Menurut Lim DAP "terkejut" apabila dimaklumkan bahawa presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek mengumumkan bahawa tiada larangan dikeluarkan bagi mengharamkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis dan acara yang dianjurkan oleh PERKASA.
"Membenarkan ahli dan penyokong MCA menghadiri acara dan majlis PERKASA, bukan sahaja membuktikan (bahawa terdapat) hubungan MCA dengan NGO itu.
"Dengan berbuat demikian, MCA juga mengiktiraf peranan PERKASA dalam politik Malaysia walaupun pertubuhan itu memperjuangkan agenda perkauman sepit dan pelampau ke atas masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu.

Lim berkata Chua (tengah) dan MCA tidak boleh mendakwa mereka memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Malaysia jika mereka membenarkan ahli-ahli menyertai majlis PERAKSA kerana pertubuhan itu “menyemai benih kebencian’ terhadap masyarakat bukan Melayu.
Semalam, Chua dilaporkan berkata MCA tidak akan menghalang ahli-ahlinya daripada menghadiri acara PERKASA kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
MCA dibidas pelbagai pihak selepas pengerusi cawangan parti itu di Sri Desa, Dr Collin Tiew menghadiri acara Tahun Baru Cina anjuran PERKASA pada 29 Januari. Pada majlis itu, PERKASA mengagihkan wang dalam bentuk ‘angpau putih’ kepada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina.

Warna pilihan adalah merah. PERKASA mengakui kesilapan itu dan berkata kejahilan berkenaan berpunca kerana gagal memahami adat resam Cina.
Bagaiamanpun Tiew mendakwa tindakan oleh presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali itu disengajakan.
Menurut Lim, Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas bagi Pasir Mas berani berbuat demikian kerana mendapat pembelaan daripada BN.
“Jelas PERKASA sengaja tidak mahu mempedulikan sensitiviti masyarakat Cina dengan memberi ang pau putih.
“PERKASA berani berbuat demikian kerana yakin mereka mendapat pembelaan daripada Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
No comments:
Post a Comment