Saya sempat merenung beberapa rencana dan kenyataan media yang
ditulis saya ketika saya mula menceburi bidang politik pada tahun 2005.
Terkejut saya apabila saya mendapat tulisan-tulisan saya pada masa itu
masih lagi relevan pada masa sekarang.
Maksudnya ialah selepas lebih kurang lapan tahun, dua Perdana
Menteri dan barangkali dua hingga tiga Pilihanraya Umum (PRU), keadaan
pada tahun 2005 tidak banyak bertambah baik pada masa sekarang.
Malahan sekiranya pemimpin-pemimpin politik dan media ingin menulis
atau membuat liputan terhadap masalah jenayah di Malaysia, tiada banyak
poin baru yang boleh dibangkitkan.
Cuma satu fenomena baru yang agak menarik ialah masalah jenayah
semakin mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat Malaysia.
Saya masih ingat pada tahun 2005, masalah ini lebih diberi perhatian
oleh media Bahasa Cina dan kaum Cina dan ianya lebih relevan untuk
penduduk-penduduk di bandar-bandar besar Lembah Klang dan Johor Bahru.
Kini, masyarakat India dan Melayu juga sangat prihatin terhadap
masalah jenayah dan saya kira ini ialah perkembangan yang baik. Perkara
ini tidak mungkin berlaku jikalau beberapa kes jenayah berprofil tinggi
tidak berlaku. Antaranya ialah pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank
(AmBank), Hussain Ahmad Najadi pada 29 Julai 2013 yang ditembak mati di
Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.
Sebelum itu, rumah Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin Abu
Bakar di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara dipecah masuk tiga pencuri
pada 29 Jun 2013. Malahan sebelum ini, pernah juga dilaporkan tentang
banyak kes pecah rumah yang berlaku di rumah-rumah Menteri,
pemimpin-pemimpin dan saudara-masa pemimpin UMNO sebelum ini.
Kes terbaru yang mengejutkan kita ialah pistol seorang anggota polis
dirompak di Shah Alam beberapa hari yang lalu. keyakinan orang ramai
terhadap keupayaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menjada
keselamatan orang ramai semakin terhakis dengan laporan-laporan negatif
seperti ini. Betul kata Khairy Jamaluddin, masalah jenayah di Malaysia
bukan semata-mata persepsi, tetapi satu isu yang sebenar.
Ramai penduduk di Malaysia telah mula mendirikan komuniti berpagar
dan berpengawal (Gated and Guarded Community) di tempat mereka. Tren ini
bermula di Lembah Klang pada pertengahan tahun 2000-an dan kemudiannya
bertumbuh bagai cendawan selepas hujan di seluruh negara. Adakah cara
ini berkesan mengurangkan kadar jenayah? Pada pendapat saya, ianya tidak
berkesan.
Terdapat dua sebab mengapa saya berpendapat sedemikian. Sebab
pertama ialah walaupun komuniti berpagar dan berpengawal mampu
mengurangkan kes pecah masuk dan rompak di sesebuah komuniti, ianya
tidak membantu mengurangkan kadar jenayah keseluruhannya. Contohnya,
anda barangkali berasa selamat di rumah anda yang terletak di dalam
komuniti berpagar dan berpengawal, tetapi apabila anda melangkah keluar
dari rumah anda untuk membeli-belah di kedai, pasar atau menjamu selera
di restoran yang berdekatan, anda terdedah kepada risiko jenayah yang
lebih tinggi.
Komuniti berpagar dan berpengawal dalam situasi ini hanya
“menghalau” penjenayah keluar daripada kawasan yang telah dipagarkan
tetapi ianya tidak menghapuskan kegiatan jenayah sama sekali.
Kedua, skim ini memerlukan kerjasama daripada penduduk-penduduk.
Dalam keadaan di mana kes jenayah dan pecah rumah masih boleh berlaku di
dalam sesebuah komuniti berpagar dan berpengawal, ianya mampu mengikis
keyakinan dan keberkesanan penduduk terhadap skim ini dan seterusnya
menjejaskan penyertaan penduduk.
Ketiga, cara merompak penjenayah semakin ganas. Kalau pada masa
dahulu mereka menggunakan senjata ringan seperti pisau. Kini mereka
menggunakan parang, kapak malahan pistol untuk merompak. Kalau pada masa
dahulu mereka datang bermotosikal, kini mereka datang bergeng-geng
dalam kereta. Pengawal-pengawal keselamatan biasa memang tidak dapat
menangkis mereka. Pernah berlaku dalam kawasan saya di mana
pengawal-pengawal keselamatan terpaksa melarikan diri apabila dikasari
oleh perompak-perompak ini.
Jadi, bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini? Jawapannya
masih berada di tangan PDRM. Kita telah membongkarkan kepincangan dalam
pengurusan sumber manusia pasukan PDRM tidak lama yang lalu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengatakan bahawa
daripada 112,583 anggota polis hanya 10,150 anggota sahaja yang
memerangi jenayah iaitu hanya sembilan peratus. Di beberapa bandar di
Lembah Klang, nisbah anggota polis kepada penduduk mencecah 1:500, jauh
lebih tinggi daripada piawai antarabangsa iaitu 1:250.
Dua cadangan utama untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan
menubuhkan pasukan polis bantuan dan menghantar lebih ramai anggota
polis, seperti Pasukan Gerak Am (PGA), Cawangan Khas dan sebagainya
untuk memerangi jenayah.
Respons Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tentang
kedua-dua cadangan ini agak menghampakan. Beliau hanya membenarkan
penubuhan pasukan polis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk
menjaga premis MBPJ sahaja. Ini menyimpang jauh daripada tujuan asal
menubuhkan pasukan polis bantuan MBPJ yang asal, iaitu untuk membantu
meronda kawasan-kawasan jenayah.
Dalam isu kekurangan anggota PDRM, Ketua Polis Negara dan Menteri
Dalam Negeri bersikap lebih defensif, di mana mereka menyalahkan
pemansuhan Emergency Ordinance di mana penjenayah-penjenayah dibebaskan
dan menyebabkan kes pembunuhan meningkat.
Sindrom penafian (Denial Syndrome) ini telah menyebabkan
masalah kekurangan anggota polis untuk menangani kes-kes jenayah terus
tidak diendah. Saya kira masanya sudah sampai agar kerajaan persekutuan
dan PDRM untuk bersikap think outside the box dan kreatif untuk memerangi jenayah.
Ya, ini ialah satu peperangan menentang jenayah dan segala tindakan
yang harus dan boleh dilakukan untuk mengurangkan jenayah harus
dilaksanakan segera. Janganlah ianya digagalkan oleh birokrasi-birokrasi
remeh ciptaan manusia sendiri.
Thursday, August 15, 2013
Wednesday, August 7, 2013
Biro Undang-undang DAP perlu meneliti lebih 200 laporan Utusan yang menyerang DAP
Biro Undang-undang DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen DAP untuk
Puchong Gobind Singh Deo perlu meneliti lebih 200 laporan dan rencana
dalam Utusan Malaysia yang menyerang DAP sejak Januari lalu untuk
mengemukakan beberapa saman terhadap akhbar Umno itu.
Dalam laporan dan rencana yang diterbitkannya, Utusan Malaysia telah berulang-kali menyebarkan pembohongan dan kepalsuan tentang DAP dan pimpinan DAP, terutamanya berkenaan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semasa Kongres Kebangsaan DAP bulan Disember lalu, tanpa mempedulikan prinsip-prinsip asas kewartawanan yang berkaitan dengan etika, kejujuran dan kebenaran.
Serangan yang diarahkan oleh “war room” Umno/BN dengan tujuan memburuk-burukkan dan memusnahkan DAP ini mencapai kemuncaknya pada bulan April, sejurus sebelum Pilihanraya Umum ke-13, dan walaupun rentaknya menjadi perlahan selepas pilihanraya umum Mei lalu, momentumnya meningkat kembali pada bulan Jun dan Julai, sehinggalah Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan arahan agar DAP mengadakan pemilihan semula CEC.
Walaupun Pendaftar Pertubuhan tidak mengemukakan sebarang alasan kepada DAP mengapa ia mahu pemilihan semula CEC diadakan, dua tuduhan palsu telah ditonjolkan dalam Utusan sejak enam bulan lalu untuk menghalalkan tindakan RoS:
Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman secara terbuka telah menyebut pada awal tahun ini bahawa beliau hanya boleh mengarahkan supaya pemilihan semula CEC diadakan jika ada “bukti kukuh” tentang percanggahan dalam proses pemilihan.
Tuduhan liar “753” dan “547” itu terbukti sebagai pembohongan, maka apa “bukti kukuh” yang Pendaftar Pertubuhan miliki untuk menghalalkan arahannya supaya DAP mengadakan pemilihan semula CEC?

- Bahawa 753 perwakilan DAP tidak diberikan notis tentang Kongres DAP dan dinafikan hak untuk memilih CEC baru.
- Bahawa Kongres DAP Disember lalu telah disertai oleh 547
perwakilan hantu yang sebahagian besarnya dari Pulau Pinang dan mengundi
dalam kongres berkenaan
Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman secara terbuka telah menyebut pada awal tahun ini bahawa beliau hanya boleh mengarahkan supaya pemilihan semula CEC diadakan jika ada “bukti kukuh” tentang percanggahan dalam proses pemilihan.
Tuduhan liar “753” dan “547” itu terbukti sebagai pembohongan, maka apa “bukti kukuh” yang Pendaftar Pertubuhan miliki untuk menghalalkan arahannya supaya DAP mengadakan pemilihan semula CEC?
Lim Kit Siang
Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Gelang Patah
Tuesday, August 6, 2013
Sistem PBS membebankan guru-guru
Kementerian Pendidikan Malaysia harus membuat kajian semula mengenai
Sistem Pentaksiran Sekolah (PBS) yang sebenarnya tidak praktikal dan
amat membebankan guru-guru. Kementerian Pendidikan harus mengakui
kelemahan sistem PBS ini dan mengambil langkah-langkah postif untuk
mengubahnya.
Daripada jawapan yang diberikan di Dewan Rakyat didapati kerajaan tidak mempunyai hasrat untuk menyemak semula sistem ini. Pendekatan kerajaan yang defensif ini akan merugikan negara jika tidak ditangani dengan betul. Kerajaan harus menjalankan kaji selidik atau survey dengan semua guru-guru yang terlibat dan mengetahui keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran sistem PBS ini. Walau bagaimanapun, kerajaan telah gagal untuk menjalankan kaji seledik ini.
Kerajaan tidak sepatutnya memperkenalkan satu sistem yang tidak disukai oleh majoriti pelaksana dasar iaitu guru-guru itu sendiri. Hampir semua guru merungut bahawa sistem PBS ini amat membebankan kerja harian mereka. Sistem PBS ini nyata sekala tidak disukai oleh guru-guru yang terlibat secara langsung dalam melaksanakanya. Ini akan menurunkan moral dan motivasi guru-guru dalam tempoh jangka panjang. Justeru, kualiti pendidikan negara akan turut terjejas jika guru-guru tidak berpuas hati dengan sistem yang rumit dan amat menyusahkan ini.
Menteri Pendidikan berpendapat sistem PBS tidak membebankan guru-guru jika mereka memahami konsep PBS dengan betul. Dikatakan bahawa guru-guru kurang memahami tentang cara untuk melaksanakan pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Menteri Pendidikan juga menuduh bahawa guru-guru menghadapi kesukaran membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan untuk menilai pencapaian murid menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel.
Ini adalah tidak benar kerana masalah ini bukan dihadapi oleh segelintir guru-guru sahaja. Kalau kaji selidik dibuat dengan telus, saya pasti sebahagian besar daripada guru-guru yang berpengalaman juga tidak akan bersetuju dengan sistem PBS ini.
Guru-guru mengadu bahawa Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) adalah amat sukar untuk diakses. Ini merupakan salah satu masalah yang amat membebankan guru-guru. Sering kali mereka terpaksa mengakses SPPBS pada larut malam atau awal pagi , sebagai contoh 3.00am atau 4.00am untuk membuat kerja-kerja mengemaskini data. Ini menjadi satu tekanan dan seterusnya boleh menjejaskan kesihatan mereka. Tambahan pula, mereka terpaksa mengajar di sekolah pada keesokan hari. Sudah pasti ini akan meruntuhkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian Pendidikan telah cuba mengatasi masalah ini dengan menyediakan hosting khas yang berasingan bagi SPPBS serata menambahkan 20 buah server untuk mengurangkan kekesakan pengguna yang ramai. Tetapi adakah ini telah mengurangkan kesulitan guru-guru ini? Sehingga hari ini guru-guru masih mengadu bahawa SPPBS ini merupakan satu beban kepada mereka. Oleh yang demikian, kerajaan harus mengambil langkah yang prihatin terhadap guru-guru yang merupakan anggota perkhidmatan awam yang paling ramai di Malaysia.

V. Sivakumar
Timbalan Pengerusi DAP Negeri Perak & Ahli Parlimen Kawasan Batu Gajah
Sunday, August 4, 2013
Apabila pembohongan menjadi kebenaran........
Kewartawanan Malaysia dalam negara Umno/BN mencapai “kemuncak” baru
di peringkat antarabangsa apabila pembohongan menjadi kebenaran dan
khayalan menjadi dikemukakan sebagai kenyataan.
Akhbar Harian milik Umno, Utusan Malaysia, menjadi contoh bagi “transformasi” kewartawanan Malaysia kelmarin apabila ruangan komentar rasminya, “Bisik-Bisik”, yang ditulis oleh Awang Selamat, iaitu nama samaran bagi pusat perang saraf Umno-Utusan, telah melancarkan satu lagi serangan terhadap DAP yang telah meminta Pendaftar Pertubuhan menyatakan sebab mengapa ia memutuskan untuk mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti.
Kata Awang Selamat: "Awang teringat desakan orang politik termasuk bekas orang DAP sendiri yang mahukan DAP mengadakan semula pemilihan CEC ekoran dakwaam berlaku penyelewengan dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan."
Pembohongan tentang 547 perwakilan hantu di Kongres DAP di Pulau Pinang Disember lalu, dengan dakwaan lebih mengarut bahawa semua 547 perwakilan hantu itu datang dari Pulau Pinang, adalah salah satu kepalsuan paling jelek pernah direka oleh wartawan-wartawan yang menjadi soldadu perang saraf Umno/BN. Mereka tidak memerlukan walau pun secebis bukti. Para propagandis Umno/BN ini berharap kepalsuan itu boleh diterima oleh rakyat Malaysia dengan cara menerapkan doktrin Goebble, menteri propaganda Nazi, yang menyatakan bahawa jika pembohongan diulang seribu kali, ia akan menjadi satu fakta.
DAP dan rakyat Malaysia berhak untuk tahu sama ada pembohongan tentang “547 perwakilan hantu DAP” di Kongres DAP di Pulau Pinang Disember lalu adalah salah satu sebab mengapa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan arahan kepada DAP untuk mengadakan pemilihan semula CEC dan, jika bukan, apakah sebab RoS mengeluarkan arahan sedemikian.
DAP bersedia mengadakan semula pemilihan CEC jika Ketua Pengarah RoS boleh memberikan sebab yang munasabah dan bukannya berasaskan pembohongan dan kepalsuan yang direka oleh Skuad Perang Saraf Goebbel Umno/BN, terutama oleh cawangannya di Utusan Malaysia.

Subscribe to:
Posts (Atom)