Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata Kementerian Kewangan
perlu mendedahkan siasatan ke atas pegawai kanan Bank Rakyat atas
dakwaan pecah amanah dan penipuan melibatkan satu skim pelaburan
berjumlah RM13.532 juta.
Pua mendakwa, pegawai bank berkenaan
merupakan individu yang bertanggungjawab dalam kelulusan dan pelancaran
skim skim Euro Deposit Investment itu.
"Kementerian
Kewangan perlu menjalankan siasatan kes pecah amanah atau penipuan ke
atas pegawai berkenan kerana menjual produk (pelaburan) yang menipu,"
katanya dalam sidang media hari ini.
Setidak-tidaknya, kata Pua,
pegawai berkenaan boleh disiasat atas dakwaan jenayah kecuaian kerana
tidak memastikan pelabur dilindungi.
Menurutnya, pegawai itu
merupakan pengarah dalam syarikat pelaburan Rakyat BTR Capital Partners
Bhd yang bertanggungjawa memperkenalkan skim tersebut sejak pertengahan
2007.
Namun, Pua mendakwa, Bank Rakyat yang mempunyai pegangan 20
peratus dalam Rakyat BTR, kemudiannya menarik diri dalam suku keempat
2008 tanpa pengetahuan pelabur dan nama syarikat itu juga ditukar kepada
RBTR.
Seorang pemegang amanah skim itu, UBB (Malaysia) Trustee
Bhd, juga menarik diri daripada tanggungjawabnya, juga tanpa pengetahuan
pelabur, dakwanya lagi.
Pua mendakwa, Rakyat BTR pada awalnya berjanji bahawa wang tersebut akan dipegang oleh UBB (M) Trustee Bhd.
Namun,
dakwanya, wang berkenaan kemudiannya dipindahkan kepada satu syarikat
bawah Locke Capital Investments Limited yang ditubuhkan di British
Virgin Islands.
Locke Capital Investments, yang ditadbir rakyat
Malaysia, kemudian bertanggungjawab memindahkan dana Rakyat BTR kepada
satu pelaburan oleh satu bank pesisir di Singapura, dakwa Pua lagi.
Katanya,
sekumpulan 58 individu dan pemegang akaun pelaburan berkenaan masih
belum diberikan jawapan konkrit berhubung siasatan yang dimulakan
Suruhanjaya Sekuriti pada September 2009 terhadap kes tersebut.
Katanya,
suruhanjaya berkenaan hanya mengadakan satu taklimat kepada pelabur
pada April 2010 dan memberitahu pelabur bahawa jumlah dana lebih RM13.5
juta dalam akaun RBTR itu susut sehingga RM9,858.
SC juga
menasihati pelabur untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas
individu terbabit memandangkan jumlah pelaburan berkenaan mungkin tidak
dapat diperolehi semula, kata Pua.
SC juga bersetuju untuk
membenarkan mereka menyemak dokumen dan rekod RBTR untuk memboleh
pelabur berkenaan mengambil tindakan undang-undang.
Namun sehingga kini suruhanjaya itu masih menunaikan janji tersebut, kata Pua lagi.
"Kumpulan
pelabur ini tertanya-tanya mengapa tiada berita atau tindakan material
oleh SC ke atas RBTR dan juga skim EDI memandangkan RBTR merupakan
syarikat pengurusan aset yang dilesenkan SC.
"Saya akan menulis surat kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk mendapatkan maklumat terkini," katanya
No comments:
Post a Comment