- Umno sebenarnya talibarut penjajah
KUALA NERUS - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh adalah seorang 'rasis' dan pemimpin Umno disifatkan sebagai golongan yang 'buta sejarah' kerana menuduh parti DAP sebagai serpihan komunis.
Pengerusinya, DAP Terengganu Ng Chai Hing mendakwa, ia merupakan satu tuduhan “liar” pemimpin Umno sekaligus mempertahankan DAP sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua rakyat tanpa mengira bangsa, kaum dan ideologi politik.
Katanya,DAP juga sebuah parti politik sah telah lama wujud sejak lebih 45 tahun lalu serta berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
“Pemimpin Umno yang ‘rasis’ buat tuduhan ‘liar’ yang tidak berasas kononnya DAP ‘komunis’ dan membahayakan negara.
“Kami (DAP) sebuah parti politik yang sah disisi undang-undang telah wujud lebih 45 tahun lalu dan berdaftar dengan ROS (Pendaftaran Pertubuhan Malaysia).
“DAP memperjuangkan hak semua rakyat tanpa mengira bangsa, kaum dan parti politik. Sejarah telah membuktikan DAP bukan parti ‘ekstrim’ seperti tuduhan pemimpin Umno itu,” tegasnya.
Beliau berkata demikian menjawab tuduhan Ramli yang mendakwa DAP adalah serpihan Komunis ketika berucap dalam Majlis Penyerahan e-Book Sekolah-sekolah Rendah dalam Dun Tepoh, di Sekolah Kebangsaan Padang Air, disini, Selasa 8 Mac
(Gambar - program pendidikan E-Book dijadikan sebagai program kempen politik oleh parti Umno dan Barisan Nasional Terengganu)
Malah, katanya terdapat di kalangan pemimpin DAP yang terpaksa merengkok dalam penjara kerana membela nasib rakyat di negara ini.
Menurutnya, pemimpin DAP telah menunjukkan komitmen parti bagi membela nasib rakyat meski pun terpaksa dipenjarakan.
“Sejarah telah membuktikan ada di kalangan pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara bukan kerana kesalahan jenayah, rasuah atau mengancam keselamatan negara, tetapi kerana berjuang membela nasib rakyat,” jelasnya.
Chai Hing (gambar kiri) berkata tuduhan liar itu sengaja dilakukan oleh para pemimpin Umno bagi menakutkan orang Melayu agar tidak bersama PAS dan Pakatan Rakyat.
Menurutnya, Barisan Nasional (BN) telah membuat dua tuduhan bercanggah terhadap DAP yang semata-mata bermotif politik murahan.
Katanya, Umno menuduh DAP sebagai anti Melayu yang mengancam Islam dan MCA pula melabelkan DAP “bersekongkol” dengan PAS untuk melaksanakan Negara Islam.
“Rakyat kena cerdik dan bijak menilai perkara sebenar yang berlaku dalam politik negara kita. Pemimpin Umno tuduh DAP anti Melayu dan Islam. Dalam masa sama, MCA pula label DAP khianat dan bersekongkol dengan PAS untuk laksanakan Negara Islam,” ujarnya.
Menurutnya, dua tuduhan berbeza dari satu parti Barisan Nasional yang menyifatkan DAP sebagai anti Islam dan mahukan Islam sekaligus membuktikan Umno terlalu terdesak untuk mengekalkan kuasa sebagai pemerintah.
Sehubungan itu, beliau berkata, Umno sebenarnya adalah 'talibarut' penjajah kerana penubuhan Umno pada tahun 1946 mendapat sokongan British.
Oleh itu, beliau berkata, Umno mewarisi dasar-dasar penjajah dan mengekalkan dasar 'pecah perintah' (divide and rules) yang memecahbelahkan masyarakat demi untuk mengekalkan kuasa.
"Sebenarnya, Umno lah yang merupakan talibarut penjajah kerana mengekalkan dasar 'pecah dan perintah' yang memecahbelahkan masyarakat dan keharmonian perpaduan kaum di negara ini,"tambahnya - buletinonline

No comments:
Post a Comment