KUALA TERENGGANU - DAP Kuala Terengganu telah membantah tindakan Umno bahagian Besut menganjurkan ceramah isu semasa bertajuk 'DAP Anti Islam', yang disifatkan sebagai mengembang kebencian masyarakat Melayu dan Islam terhadap DAP.
Justeru, satu laporan polis telah dibuat di balai polis Kuala Terengganu, semalam, Khamis, 30 September.
Dalam laporannnya, Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing turut menyatakan penganjuran ceramah tersebut merupakan satu fitnah dan pembohongan yang berniat jahat untuk memburuk dan mencemar
kredibiliti DAP yang semakin mendapat kepercayaan dan sokongan terutama daripada kalangan orang Melayu dan Islam.
Menurutnya lagi, tindakan Umno itu boleh mencetus kemarahan kaum dan mengundang suasana huru hara dan perasaan kurang senang antara kaum.terhadap Umno Besut kerana penganjuran ceramah itu bukan
bertujuan untuk memberikan maklumat bahkan lebih menjurus kepada provokasi perpecahan dan suasana tegang antara kaum.
Oleh itu, dengan membuat laporan tersebut, beliau berharap pihak polis bertindak telus dan tulus menghentikan ceramah itu, bagi mengelak sebarang keadaan yang tidak diingini daripada berlaku.
"Ekoran dengan ceramah ini, poster dan 2 kain rentang besar telah dipasang di Bangunan Umno Besut dan di depan Sekolah Rendah Kebangsaan Chung Hwa Besut, telah menyebabkan kaum Cina berada didalam suasana kemurungan dan rasa kurang selesa,"tegasnya.
Sehubungan itu, Setiausaha DAP Cawangan Sungai Tong Setiu menyatakan, penganjuran ceramah tersebut bertentangan dengan aspirasi Perdana Menteri ketika bertemu Presiden Amerika baru-baru ini.
Menurut Nasser Zainal, Dato' Seri Najib Razak bertemu Barrack Obama bagi mengurangkan 'Islamofobia' sebaliknya Umno Besut menyemarkkannya.
"Sekarang ni banyak sangat cakap pasal perkauman, keagamaan. Baru-baru ni semasa najib berjumpa dengan obama, dia pun ada beritahu pasal islamophobia. Jadi sekarang di peringkat negeri kita bercakap pasal
islamophobia. Jadi tidak ada seragam antara peingkat negeri kuasaan Umno dan peringkat pusat di bawah Najib,
"Jadi saya ingat tajuknya sendiri memang bertentangan dengan aspirasi perdana menteri kita sebagaimana yang diuar-uarkan di washingon baru-baru ini,"jelasnya ketika ditemui selepas membuat laporan polis
berkenaan.
Katanya, sepatutnya ceramah seperti itu tidak kerana tidak merapatkan hubungan di antara kaum di antara Melayu, Cina dan India, malah ia bertentangan dengan konsep 1 Malaysia.
Oleh itu, beliau mahu pihak polis melakukan satu siasatan terhadap ceramah tersebut.
"Satu siasatan (mesti) dibuat terhadap ceramah yang dikatakan DAP anti islam, sedangkan DAP sebuah parti 'multiracial', walaupun sebahagian besar penyokongnya orang Cina, tapi ianya berbentuk pelbagai kaum, tajuk ini sebenarnya telah lari,"kata Nasser.
Ceramah anjuran Umno Bahagian Besut tersebut akan diadakan pada 1 Oktober di Padang Bola Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jertih Terengganu. yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Umno Besut, Dato' Seri Idris Jusoh, Ketua Pembangkang DUN Kelantan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad dan Abdullah Saamah.
Laporan polis telah dibuat oleh Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing pada jam 10.15 pagi ditemani oleh Timbalannya, Tan Poh Kok, serta Setiausaha dan Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Sungai Tong Setiu, Nasser Zainal dan Othman Salleh.
Laporan Berkaitan;
Dato' Seri Idris Jusoh sudah hilang rasional
No comments:
Post a Comment