Tuesday, July 31, 2012

DAP, PAS bekerjasama 'dengan mata terbuka'

DAP bekerjasama dengan PAS berdasarkan prinsip bersama yang memanfaatkan rakyat dan 'dengan mata terbuka', kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sebaliknya, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mendakwa bahawa  MCA, MIC Dan Gerakan "menyerah diri kepada Umno dengan mata tertutup".

guan eng meets pas representatives 240309 mat sabuDalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata MCA dan Gerakan meneruskan serangan kononnya DAP menyokong PAS dalam
pelaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam serta serangan peribadi yang menurutnya "menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang".

Lim menyifatkan MCA dan Gerakan seakan-akan “pesalah yang melemparkan tuduhan dahulu” dengan cubaan mereka untuk
menutup kegagalan untuk menuntut tindakan terhadap pemimpin Umno yang menyokong pelaksanaan hudud malah ke atas bukan Islam.

"Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong pelaksanaan negara Islam di Malaysia dan pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS.

"Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah.  Namun begitu, DAP dan PAS sama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta pelaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.

Sunday, July 29, 2012

Guru KAFA juga dapat bonus di P Pinang


GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukan RM3.9 juta untuk pemberian bonus hariraya Aidil Fitri kepada penjawat awam dan guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) seluruh negeri mulai 9 Ogos depan kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar).

Menurutnya, pemberian itu melibatkan setengah bulan gaji dengan minima RM600 dan RM300 sebagaimana tahun lalu dan ia tiada ada kaitan dengan gula-gula pilihanraya umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

"Pulau Pinang juga turut umumkan pemberian bonus untuk kakitanganya dan guru KAFA menjelang Aidil Fitri akan datang.

"Buka sahaja mereka malahan melibatkan anggota perkhidmatan awam d bawah Kerajaan Negeri dan badan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, " ujarnya dalam kenyataan media tengahari tadi.

Ada sedikit peningkatan perbelanjaan memandangkan pertambahan kakitangan kerajaan dari 3,780 berbanding tahun lalu seramai 3,645 orang serta juga berdasarkan kenaikan gaji tahunan anggota perkhidmatan awam dan kadar kenaikan gaji 13 peratus yang telah pun di selaraskan pada April 2012 lalu.

Pemberian itu juga membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.-Hrkhdaily

Slogan ‘Janji Ditepati’ anti-nasional, logonya macam rojak

KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Slogan Hari Kebangsaan ke-55 gagal mempamerkan semangat kemerdekaan rakyat Malaysia pelbagai kaum kerana ia telah dijadikan propaganda untuk menonjolkan Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua kepada United Malays National Organisation (UMNO) dan Barisan Nasional sahaja.

Slogan “Janji Ditepati” itu diselar kerana tidak memperlihatkan semangat nasionalisme, malah memecahbelahkan masyarakat kerana membawa mesej politik sempit semata-mata.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mengecam tindakan Menteri Penerangan, Datuk Dr Rais Yatim yang berdegil menegakkan benang basah dengan mempertahankan slogan berbau kempen pilihan raya tersebut.

Menurutnya, slogan itu hanyalah retorik memandangkan masih banyak janji-janji UMNO yang tidak ditepati, malah dimungkiri.

Beliau mengingatkan tentang masalah pendatang asing di Sabah yang sudah mencecah angka 1.9 juta; selain masalah jenayah yang kian meruncing dan gejala rasuah yang semakin menjadi-jadi.

“Banyak yang boleh ditulis tentang bagaimana slogan ‘Janji Ditepati’ itu telah gagal dan langsung tidak berjaya sepanjang 55 tahun Merdeka dan 49 tahun pembentukan Malaysia,” ujar beliau.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur memberi contoh-contoh lain seperti kegagalan UMNO-BN menangani keharmonian negara, mencabul demokrasi serta kegagalan menepati janji tiga tahun Program Transformasi Kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah, rasuah dan pelaksanaan transformasi ekonomi dan politik.

Menurutnya, adalah salah dan tidak tepat untuk menggunakan slogan politik BN sebagai slogan perayaan kebangsaan kerana ia memperlihatkan Najib sebagai pemimpin untuk UMNO-BN sahaja.

“Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sepatutnya adalah perayaan untuk semua rakyat Malaysia, tidak kira keturunan, agama, daerah dan fahaman politik untuk bersama-sama sebagai sebuah bangsa,” ujar beliau.

Katanya, slogan itu turut diiringi logo yang disifatkannya sebagai ‘rojak’ dan kelihatan buruk, malah turut menerima kritikan hebat di ruang media sosial disebabkan rekabentuknya yang tidak menepati ciri-ciri sebuah logo.

“Tidak hairanlah kenapa Malaysia di bawah pentadbiran UMNO dan BN begitu berantakan, tidak kiralah dalam soal pembinaan negara, politik, ekonomi, pendidikan mahupun sosial,” ujarnya.

Undian akhbar Sinar Harian dalam jangkamasa 48 jam memperlihatkan 2,359 atau 84% daripada 2,811 orang responden menyokong supaya tema dan logo tersebut ditukar. – Roketkini.com

Thursday, July 26, 2012

BERSIH 2.0: Bersih pertubuhan sah, kerajaan BN perlu mohon maaf

KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Kerajaan BN perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah mengharamkan BERSIH 2.0 dan melakukan tindakan ganas terhadap perhimpunan aman Julai tahun lalu, setelah terbukti sekarang bahawa BERSIH adalah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Rohana Yusof kelmarin telah memutuskan bahawa BERSIH 2.0 merupakan pertubuhan yang sah.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, telah tiba masanya kerajaan BN  menghentikan semua dendam dan tomahan tidak berasas yang mengatakan bahawa BERSIH mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Hishammuddin dan kerajaan BN perlu bertindak lebih rasional, matang dan demokratik serta dapat melibatkan diri secara positif dengan BERSIH dalam tuntutan am untuk memastikan Malaysia menikmati sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.

“Tetapi, mampukah Datuk Seri Hishammuddin Hussein berani mewakili Barisan Nasional dalam satu perjanjian yang positif dan konstruktif bersama dengan BERSIH? Jika tidak, ia bererti negara ini memerlukan seorang Menteri Dalam Negeri yang baru yang mampu berdialog dengan BERSIH daripada bertempur dengan ancaman halimunan,” ujar beliau.

Beliau turut mengulas kenyataan bekas menteri Tan Sri Syed Hamid Albar yang disifatkannya tidak layak untuk memberi nasihat kepada Hishammuddin agar tidak perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

“(Syed Hamid) sendiri masih belum memohon maaf di atas insiden September 2008 di mana ketika itu menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri kerana menyalahgunakan kuasa menahan orang tidak bersalah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

Pada masa itu wartawan akhbar Sin Chew, Tan Hoon Cheng telah ditahan di bawah ISA semata-mata kerana satu berita yang ditulisnya, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok yang menjadi mangsa fitnah lidash rasmi UMNO, Utusan Malaysia, dan blogger Raja Petra Kamarudin.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berharap pihak polis tidak dijadikan alat oleh kerajaan BN untuk mengekalkan kuasa UMNO-BN dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Pihak polis perlu mengambil pendirian neutral dan tidak berbelah bagi dalam keputusan pilihan raya umum akan datang dengan mengambil kira keutamaan bidang kuasa dan fungsi asas pihak polis seperti mengurangkan kadar jenayah, membasmi rasuah dalam pasukan polis dan untuk mendukung dan melindungi hak-hak asasi manusia.

“Semua usaha baik itu sudahpun dicadangkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja Dzaiddin 2005 bagi memperbaiki dan mengemaskinikan petadbiran dan tindakan adil pihak polis,” jelas beliau. – Roketkini.com