Saturday, July 31, 2010

Ceramah YB Tony Pua & YB Teo di Paka Dungun

Siapa 'Budak Kroni' Dapat Tender RM50 juta

DUNGUN - Siapakah seorang 'budak' dari negeri Terengganu, berumur 21 tahun ketika menubuhkan sebuah syarikat dan dua kemudiannya, berjaya memperolehi tender-tender kerajaan bernilai lebih RM50 juta ?

Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, sudah pastilah, dia adalah seorang kroni kepada mana-mana pimpinan Umno dan Barisan Nasional Terengganu.

(Gambar - Tony Pua ketika menyampaikan ucapan dalam majlis makan malam bersama masyarakat Tionghua Dungun, di Batu Enam)

Beliau berkata, beberapa bulan lalu, beliau telah memeriksa laman web pemerolehan kerajaan pusat dan mendapati satu tender di Hulu Terengganu yang agak pelik.

"Di Hulu terengganu, asrama bagi 200 penuntut. Jumlah harganya ditulis kat sana (laman web), RM77 juta kontrak, saya kira. RM77juta kalau dibahagikan kepada 200 bilik, setiap bilik harganya RM340 ribu.

"kalau (begitu) setiap penuntut kita beli banglo cukuplah (dengan harga sebegitu),"katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Uda, disini Khamis 29 Julai.

Menurutnya, selepas beliau dedahkan maklumat tersebut di parlimen, menteri kata, maklumat dalam laman web tu salah dan meminta maaf.

"(Menteri kata) Bukan RM77juta. Tapi RM7.7 juta,"kata Tony.yang kemudian mendedahkan syarikat tersebut adalah Rafa Sepakat Sdn Bhd

Tony berkata, beliau merasa curiga keatas syarikat tersebut dan membuat semakan

"Saya pun ada sikit curious (curiga). Saya nak check (semak), siapa ni Rafa Sepakat."katanya.

Menurutnya, setelah membuat semakan, beliau mendapati bahawa syarikat tersebut adalah satu syarikat yang baru ditubuhkan pada tahun 2008, tetapi tidak menjalankan apa-apa perniagaan.

Namun, kata Tony, pada bulan oktober 2009, syarikat tersebut mendapat kontrak daripada (tender) kerajaan.

"Beberapa kontrak yang jumlahnya lebih kurang RM50 juta. Kontrak-kontrak pembelian, di semua tempat, termasuk pembinaan asrama yang bernilai  RM7.7 juta itu. So, jumlahnya RM50 juta. Nampaknya besar juga. Siapa pemiliknya?,"soal Tony.

Semakan buletinonline mendapati perincian syarikat tersebut adalah seperti link dibawah;

Rafa Sepakat 1

Rafa Sepakat 2

Majlis Makan Malam Masyarakat Tionghua Dungun Dengan AP PJ Utara Tony Pua

Thursday, July 29, 2010

PKFZ: Ling Liong Sik hadapi tuduhan pecah amanah


Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan pecah amanah berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Monday, July 26, 2010

FDI crashing because investors lost faith, says DAP

By Boo Su-Lyn | The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, July 25 — A lack of confidence in Malaysia’s economy has driven foreign direct investment (FDI) to our neighbours, leaving the once-roaring “Asian tiger” to compete with Indochina countries, the DAP said today.

The World Foreign Investment Report (WIR) 2010 released by the United Nations showed that FDI in Malaysia plunged 81 per cent last year, trailing behind countries like the Philippines, Vietnam, Thailand, Indonesia and Singapore.

“For the first time ever in history, Malaysia attracted less investment than the Philippines,” DAP national publicity secretary Tony Pua said in a statement today.

Monday, July 19, 2010

Jimat RM750 juta, Tiris RM28 bilion

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional mendakwa dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM750 juta dengan menarik balik subsidi yang dinikmati oleh rakyat dan menaikkan harga minyak, gas dan gula,

Pada masa yang sama sehingga kini, kerajaan BN bukan sahaja gagal mengutip ketirisan perbelanjaan sebanyak RM28 bilion, bahkan tidak mampu menjelaskan bagaimana wang kerajaan sebanyak itu telah hilang.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata kerajaan turut mendakwa sekiranya pelarasan subsidi tidak dbuat, kerajaan Malaysia akan muflis menjelang tahun 2019.

Beliau menyelar kenyataan tersebut dan menyatakan bukan subsidi yang akan menjadikan negara muflis, tetapi perbuatan rasuah dan penyelewengan yang diamalkan oleh pemimpin Umno dan BN.

"Sebenarnya bukan subsidi yang akan menjadikan negara bangkrap tetapi amalan rasuah (dan penyelewengan) yang berleluasa dilakukan oleh Umno dan BN,"katanya ketika berucap dalam majlis penerangan Pakatan Rakyat di Jalan Kelantan, disini 16 Julai..

Pada 5 Februari lalu, ketika berucapmerasmikan portal berita KonsumerKINI, Ahli Parlimen Johor Bharu, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata kerajaan gagal memberikan penjelasan tentang ketirisan yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan sebanyak RM28 bilion.

Beliau, yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, ketirisan perbelanjaan itu telah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Inggeris pada bulan Oktober 2009, dengan memetik kenyataan daripada Menteri Kewangan Kedua dan Laporan Ketua Audit Negara.

Dengar ceramah melalui Buletinonline Radio

Friday, July 16, 2010

【当今大马】赵家重返案发地点拜祭明福 . 若不满验尸结果要再晤纳吉

Click here for blog post written in English
~ 郭史光庆

今日是赵明福逝世一周年忌日,赵家今早重返在案发地点即沙亚南商业大厦(Plaza Masalam),举行拜祭仪式。
由于鉴定赵明福死因的验尸庭在1年后仍未找出真相,赵明福的妹妹赵丽兰誓言,若家人不满意验尸庭的结果,肯定会再次要求会晤首相纳吉,因为后者曾答 应为赵明福伸张正义。
【点击观看图片辑】
NONE大约50名公众人士,大部分是民联领袖、雪州政 府与非政府组织代表、赵明福生前的朋友与同事,于今早10点就到场追悼死者。

不过,公众只能够聚集在大厦大厅, 因为大厦管理层仅允许赵家亲人、雪州行政议员欧阳捍华和沙登区国会议员张念群等一行7人进入大厦5楼的阳台,即赵明福一年前的卧尸地点,进行拜祭。
他们在阳台逗留了大约半小时,根据了解,他们携带简单的祭品与鲜花,并由妹妹赵丽兰诵经,祭拜赵明福。

Isu Felda

Thursday, July 15, 2010

Perlantikan Pembangkang sebagai Pengerusi PAC di DUN Selangor

Persidangan Dewan Negeri Selangor pada kali ini mencipta sejarah bukan sahaja di sejarah politik dan sejarah demokrasi berparlimen Selangor tetapi juga di negara Malaysia.

Selepas menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat yang pertama di Selangor, kini Dewan Negeri Selangor akan mencipta sejarah buat pertama kali berlaku di Malaysia, di mana Dewan akan meluluskan usul untuk melantik wakil daripada Pembangkang sebagai Pengerusi PAC kerana sebelum ini belum ada lagi Dewan Perundangan seperti Dewan Negeri Selangor yang melantik wakil pembangkang sebagai pengerusi PAC.

Ini akan menetapkan satu predecence baru dalam sejarah demokrasi berparlimen di Malaysia dan mencerminkan status negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang betul-betul maju, bukan sahaja daripada fizikalnya tetapi juga dari segi sahsiah politiknya kerana ini merupakan kali pertama anggota daripada pembangkang dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam atau nama singkatannya Public Accounts Committee (PAC).

Usul ini juga mencerminkan cita-cita kerajaan Selangor untuk memastikan prinsip keupayaan, kebertanggungjawaban dan beramanah betul-betul diterap ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan bukan retorik semata-mata.

Friday, July 9, 2010

Usul bahas ‘Deepak, Rosmah taja Bala’ ditolak

Dewan Rakyat hari ini menolak usul perbahasan kenyataan peguam Americk Sidhu mengenai dakwaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mengenai kehidupannya di London disara oleh usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen DAP-Bakri, Er Teck Hwa mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan 18 (5) yang menyatakan bahawa hanya satu usul sahaja boleh dikemukakan sebelum mesyuarat ditangguhkan.

Dalam usulnya itu, Er berkata Balasubramaniam sebagai saksi dalam kes perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu lari ke London atas alasan yang tidak diketahui dan menjadi perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dipanggil soal siasat.

Wednesday, July 7, 2010

Usul Tergempar Ahli Parlimen Bakri Bagi Membincangkan Respon P Balasubramaniam Melibatkan Rosmah Mansor


Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat


Dengan segala hortmanya, saya ingin memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 mengemukakan usul yang berbunyi seperti berikut :-

Monday, July 5, 2010

DAPSY gesa Pemuda UMNO: Tarik balik kenyataan dan minta maaf

Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggesa Pemuda UMNO Malaysia segera mengarahkan Pengerusi Biro Keahlian dan Pendaftaran Pengundi mereka, Hishamuddin Yahya supaya menarik balik kenyataannya yang mendakwa nisbah pengundi baru selepas pilihanraya umum ke-12 ialah 1 Melayu kepada 40 bukan Melayu.  Pemuda UMNO juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada rakyat kerana kenyataan tersebut bukan sahaja palsu dan menggelirukan, ia juga menimbulkan perasaan kurang senang hati di kalangan masyarakat majmuk Malaysia.

Kenyataan yang berbaur perkauman tersebut terbukti palsu selepas Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar kiri) menjelaskan kepada Malaysiakini semalam bahawa nisbah yang sebenarnya ialah 2:1, iaitu setiap dua orang Melayu yang mendaftar, hanya seorang bukan Melayu yang turut mendaftar.