Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang
sekali lagi melahirkan kekesalannya berhubung penayangan filem
kontroversi Tanda Putera yang akan ditayangkan seluruh negara mulai
Khamis ini.
Beliau menegaskan, amat tidak wajar untuk sengaja mencipta kejadian
palsu yang boleh memburukkan permasalahan kaum dalam negara sedangkan
filem itu dibiayai oleh wang cukai rakyat pelbagai kaum.
“Ia adalah kemuncak sikap jenayah tidak bertanggungjawab dan anti
nasional untuk sesiapa sahaja mereka-reka kejadian kencing palsu sebagai
salah satu sebab yang dikatakan memprovokasi rusuhan 13 Mei 1969 tanpa
asas fakta di dalam mana-mana bahan sejarah, sama ada dokumentasi atau
fotografi, terutama dalam filem dibiayai dengan wang cukai rakyat.
“Kejadian palsu yang menggambarkan seorang pemuda Cina kencing di
hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor itu boleh menjejas,
mengancam hubungan antara kaum, membakar, menghasut kebencian dan
memudaratkan kepada usaha-usaha pembangunan negara untuk menggalakkan
keamanan serta sentiasa berada dalam keadaan muhibah dan harmoni.
“Ia amat menyedihkan jika filem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi
Baba diingati sebagai filem ‘kencing’ kerana pembohongan yang tidak
bertanggungjawab membayangi seluruh filem itu,” katanya dalam
kenyataan,semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah menyatakan tidak ada
‘lesen kreatif’ yang membenarkan perbuatan jenayah tidak
bertanggungjawab dan anti nasional dalam negara.
“Walaupun Shuhaimi Baba mengakui bahawa ianya adalah filem cereka
sekitar rusuhan kaum 13 Mei, beliau secara khusus harus mengakui bahawa
insiden ‘kencing’ di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor
adalah khayalan imaginasi dan tidak ada takrif ‘lesen kreatif’
mewajarkan tindakan tidak bertanggungjawab dan anti nasional itu.
“Shuhaimi yang berbangga dirinya sebagai ‘pengasas awal filem-filem
seram’ tidak boleh menganggap ‘Tanda Putera’ sebagai genre ‘filem-filem
hantu’ yang pernah dia arahkan dulu memberikannya ‘lesen kreatif’ untuk
membuat adegan rekaan melulu yang boleh membawa kesan buruk hubungan
antara kaum,” tegasnya.
Portal berita, Malaysiakini bertarikh 20 Julai 2012 melaporkan antara
adegan yang yang dipaparkan dalam Tanda Putera adalah peristiwa Lim Kit
Siang kencing pada tiang bendera di hadapan kediaman rasmi Menteri
Besar Selangor, Datuk Harun Idris.
Namun
Kit Siang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana beliau tidak
berada Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 dan gambar yang
digunakan dalam facebook ‘Tanda Putera’ bukan pada tahun 1969 tetapi
dari kejadian yang berbeza di Sabah 15 tahun kemudian, tahun 1984.
Seorang saksi, Ahmad Habib, yang ketika itu seorang pelajar tahun
kedua ijazah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) dan berada di rumah
Datuk Harun Idris semasa 13 Mei 1969, turut menyatakan adalah mustahil
untuk berlakunya insiden ‘kencing’ dalam kawasan yang diawasi dengan
rapi dan ketat di kediaman rasmi itu.
“Ia menjadi satu misteri mengapa insiden ‘kencing’ episod begitu
penting kepada filem ‘Tanda Putera’ walaupun tidak mempunyai asas
fakta,” ujarnya. -Roketkini.com
Wednesday, August 28, 2013
Monday, August 26, 2013
Kerajaan perlu perjelas kos ambil alih sistem saman lalulintas AES
DAP menyeru pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri
Hishamuddin Hussein melaksanakan tanggungjawabnya dengan memberitahu
rakyat jangkaan kos yang terlibat dalam pengambilalihan operasi dan
penguatkuasaan Automated Enforcement System (AES).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, penjelasan harus diberikan agar rakyat dapat mengetahui sama ada pengambilalihan itu satu bentuk ‘bail out’ bagi menolong syarikat-syarikat kroni yang tenat dari segi kewangan.
“Soalan ini munasabah kerana pernah dilaporkan sebelum ini bahawa kedua-dua syarikat pengendali AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd didesak oleh bank-bank kerana gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual akibat ditimpa masalah aliran tunai jutaan ringgit.
“Rakyat juga diberitahu bahawa mengikut kontrak yang ditandatangani dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kedua-dua syarikat ini harus menyediakan perkhidmatan kepada unit penguatkuasaan JPJ secara berterusan tanpa gangguan sejak bulan September tahun 2012 sehingga tamat tempoh lima tahun kontrak di mana penyerahan peralatan akan dilakukan.
“Lebih-lebih lagi, apabila kerajaan persekutuan berkali-kali telah mengatakan bahawa pelaksanaan sistem AES ini langsung tidak melibatkan wang kerajaan, kami bimbang kerajaan sekarang perlu mengambilalih operasi dan penguatkuasaan AES ini dengan kos,” kata beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor dalam kenyataan, hari ini.
Laporan dari portal berita, Free Malaysia Today sebelum ini memaparkan bahawa sebuah bank komersil terkemuka telah mengambil tindakan membeku akaun salah sebuah syarikat itu apabila gagal membuat bayaran balik pinjaman. Juga dilaporkan bahawa Beta Tegah dan ATES telah berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan JPJ tentang masa depan projek itu berikutan masalah kekangan aliran tunai.
Selain itu, carian di laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Beta Tegap sedang menanggung kerugian terkumpul sebanyak RM7.62 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012.
Lau menegaskan kerajaan tidak boleh berdiam diri dan mengelak dari menjawap soalan ini, jika tidak ianya pasti sengaja dilakukan bagi membolehkan dua syarikat kroni mereka itu terselamat.
“Ini telah menimbulkan banyak tanda soal, sama ada pengambilalihan kedua-dua buah syarikat pengendali AES ini bertujuaan untuk menyelamatkan mereka akibat terdesak oleh bank untuk membayar balik pinjaman?,” soalnya. -Roketkini.com

Friday, August 23, 2013
29 September tarikh pemilihan semula CEC
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti juga
memutuskan bahawa calon-calon untuk pemilihan semula CEC kali ini adalah
daripada senarai yang sama seperti dalam Kongres Kebangsaan 2012 lalu.
“Kami juga memutuskan untuk membenarkan perwakilan yang
digantung atau dipecat mengambil bahagian, namun terpulang kepada mereka
untuk ikut serta atau tidak,” ujarnya.
“Keputusan mesyuarat kali ini adalah sebulat suara mengadakan pemilihan semula pada tarikh 29 September 2013, bertempat di Lembah Klang dan ianya berkemungkinan berlangsung di Petaling Jaya. Kami akan putuskan lokasi tetapnya kemudian.

“Calon-calon dalam pemilihan semula CEC nanti adalah
berdasarkan senarai yang sama seperti Kongres Kebangsaan, Disember lalu,
kecuali calon-calon itu dengan sukarela menarik diri.
“Ini kerana tidak ada sebarang kontroversi dalam senarai
calon-calon dan ROS (Pendaftar Pertubuhan) juga menyatakan hanya
pemilihan semula saja harus dibuat,” katanya dalam sidang media di Ibu
Pejabat Kebangsaan DAP, semalam.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan menegaskan,
perwakilan yang telah digantung atau dipecat selepas Kongres Kebangsaan
2012 turut layak mengambil bahagian dalam pemilihan kali ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menyatakan bahawa DAP
akan menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan konvensyen negeri
yang dijadual di antara Ogos dan Disember ini untuk memberi laluan
kepada pemilihan semula CEC.
Pada masa yang sama, beliau mengumumkan Ketua Whip DAP,
Anthony Loke dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Kongres
Khas tersebut manakala Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming
sebagai Pegawai Pengurus Pemilihan dan sebuah firma perakaunan
antarabangsa sebagi pemantau proses pengiraan.
Guan Eng turut mengulangi bahawa tindakan mengadakan
pemilihan semula ini dilakukan di bawah bantahan untuk mengelakkan parti
dari diharamkan ROS.
“ROS langsung tidak mahu bertemu dengan kami, mereka kini jelas terbukti merupakan alat UMNO.
“Walaupun kami memenuhi segala permintaan mereka dan
menjawab kecurigaan pendaftar dengan sewajarnya.
Baru-baru ini, Anthony
Loke telah mengemukakan bukti pemilihan CEC berjalan mengikut prosedur
dengan menunjukkan bukti rekod kehadiran, tanda tangan serta notis,
namun, sehingga sekarang tidak ada sebarang sebab dinyatakan ROS mengapa
DAP perlu buat pemilihan semula,” katanya. -Roketkini.com
Wednesday, August 21, 2013
Penang shootings: IGP should not be troubled over calls for transparency
IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar should not be troubled over calls for
the police to be transparent over the killings of 5 men in Penang.
People have been killed. Their families will want and deserve answers. Is that too much to ask? Such is a natural consequence in cases like these and there is really nothing wrong with it.
Nobody is demanding anything extraordinary from the police at this stage. All that is sought for are answers over the manner in which the police acted in this case. There should be no difficulty in responding positively to these demands.
Khalid should take this as an opportunity to show that the police did no wrong. If he is certain that his men acted strictly in line with the standard operating procedures, then there is really nothing to fear. Why not support the call for a formal inquiry instead to explain what happened and why it is it happened the way it did?
It may also be pertinent to point out that it is for the Attorney-General, and not Khalid as IGP, to decide whether or not a formal inquiry should be held under the Criminal Procedure Code. So Khalid cannot say he doesn't care. He must care. And he and his men must be prepared to respond to queries if indeed a formal inquiry is called into the matter in time to come.

Gobind Singh Deo
MP for Puchong
Subscribe to:
Posts (Atom)