Thursday, December 22, 2011

Konvensyen Pakatan Rakyat: Isu rakyat, nasional fokus DAP

PETALING JAYA: DAP akan mengetengahkan isu rakyat dan isu nasional  semasa konvensyen Pakatan Rakyat ketiga pada 14 Januari yang akan diadakan di negeri Kedah.

Konvensyen sebelum ini diadakan di Selangor dan Pulau Pinang.

Naib Pengerusi DAP kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw menggariskan tiga isu utama yang akan diketengahkan  oleh parti itu.

“KIta akan mengetengahkan isu birokrasi dan ketidaktentuan di dalam kerajaan.
“Selain itu isu pekerja asing dan ekonomi akan turut diberi tumpuan,” kata beliau ketika dihubungi.

Kerangka dasar bersama

Konvensyen membabitkan DAP, PKR dan PAS itu akan diadakan di Kedah pada 14 Januari depan.
Konvensyen sebelum ini diadakan di Selangor dan Pulau Pinang.

Dr Tan menjelaskan bahawa banyak syarikat menjangka akan berhadapan dengan masalah meskipun kadar pertumbuhan negara dijangka berada di paras lima peratus.

Beliau menambah isu lain akan turut dibangkitkan kerana konvensyen tersebut akan diadakan dalam tempoh tiga minggu.

Sementara itu Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua memberitahu FMT bahawa konvensyen kali ini akan bertumpu kepada usaha memobilisasi akar umbi parti di dalam persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13.

“Dari segi dasar, kesemua perkara sudahpun tertera di dalam kerangka dasar bersama (CPF),” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.-FMT

No comments: