Thursday, January 29, 2009
Tindakan Nasarudin percepatkan proses
KUALA TERENGGANU – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggap sebagai usaha mempercepatkan proses penukaran senario politik negara.
Pengerusi Jawatankuasa Penaja DAP Cawangan Kampung Cina, Ng Chai Heng berkata, tindakan sedemikian menggembirakan pihaknya dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana keyakinan yang diberikan wakil rakyat UMNO itu.
Beliau percaya, tindakan yang diambil itu disebabkan ketidakyakinan terhadap Barisan Nasional (BN) selain yakin ada lagi yang akan mengambil tindakan sama.
“Ini menunjukkan bahawa sekumpulan pemimpin UMNO kehilangan kepercayaan pada parti itu yang dilihat tidak mampu lagi untuk memimpin negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Bagi Chai Heng, langkah itu dianggap tepat kerana menganggap UMNO dan BN sudah tidak mampu mengukuhkan parti itu setelah pelbagai masalah yang melanda negara dan parti tidak mampu diselesaikan parti itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment