Sehubungan itu, Lim Guan Eng berkata, seruan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa masyarakat perlu mengubah persepsi menunjukkan beliau gagal memahami perasaan awam.
"Tan Sri Muhyiddin gagal memahami bahawa orang awam bukan sahaja perlu berada dalam keadaan selamat tetapi mereka juga harus berasa selamat," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.
"Tidak ada statistik yang menunjukkan kejayaan memerangi jenayah dapat mengubah persepsi masyarakat sekiranya mereka berasa pada bila-bila masa mereka boleh diserang atau masih mendengar serta melihat kejadian jenayah."
Muhyiddin (kiri) semalam dilaporkan berkata, mengubah persepsi masyarakat mengenai kadar jenayah menjadi agenda utama kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membentuk keyakinan masyarakat terhadap keselamatan negara.
Beliau berkata masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa kadar jenayah masih meningkat sedangkan statistik rasmi menunjukkan penurunan.
'Alat mainan' politik
Katanya, berdasarkan kaji selidik Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM, jenayah keseluruhan menurun sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.
Dalam satu kenyataa hari ini, Lim juga berkata, keyakinan hanya dapat dikembalikan sekiranya terdapat kebebasan mutlak membanteras jenayah tanpa campur tangan dan kawalan politik serta melalui penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Selain itu, Lim juga mencadangkan:
- Mengambil tindakan segera sama ada menangkap pesalah-pesalah dan mengemaskini data-data aduan berkaitan laporan penyiasatan.
- Meletakkan anggota polis di kawasan-kawasan 'panas' di mana mereka mudah "dilihat, didengar dan dirasa".
- Menubuhkan polis komuniti dengan kerjasama dan bantuan sukarela daripada polis peronda serta melakukan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).
"Tidak ada yang lebih melemahkan apabila melihat pihak polis memberkas penunjuk perasaan yang dilakukan secara aman yang anti-BN; tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penunjuk perasaan yang dilakukan secara membabi buta (oleh kumpulan) yang pro-BN...," katanya. (Malaysiakini)
No comments:
Post a Comment