Saturday, May 26, 2012
Pengerusi DAPSY Ceramah di Chukai Kemaman Pada 23 Mei, 2012
Ahli Parlimen DAP Rasah Anthony Loke Siew Fok mengesahkan parti itu tidak akan meletakkan calonnya untuk brtanding di negeri Terengganu pada pilihanraya akan datang.
Beliau yang turut menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut menegaskan slogan DAP Ganti PAS adalah propaganda Umno dan Barisan Nasional yang takut kehilangan kuasa.
“Dia (Umno) kata kalau Umno kalah Pakatan Rakyat menang, maka orang Umno akan kehilangan kuasa politik orang Melayu akan hilang segala-galanya…….ini cakap-cakap yang bodoh,
“kerana kalau Umno kalah bukannya orang Melayu yang kalah, yang hilang kuasa adalah Umno…… kalau di Terengganu kalau Umno kalah yang akan jadi Menteri Besar kemungkinan adalah Haji Wahid Endut bukan Lim Kit Siang,
“bukannya DAP kerana DAP tidak bertanding di negeri Terengganu,”jelasnya yang juga Anggota Jawatankuasa Pusat DAP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment