Wednesday, April 13, 2011

Penduduk Rumah Panjang masuk DAP

Penduduk-penduduk Rumah Panjang Merasam Darat masuk DAP hari ini untuk mengukuhkan DAP di Sarawak.

Wakil rumah panjang tersebut Megong menyerahkan borang untuk masuk DAP.Mereka berharap calon DAP Leong Kwang Yew menang dalam pilihanraya dan menyampaikan isu-isu tempatan seperti tidak ada bekalan air dan elektik ke dalam Mesyuarat Undangan Negeri. Selain itu, pihak kerajaan masih tidak melantik seorang Ketua Masyarakat secara rasmi.

DAP Pahliman Segambut, YB Lim Lip Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kerajaan Selangor, YB Jenice Lee Ying Ha menyaksikan penyerahan borang tersebut.

DAP memperbaiki Jambatan Baru untuk Kg Seberang Kedai!

Kerajaan Negeri Sarawak dan Majlis Daerah Limbang telah diberi masa sepanjang dua hari untuk memperbaiki jambatan untuk Kampung Seberang Kedai tetapi gagal membuat sedemikian!

Pengerusi DAP Limbang dan Calon N68 Bukit Kota Leong Kwang Yew (kiri) berkata, DAP telah berkempen “Satu Orang Satu Ringgit ”untuk memperbaiki jambatan baru untuk penduduk Kg Seberang Kedai.

“DAP Limbang yang menerima sumbangan 120 keping papan baru daripada penyokong pun terus pergi ke Kg Seberang Kedai dan memperbaiki jambatan pagi tadi. ”

Dia juga berkata, cukai pintu Majlis Daerah Limbang telah dinaikkan sebanyak 25% sejak tahun 2005, lebih tinggi daripada Miri, apakah perkhidmatan yang dinikmati oleh rakyat Kampung Seberang Kedai!? Sarawak kaya dengan sumber asli, tetapi kekayaan dan kebajikan rakyat telah dirampas oleh pemimpin BN yang mengamalkan rasuah serta kroni secara membuta-tuli!

ADUN Selangor Jenice Lee berkata, Kg Seberang Kedai tersebut merupakan kubu kuat BN, kita ingin membuktikan hakikat Kerajaan BN kaya tetapi mengabaikan kebajikan rakyat, manakala DAP sebagai pembangkang yang kekurangan sumber kewangan tetap akan menjaga kepentingan rakyat dan membantu mereka melalui sumbangan orang ramai.

“Jambatan di Kampung tersebut kian usang, keselamatan penduduk-penduduk terutamanya warga emas dan budak-budak kian terancam. ”

No comments: