Tuesday, March 19, 2013
Hampir 30,000 Banjiri Ulangtahun ke-47 DAP
Hampir 30,000 orang rakyat negeri Johor berbagai kaum, beramai-ramai hadir dalam Majlis Ulangtahun DAP ke 47 yang diadakan malam ini, Isnin 18 Mac di Sutera Mall, Skudai.
Seperti dijangka, YB Lim Kit Siang diumum sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Gelang Patah. Ironinya, Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri umumkan pencalonan Lim Kit Siang bertanding untuk Parlimen Gelang Patah.
Apa modal BN untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat di Johor?
Saya optimis, kehadiran Lim Kit Siang akan menaikkan rating sokongan khususnya pengundi cina pada tahap 80%!
Ini bermakna, Pakatan Rakyat berpotensi menang 15 kerusi Parlimen dan 34 Dewan Undangan Negeri Johor. Orang melayu tidak rugi apa2 dengan peningkatan sokongan kaum cina. Menteri Besar tetap orang melayu dan barisan Exco Kerajaan Negeri sebahagian besarnya adalah melayu.
PAS akan ganti Umno di Johor untuk jaga orang melayu. Bahkan, PAS akan buat lebih baik untuk orang melayu dan rakyat pada keseluruhannya.
Lupakanlah Umno, dan tinggalkanlah pemimpinnya yang korup dan salahguna kuasa.
Khusus untuk warga Felda, jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan Nusajaya; adakah anda mahu kekal jadi pembangkang di Johor?
Adakah warga Felda masih kekal setia dengan pemimpin yang merompak hak rakyat?
Disaat sebahagian besar orang Johor di bandar dan pinggir bandar sedang bersama dengan mood perubahan, jangan berlengah lagi...
Jangan percaya dengan propaganda dan cerita karut kononnya hak melayu akan hilang, Cina akan kuasai Johor, PAS kuda tunggangan DAP dll.
Sebenarnya, yang hilang kuasa dan kedudukan ialah pemimpin Umno yang rasuah dan menyeleweng hak rakyat. Pemimpin ini yg mesti dinyahkan!
Jom orang Johor, buat perubahan besar2an kali ini. Kuburkan BN bersama keangkuhan pemimpinnya!
****** Catatan Mazlan Aliman Ahli Jawatankuasa PAS Pusat melalui laman sosial.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment