Sunday, June 28, 2009

Manek Urai Akan Melakar Sejarah Baru


(gambar - Lim bersalam dengan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz semalam)

MANEK URAI
– Penasihat DAP Encik Lim Kit Siang berkata pilihanraya kecil DUN (PRK) Manek Urai adalah peluang bagi pengundi-pengundi Manek Urai untuk melakarkan sejarah baru yang lebih besar.

Beliau berkata DUN Manek Urai telah menyelamatakan PAS dan mencipta sejarah pada tahun 1978 dimana ketika itu PAS hanya menang dua kerusi, salah satunya adalah DUN Manek Urai.

”Manek Urai satu tempat dengan sejarah politik 31tahun dahulu tahun 1978, masa itu selepas UMNO khianati PAS, adalah pada pilihanraya umum 1978,

”PAS kalah teruk, barulah (tinggallh) dua kerusi menang, satu kerusi mana? Manek Urai ! Manek Urai yang menyelamatkan PAS, itulah sejarah Manek Urai,

”kali ini adalah peluang pengundi-pengundi Manek Urai mencipta sejarah lebih besar,”katan ahli Parlimen Ipoh Timur itu semasa berucap dalam majlis perisytiharan calon PRK Manek Urai di Kampong Manek Urai Lama semalam.

Katanya PRK Manek Urai memberikan erti dan makna yang besar bukan sahaja kepada negeri Kelantan tetapi kepada seluruh Malaysia.

Ia adalah kerana katanya, ia akan membuktikan samada rakyat pantai timur bersama-sama menyertai pengundi pantai barat semenanjung menunjukkan undi tidak percaya kepada perdana menteri Dato' Seri Najib Razak

No comments: