DAP mengutuk sekeras-kerasnya serangan kumpulan samseng terhadap mahasisiwa dan anak muda yang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka sekitar jam 2.45 pagi 18 April baru-baru ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, insiden itu bukan sahaja satu serangan ke atas prinsip-prinsip hak asasi manusia yang suci tetapi juga satu penghinaan secara terang-terangan kepada budaya dan nilai-nilai Malaysia.
“DAP turut menyesali kegagalan pihak polis bertindak semasa serangan biadap kepada pelajar universiti yang sedang menjalankan hak dalam perhimpunan aman di Dataran Merdeka dan keengganan menteri UMNO untuk mengutuk serangan ini adalah amat memalukan, “ katanya.
Kejadian tersebut mengakibatkan salah seorang pelajar dimasukkan ke hospital akibat kecederaan yang dialami. Samseng ini turut memusnahkan khemah pelajar-pelajar berkenaan.
“Sejak bila keganasan dan gangsterime menjadi sebahagian daripada budaya kita?” katanya mengulas usaha aktivis pelajar tersebut yang berkhemah secara aman di Dataran Merdeka sejak seminggu lalu bagi menuntut hak-hak demokratik mereka untuk memprotes terhadap kadar faedah dan caj pentadbiran yang tinggi telah dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, ia sangat menyedihkan apabila anak-anak Malaysia yang hanya cuba untuk menyatakan hak demokratik mereka menjadi mangsa dalam cara yang buruk dan ganas.
“Keganasan biadap yang digunakan terhadap pelajar yang berkumpul secara aman ini telah mendapat cemuhan daripada banyak pihak, termasuk kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan rakyat keseluruhannya.”
“Lebih buruk lagi, laporan yang keluar menyatakan ada anggota polis yang bertugas di kawasan itu tetapi tidak campur tangan sehingga pemimpin pelajar meminta bantuan. Dan walau pun mereka akhirnya menghentikan serangan ganas ini, ia adalah terlalu lambat kerana kebanyakan samseng ini telah pergi,” tambah beliau.
Guan Eng juga duka cita dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh apabila ditanya mengapa hanya seorang daripada kumpulan penyerang ditangkap walau pun jelas ada video daripada saksi untuk mengenal pasti penyerang.
Menurutnya, Mohamad hanya menjawab “ia adalah pada awal pagi dan kita tidak dapat membezakan penyerang dari orang-orang yang sedia ada”.
Beliau menyamakan kegagalan pihak polis bertindak sama seperti insiden di Sudut Pidato, Esplanade Pulau Pinang pada 26 Februari lalu apabila ahli-ahli UMNO dan Perkasa berkelakuan samseng dan menyerang secara ganas dan mencederakan 2 orang wartawan semasa perhimpunan anti-Lynas dan ia mengakibatkan seorang wartawan terpaksa menerima 8 jahitan untuk mengubati kecederaan beliau. Lebih menghairankan, sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat oleh polis Pulau Pinang.
“Saya amat kesal kerana keengganan pihak polis yang berkawal di Dataran Merdeka ‘melengah-lengahkan kaki’ mereka tanpa mengambil langkah proaktif. Saya menggambarkan ia sebagai satu jenayah kebencian yang bermotifkan politik,” tambah Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau juga menyifatkan respon Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin sebagai angkuh dan tidak boleh dimaafkan.
“Beliau sepatutnya bertanggungjawab untuk universiti dan pelajar universiti untuk melindungi mereka dan bukan menyerang,” katanya.
Khaled dalam twitternya berkata: “No one asked them to camp out at Dataran Merdeka. When something happens, don’t go asking for sympathy.” (Tiada siapa yang meminta mereka berkhemah di Dataran Merdeka. Bila sesuatu terjadi, tidak perlu meminta simpati)
Selain ini, Guan Eng turut menyesali tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang seolah-olah memandang ringan insiden pukul pelajar tersebut dengan berkata bahawa ia adalah adalah satu cubaan sengaja untuk membangkitkan emosi. – Roketkini.com

No comments:
Post a Comment