizenship-for-votes” scam in Project M in Sabah, even suggesting a
Royal Commission of Inquiry into Tunku Abdul Rahman’s issue of the one
million citizenship to non-Malays before Merdeka.
However, despite the private doubts and diffidence of Umno/BN
leadership about retaining Putrajaya in the 13GE, there can be no doubt
that the UMNO/BN leaders and propagandists have ratcheted up their
campaign which has gone into an overdrive in the mainstream and social
media to convey the impression that they have supreme confidence not
only to defeat Pakatan Rakyat in the 13GE, but going to win big by
regaining two-thirds parliamentary majority.
But, as the Prime Minister knows, whether Najib is going to be the
last UMNO prime minister is still very uncertain and undecided – and it
is not going to be decided by the Umno leadership but by the 13 million
Malaysian voters in the 13GE.
Undoubtedly the pre-eminent issues to be determined in the 13GE is
whether Najib is the last Umno Prime Minister bringing UMNO/BN
government to an end 55 years after Merdeka – liberating Malaysia from
UMNO hegemony and set on the path of a normal democracy where voters can
choose the Federal government they want through the ballot box during
general elections.
Lim Kit SiangDAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timur