Lantaran daripada kekangan ruang dalam media arus perdana, DAP melancarkan laman web bahasa Malaysianya, Roketkini untuk menangkis serangan UMNO-Barisan Nasional. Penubuhan laman bahasa Malaysia ini disifatkan sebagai usaha parti politik ini untuk mendampingi masyarakat Melayu khususnya, yang selama ini dihalang dengan media arus perdana.
Editor Roketkini, Wan Hamidi Hamid pula berkata, "Roketkini yang berbahasa Malaysia sepenuhnya bukanlah satu usaha baru dari DAP. Sejak penubuhan parti pada 1966, pelbagai langkah dan usaha telah dilaksanakan untuk menyampaikan maklumat yang jelas dan benar dalam bahasa kebangsaan kepada rakyat, namun ia sentiasa menghadapi bermacam masalah, khususnya serangan hebat dari pemerintah; sejak zaman Perikatan hingga kepada Barisan Nasional."

"Memang masih ramai yang sinis dengan usaha DAP untuk mengarusperdanakan perjuangan politiknya yang berteraskan keadilan dan peluang saksama. Tetapi lebih ramai lagi yang mahu Malaysia menyertai masyarakat global dalam menikmati hasil demokrasi yang membuahkan kehidupan harmoni, makmur dan stabil tanpa perlu menggadaikan hak, peluang dan kebebasan." Demikianlah tulisan editor Roketkini, dalam artikel yang berjudul "Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan".
No comments:
Post a Comment