Wednesday, November 30, 2011

DAP gesa Muhyiddin henti guna kaum Cina, Kristian ‘kambing hitam’ selamatkan Umno

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan harus berhenti daripada menggunakan kaum Cina dan penganut Kristian sebagai modal untuk mencetuskan permusuhan rakyat dan menyelamatkan hayat politik parti itu, kata Lim Guan Eng hari ini.


Setiausaha Agung DAP ini menegaskan kedua-dua pemimpin kanan parti teras Barisan Nasional (BN) itu sedang bermain dengan api, dengan memangsakan kaum-kaum minoriti Malaysia sebagai ancaman untuk menakutkan orang Melayu supaya kembali ke pangkuan Umno.

“(Timbalan Presiden Umno) Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menggunakan isu perkauman untuk meniup semangat ahli-ahli Umno untuk mempertahankan bangsa, budaya dan institusi negara daripada Pakatan Rakyat di samping memfitnah DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu.

Sehubungan itu Lim (gambar) menegaskan, DAP mencabar Muhyiddin untuk membuktikan siri dakwaannya, dalam ucapannya malam tadi, bahawa agenda DAP adalah untuk membentukkan sebuah negara republik.

“Ini adalah hasutan dan penipuan semata-mata!” kata beliau dalam satu kenyataan merujuk kepada ucapan perasmian Muhyiddin pada Persidangan Agung Tahunan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno semalam.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melahirkan nada yang sama ketika berucap pada satu forum di PWTC, beberapa jam sebelum ucapan Muhyiddin.

Dalam majlis perasmian serentak, Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri mengambil satu pertiga masa untuk mengecam DAP dan dua rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Oleh itu, Lim menyoal, “adakah Muhyiddin dan Umno sudah ketandusan idea sampai apa-apa skandal kerajaan yang dibongkarkan DAP akan dianggap sebagai serangan terhadap kaum Melayu?”

“Bukankah wang awam yang terbabit dalam skandal-skandal kewangan itu kepunyaan orang Melayu juga? Adakah cukup dengan pendekatan Muhyiddin yang mengaku dirinya Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian, sampai prinsip-prinsip demokrasi, integriti, amanah dan ketelusan semuanya boleh diabaikan begitu sahaja?” katanya.

Pun begitu, kata Lim, DAP percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia sama ada Melayu atau bukan Melayu akan menolak hujah yang mewajarkan penipuan dan skandal kewangan atas nama perkauman, seperti dalam skandal lembu dan kondominum mewah seorang Menteri Umno ataupun pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang terlebihan belanja oleh jabatan-jabatan kerajaan sebanyak RM3.7 bilion.

“DAP tidak pernah mengambil pendirian anti-Melayu atau anti-Islam. Kenaikan berkali-kali ganda peruntukan untuk hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang serta penerusan peruntukan untuk sekolah-sekolah agama yang telah ditamatkan oleh Umno menjadi bukti bahawa DAP menghormati Islam dan adil kepada semua. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengusir walaupun sebuah rumah kampung Melayu.

Tuesday, November 29, 2011

UMNO gagal ditubuhkan jika RUUPA dikuatkuasa tahun 1946

Tuan yang dipertua,

Di ambang Hari Malaysia yang ke-48 pada 15 September 2011, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis untuk menyelaraskannya dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan rakyat untuk "berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata", dan supaya mematuhi norma-norma antarabangsa.

Malangnya, tidak disangka bahawa negara-negara "antarabangsa" yang dirujuk beliau merupakan negara-negara Zimbabwe dan Myanmar.

Namun sekarang, nampaknya negara Myanmar pun sudah menjadi sebuah negara demokratik yang lebih bebas jika dibandingkan dengan Malaysia.  Rang Undang-Undang yang baru diluluskan oleh Parlimen Myanmar hanya memerlukan pemberitahuan awal kepada pihak polis selama 5 hari, manakala Rang Undang-Undang yang dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini memerlukan pemberitahuan yang jauh lagi awal.

Sungguhpun Perdana Menteri mengumumkan pindaan akan dibuat agar notis pemberitahuan dipendekkan daripada 30 hari kepada 10 hari, ia jauh lebih panjang daripada apa yang diamalkan daripada sebuah negara berkuku besi seperti Myanmar.  Adakah Malaysia kini lebih teruk daripada Myanmar?

Ini jelas membuktikan bahawa Program Transformasi Politik yang diuar-uarkan adalah satu penipuan semata-mata.  Dalam ucapannya tempoh hari, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa Rang Undang-Undang ini akan menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan tanpa bersenjata, tetapi hakikatnya Rang Undang-Undang ini adalah satu cubaan untuk meningkatkan kawalan dan larangan ke atas hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Jelas juga bahawa Rang Undang-Undang yang dicadangkan ini telah mengambil petikan-petikan yang berbunyi merdu daripada undang-undang negara demokratik lain seperti Queensland dan United Kingdom, dan telah memutar-belitkannya kepada alat untuk menindas rakyat.  Saya ingin bertanyakan samada Rang Undang-undang ini diciplak daripada model Queensland Peaceful Assembly Act 1992 dan sekiranya ia mengapa tidak mengikuti keseluruhannya yang berteraskan hak asasi manusia.  Sebaliknya yang baik tidak diikuti iaitu Rang Undang-undang ini telah ambil yang keruh, buang yang jernih pula.

Dalam versi Queensland, hanya notis lima hari diperlukan di bawah seksyen 10 di mana ia dianggap diluluskan sekiranya tidak ada perintah mahkamah yang menghalang/mengharamkannya seperti berikut:-

Monday, November 28, 2011

DAP bukan ancaman kepada Melayu

Tindakan Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman UMNO dan kenyataannya bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Tindakan Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman UMNO dan kenyataannya bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.  Yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu.

Malah Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan.  Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol.

[Gambar - Lim Guan Eng menziarahi Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di Rusila tidak berapa lama dulu, turut hadir Pesuruhjaya PAS, Haji Mohd Abdul wahid Endut]

DAP bukan ancaman kepada orang Melayu.  Hanya UMNO yang menjadi ancaman bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, UMNO mengkaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit, seperti:

Pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan; dan

Kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang Menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah.

Selama ini UMNO telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka.  Ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu.  Manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insuran, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuhraya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu.

Dalam politik pula, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu.  Semua Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang.  Tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya berbangsa Melayu.  Oleh itu, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua.

Jawatan politik tertinggi yang boleh disandang bukan Melayu sekarang adalah setakat Menteri Persekutuan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang.  Malah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, satu-satunya jawatan yang dipegang bukan Melayu, mungkin akan jatuh ke tangan UMNO kerana UMNO bertanding kerusi yang paling banyak di kalangan parti-parti komponen BN di Pulau Pinang.  Daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, UMNO bertanding 15, Gerakan 13, MCA 10 dan MIC 2.  Kalau BN membentukkan kerajaan dan selagi UMNO bertanding kerusi yang paling banyak, mana-mana Ketua Menteri BN akan menjadi boneka UMNO sampailah seorang calon UMNO menjadi Ketua Menteri.

Walaupun masyarakat Melayu mempunyai kawalan yang hebat dalam sektor-sektor politik, awam dan swasta, DAP tidak pernah pun menggunakan isu-isu itu untuk menakutkan rakyat bukan Melayu.  DAP tidak pernah berlaku begitu kerana kita menganggap semua orang Melayu mempunyai hak dan peluang yang sama dengan rakyat Malaysia yang lain dalam sektor-sektor tersebut.  Ini jelas dibuktikan apabila 70% daripada kontrak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dimenangi oleh kontrak Melayu, lantas membuktikan bahawa kontraktor Melayu mampu berdaya saing. Hanya kontraktor kroni UMNO sahaja yang tidak mampu bersaing.

Tambahan pula, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik penjawat-penjawat awam yang tertinggi berdasarkan kebolehan mereka.  Secara kebetulan mereka juga Melayu, dan ini termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan juga YDP-YDP kedua-dua Majlis Perbandaran di Pulau Pinang dan Seberang Perai (yang juga merupakan YDP-YDP wanita yang pertama dilantik).

Sudah tiba masa untuk menolak dasar perkauman UMNO.  Orang Melayu tidak lemah dan tidak perlu kepada parti yang rasuah dan rasis seperti UMNO untuk mempertahankan mereka. Sudah tiba masa untuk kita bersatu atas dasar-dasar bersama seperti keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan awam dan demokrasi.

UMNO sudah pun melenyapkan masa depan generasi saya selama 50 tahun.  Kita tidak boleh membenarkan UMNO untuk mencuri masa depan anak-anak kita.  Hanya sebuah kerajaan berjiwa rakyat di bawah kerangka Malaysia yang ditawarkan Pakatan Rakyat boleh menjamin masa depan yang terang untuk anak-anak kita.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar atas) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

Sunday, November 27, 2011

Guan Eng says ‘political reality’ to have Malay PM

KUALA LUMPUR, Nov 27 — Lim Guan Eng rubbished talk today of amending the Constitution to guarantee a Malay prime minister, claiming Malaysians have accepted the “political reality” that the post “must” be given to the country’s largest ethnic community.

He said suggesting such amendments was “racist and superfluous” as it treated non-Malays as if they were second-class citizens.

“No non-Malay political leader has even talked about wanting to be prime minister because Malaysians accept the political reality that the prime minister of Malaysia must come from the Malay community,” he said in a statement here.

On Friday, PKR Youth challenged Umno to amend the Constitution to guarantee a Malay prime minister but Datuk Seri Anwar Ibrahim later clarified that this was neither his party’s stand nor that of Pakatan Rakyat (PR).

Lim (picture) pointed out that the highest political posts now available to non-Malays were ministers and the Penang chief minister’s position, which he now holds.

But the DAP secretary-general said that although the Malays dominated top leadership posts, including positions in the civil service, police and army, his party and the Penang government had never threatened to usurp power from the community.

“DAP has never carried out such a campaign because DAP considers all Malays as Malaysians who have an equal right as any other Malaysian to be in these sectors,” he said.

“This is evident in the open tender system where 70 per cent of Penang government contracts are won by Malays, proving the Malay contractors are competitive; only Umno crony contractors are useless,” he said.

Lim also recalled Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s controversial “Malay first and Malaysian second” declaration last year, saying it showed that “1 Malaysia” was an empty slogan designed to win votes.
Lim claimed the slogan would be rapidly discarded after the next general elections.

“What is surprising is that Muhyiddin does not consider illogical or inconsistent with pursuing a strictly racial Malay agenda with the agenda of other non-Malay Malaysians,” Lim said, adding that the deputy prime minister “even pursues DAP leaders are Chinese chauvinists even though DAP has fought for all Malaysians”.

“DAP is no threat to Malays. Only Umno is a threat to Malays and Malaysians with its open acceptance and defence of repressive violation of basic human rights, corruption and abuse of power.”

Lim accused Umno of using such threats to justify and cover up its numerous financial and corruption scandals.

He cited the latest exposes of excessive expenditure of RM3.7 billion by government departments in the 2010 Auditor-General’s report and the National Feedlot Centre scandal, where a company related to a minister was accused of misusing public funds to buy luxury condominiums.

“Umno has consistently undertaken a remorseless campaign of lies and fear against the DAP to scare the Malays that their rights and interests are being threatened,” Lim said, adding Malaysians did not “need a corrupt and racialist party like Umno to protect them”.

Umno has repeatedly accused PR of selling out the Malays to Chinese and foreign interests, insisting that the Malays can only be protected if Barisan Nasional (BN) remains in power.

Since the landmark Election 2008 where PR denied BN its customary two-thirds majority in parliament and five state governments, the Malays have swung back towards the ruling coalition even as Chinese support for the federal opposition has increased.

Racial tension has also heightened over the past few years especially with repeated allegations that Muslims are being proselytised.

Saturday, November 26, 2011

Pua stands by KR1M milk powder claim

KUALA LUMPUR: DAP publicity secretary Tony Pua is standing by his claim that milk powder sold at Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) exceeds the permissible Vitamin A content, even though the Health Ministry has deemed it safe.

Pua also refuted a statement from the ministry that he had been misleading the public by giving false information about the quality of products sold by KR1M. "The minister said I had confused the rulings in the Food Regulations Act, and categorised milk powder under Rule 389A (follow-up formula) when I should have categorised it under Rule 395, which means food not elsewhere standardised,” Pua said at press conference at DAP's national headquarters here Friday.

The Petaling Jaya Utara MP maintained that even if milk powder were to be categorised under the food regulations laid out by Rule 395, the amount of Vitamin A in KR1M's milk powder was still too high if the recommended level of 480gm a day was adhered to.

"The packaging on KR1M's milk powder recommends four scoops of 30gm for up to four servings a day," Pua said.

"The Health Minister earlier said that every 100gm of milk powder contained 3,240 international units (IU) of Vitamin A.

"This means children would be drinking over 15,000 IU, which is three times above the maximum amount recommended which is 5000 IU," said Pua.

Pua also called for a dialogue with the ministry on Nov 29 to compare findings and find a solution to this and other KR1M products.

Monday, November 21, 2011

Guan Eng: Najib’s nod to cyber army points to dirty polls

KUALA LUMPUR, Nov 21 — The prime minister’s endorsement of pro-Barisan Nasional (BN) online users is proof the ruling coalition will not hesitate to use underhanded means to win the next election, Lim Guan Eng says.

The DAP secretary-general said Datuk Seri Najib Razak’s unconditional support for such users showed that BN not only condoned but encouraged the “malicious falsehoods” made online against Pakatan Rakyat (PR) leaders and their families.

Last month, Lim’s (picture) teenage son became the target of attacks by pro-Umno bloggers who accused the 15-year-old of molesting a schoolmate before trying to escape punishment by using his father’s name.

The DAP later said the picture of the purported victim used by the bloggers was of 21-year-old chess grandmaster Anya Sun Corke, who has denied ever meeting either Lim or his son.

“Now, with Najib’s proud statement officially recognising pro-BN cyber troopers as part of BN’s cyber army, is he not making a statement of admission that the BN is involved in the ongoing dirty tricks campaign to cheat and lie their way to win the next general election?

“Is this the kind of derogatory attacks that we can expect from the BN ‘cyber army’? Without a doubt, Najib’s new army of cyber troopers with a history of dirty tricks is proof that the 13th General Election will be the dirtiest election yet,” Lim said in a statement today.

Yesterday, Najib voiced his unconditional support for pro-BN bloggers and social media users, christening them the ruling coalition’s “new army”.

He pointed out that the online world was the new battlefront between BN and PR, and said pro-government bloggers need to combat the opposition’s “lies and half-truths” online.

Social media has become increasingly important politically, with 11.3 million Malaysians on Facebook as of the middle of this year, a figure that continues to grow.

A survey by global information and analytics provider Nielsen last month found that Malaysians spend an average of 20 hours online each week. - MalaysianInsider

Friday, November 18, 2011

Malaysia’s economy likely to slow despite earlier boom

KUALA LUMPUR, Nov 18 — Malaysia should brace for a protracted economic slump despite the expected announcement today that its economy has grown by up to 4.8 per cent in the past three months, analysts have warned, as the mushrooming debt cloud from the US and Europe spreads eastwards.

As the country heads into the last six weeks of the year, Bloomberg News reported today that most Asian currencies have been falling in the past three months on concern the nations that led the recovery from the 2009 global recession will falter.

File photo of a weekly night market in Kota Kinabalu. Analysts have said Malaysia should brace itself for a slump despite the recent growth in the economy. — Reuters pic
“It’s part of monetary easing if they let their currencies weaken,” the business news agency reported United Overseas Bank economist Ho Woei Chen as saying.
The ringgit has fallen more than five per cent in the past three months while the Thai baht has weakened 3.3 per cent but neither countries have cut their rates even as Indonesia and Australia lowered borrowing costs in this last quarter.

“Probably they are not cutting interest rates that aggressively but letting their currency depreciate,” Ho said, adding he expects Malaysia and Thailand to highlight the risks to growth going forward.

Citing United Overseas Bank Ltd, Bloomberg reported that policymakers throughout the region may allow more weakening to support non-oil exports to Europe and the US, which have been crashing across the board in Singapore.

The republic’s main electronics sector has been battered and dropped by 31 per cent last month compared to the same period last year due to poor demand for disk drives and integrated circuits which plunged more than 50 per cent.

Analysts observed that Malaysia’s growth spurt in the last quarter was due to its strong domestic demand and export before the sovereign debt-crisis deepened in Europe.

Investment experienced a sprint in Southeast Asia’s third- largest economy since the Najib administration last year identified US$444 billion (RM1.37 trillion) worth of private sector-led projects to spur growth, Bloomberg reported.

International Business Machines Corp (IBM), Toshiba Corp and Agilent Technologies Inc are among the companies that have pledged new investments here.

Exports grew at the fastest pace in more than a year in September as companies shipped abroad more electronics and commodities.

But the analysts also warned that the growth could be stunted if the external sectors spilled over into the domestic economy.

“Supply chain disruptions stemming from Thai floods may depress industrial production in the short run,” reported Bloomberg, quoting Daniel Wilson, an analyst at Australia & New Zealand Banking Group Ltd. in Singapore.-MalaysianInsider

Wednesday, November 9, 2011

Isu sektor awam: Jangan sengaja jadikan isu kaum, DAP nasihati Umno

KUALA LUMPUR, 8 Nov ― Tony Pua menyelar pihak-pihak yang mengecam cadangan parti itu mahu memperkemaskan perkhidmatan awam menerusi pendekatan mengurangkan saiz tenaga kerja dengan sengaja menjadikannya isu perkauman kerana ia bukan satu idea janggal, malah pernah disentuh oleh pentadbrian Dr Mahathir dan terbaru bulan lalu oleh Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Publisiti DAP itu menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno, akhbarnya Utusan Malaysia dan Perkasa sebagai hipokrit kerana menyifatkan rancangan itu - mengurangkan tenaga kerja secara berperingkat-peringkat sebagai dasar menghakis penguasaan orang Melayu, memandangkan perdana menteri sendiri telah menggerakkan pelan itu bulan lalu.

“Ya, ia selari dengan apa yang pernah disentuh oleh Najib dan Tun Dr Mahathir Mahomad,” kata Pua (gambar).

Dalam ucapan Bajet 2012, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan sistem saraan fleksibel bagi kakitangan awam berdasarkan prestasi di mana mereka yang gagal mempamerkan prestasi diberi peluang untuk meninggalkan sektor awam.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memperkenalkan dasar penswastaan untuk mengurangkan tenaga kerja sektor awam daripada 1.2 juta kepada sekitar 800,000 pada awal dekad 1990-an.

Ekoran pengumuman Najib bulan lalu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan juga menegaskan bahawa dasar baru itu akan dilaksanakan dengan tegas.

“Ini sikap kepura-puraan paling tinggi diamalkan oleh Umno,” kata Pua di bangunan Parlimen hari ini.
Pua berkata langkah pemotongan perbelanjaan operasi adalah sangat penting memandangkan ia telah meningkat secara ketara daripada RM64.1 bilion tahun depan berbanding RM30.2 bilion tahun lalu.

“Komponen perbelanjaan yang terbesar dan mengalami peningkatan dengan cepat ialah peruntukan bagi emolumen, pencen dan gratuiti,” kata beliau.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam turut menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya mereka menguasai Putrajaya.

“Pakatan tidak memahami dasar dan konsep yang kerajaan sudah amalkan sejak sekian lama, memang jumlah kakitangan awam pernah lebih daripada jumlah yang sepatutnya, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan sudah memastikan jumlah mereka mencukupi supaya mereka boleh jalankan tanggungjawab dengan efisien,” katanya lagi.

Tambah beliau, pembangkang seharusnya sedar konsep yang dilakukan kerajaan selaras dengan keperluan negara, dan tindakan menamatkan pekerja yang sudah ada dalam sistem sewenang-wenangnya akan timbulkan banyak masalah dan perkara negatif.

“Pakatan tidak boleh sesuka hati mengubah perkara itu dengan sewenang-wenangnya, itu akan menyukarkan banyak pihak dan sekiranya itu berlaku, banyak gejala negatif akan berlaku dan pentadbiran negara akan kucar-kacir,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Subramaniam berkata, kerajaan juga sedar penggunaan teknologi dengan optimum dan memastikan jumlah kakitangan awam yang ada di setiap agensi selaras dengan keperluan negara.

Dalam kenyataan dibawa The Malaysian Insider pagi tadi, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan perkhidmatan kerajaan dilindungi sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan berkata, satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan sektor awam dan mengemukakan syor-syor bagi tujuan penambahbaikan.

Sehubungan itu kata beliau, tiada mana-mana pihak termasuk kaum Melayu harus bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa kedudukan perkhidmatan awam akan terganggu gugat.

“Anggota perkhidmatan awam tidak boleh disingkirkan begitu sahaja. Begitu juga dalam soal kenaikan pangkat,” kata pakar perlembagaan itu.

Aziz berkata kemungkinan Pua telah tersilap dalam memberikan pandangannya dan digunakan oleh media pro-Umno seperti untuk menjadikannya sebagai satu isu, tetapi wakil rakyat itu ada mencetuskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

“(Sebenarnya) beliau ada membuat beberapa poin yang baik, tetapi kena ingat bahawa sebahagian besar daripada 1.3 juta kakitangan awam adalah orang Melayu. Kira-kira 150,000 adalah tentera dan 100,000 lagi polis,” kata beliau lagi.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini menambah, dalam mana-mana kes kakitangan awam, mereka dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Utusan adalah mengarut. Anggota awam tidak boleh dibuang begitu sahaja,” kata beliau lagi.

Dalam komennya semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam jika mengambil alih kerajaan pusat tetapi tidak menolak keperluan menggunakan tenaga kerja secara cekap demi pulangan yang optimum.

Justeru kata beliau, jika ada mana-mana pihak yang melahirkan pandangan sedemikian, ia hanya merupakan pandangan peribadi pemimpin terbabit dan bukannya dasar Pakatan Rakyat.