Siapa 'Budak Kroni' Dapat Tender RM50 juta
DUNGUN - Siapakah seorang 'budak' dari negeri Terengganu, berumur 21 tahun ketika menubuhkan sebuah syarikat dan dua kemudiannya, berjaya memperolehi tender-tender kerajaan bernilai lebih RM50 juta ?Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, sudah pastilah, dia adalah seorang kroni kepada mana-mana pimpinan Umno dan Barisan Nasional Terengganu.
(Gambar - Tony Pua ketika menyampaikan ucapan dalam majlis makan malam bersama masyarakat Tionghua Dungun, di Batu Enam)
Beliau berkata, beberapa bulan lalu, beliau telah memeriksa laman web pemerolehan kerajaan pusat dan mendapati satu tender di Hulu Terengganu yang agak pelik.
"Di Hulu terengganu, asrama bagi 200 penuntut. Jumlah harganya ditulis kat sana (laman web), RM77 juta kontrak, saya kira. RM77juta kalau dibahagikan kepada 200 bilik, setiap bilik harganya RM340 ribu.
"kalau (begitu) setiap penuntut kita beli banglo cukuplah (dengan harga sebegitu),"katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Uda, disini Khamis 29 Julai.
Menurutnya, selepas beliau dedahkan maklumat tersebut di parlimen, menteri kata, maklumat dalam laman web tu salah dan meminta maaf.
"(Menteri kata) Bukan RM77juta. Tapi RM7.7 juta,"kata Tony.yang kemudian mendedahkan syarikat tersebut adalah Rafa Sepakat Sdn Bhd
Tony berkata, beliau merasa curiga keatas syarikat tersebut dan membuat semakan
"Saya pun ada sikit curious (curiga). Saya nak check (semak), siapa ni Rafa Sepakat."katanya.
Menurutnya, setelah membuat semakan, beliau mendapati bahawa syarikat tersebut adalah satu syarikat yang baru ditubuhkan pada tahun 2008, tetapi tidak menjalankan apa-apa perniagaan.
Namun, kata Tony, pada bulan oktober 2009, syarikat tersebut mendapat kontrak daripada (tender) kerajaan.
"Beberapa kontrak yang jumlahnya lebih kurang RM50 juta. Kontrak-kontrak pembelian, di semua tempat, termasuk pembinaan asrama yang bernilai RM7.7 juta itu. So, jumlahnya RM50 juta. Nampaknya besar juga. Siapa pemiliknya?,"soal Tony.
Semakan buletinonline mendapati perincian syarikat tersebut adalah seperti link dibawah;
Rafa Sepakat 1
Rafa Sepakat 2
No comments:
Post a Comment