Sunday, May 29, 2011

Deklasifikasi maklumat tentang IPP, desak Tony Pua

Kerajaan gagal memberi justifikasi kenapa tidak mahu menyusun semula kontrak yang tidak adil ini dan membiarkan IPP mengaut keuntungan yang berlipat ganda.
PETALING JAYA: Kerajaan Barisan Nasional (BN) digesa mendeklasifikasi isi-isi perjanjian yang dibuat dengan syarikat-syarikat Penjana
Tenaga Bebas (IPP) kerana terus enggan mengadakan rundingan semula hingga membelangkangi kepentingan rakyat terbanyak.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, kerajaan gagal memberi justifikasi kenapa tidak mahu menyusun semula kontrak yang tidak adil ini dan membiarkan IPP mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Monday, May 23, 2011

DAP lancarkan Roketkini

Lantaran daripada kekangan ruang dalam media arus perdana, DAP melancarkan laman web bahasa Malaysianya, Roketkini untuk menangkis serangan UMNO-Barisan Nasional.  Penubuhan laman bahasa Malaysia ini disifatkan sebagai usaha parti politik ini untuk mendampingi masyarakat Melayu khususnya, yang selama ini dihalang dengan media arus perdana.
"DAP tidak ada pilihan lain kecuali menubuhkan laman web berbahasa Malaysia, Roketkini, kerana kekangan media oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional," kata Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong.  Beliau menjelaskan bahawa ruang media yang sempit selama ini telah menyekat usaha DAP yang bersifat berbilang kaum untuk mendekati masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu.

Saturday, May 21, 2011

Undi Pos: DAP desak pemantauan dari parti politik

Undi Pos untuk anggota tentera dan polis telah diberi penjenamaan semula dan dikenali sebagai pengundian awal dan hanya akan dikendalikan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang pilihan raya umum akan datang.  Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata pungutan pengundian awal (advanced voting) akan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai khas yang dilantik semula dan bukan lagi pegawai atasan di dalam kem askar mahupun ibu pejabat polis.
Sementara itu, penghapusan undi pos yang dikecualikan kepada kesemua anggota keselamatan yang bertugas di luar Negara dan di perbatasan adalah sangat- sangat dialukan berikutan wujud kebimbangan bahawa tiada perbezaan dalam mewujudkan pilihan raya yang bebas, adil dan berkecuali sekiranya parti politik masih tidak mempunyai hak untuk menjadi pemerhatian ketika proses pengundian dijalankan.
DAP menegaskan bahawa pemantauan dari parti politik dan SPR harus dilaksanakan ketika proses pengundian dillakukan bagi memastikan tiada ada manipulasi mahupun penipuan berlaku.

Wednesday, May 18, 2011

DAP: Let’s fight Ibrahim Ali together

KUALA LUMPUR, May 17 — The DAP today invited all “non-Umno” members in Barisan Nasional (BN) to cast aside their political beliefs and unite with their opposition foes to fight one common enemy together — Datuk Ibrahim Ali.

DAP secretary-general Lim Guan Eng, in lambasting the government’s failure to reprimand the Perkasa president for waging a crusade against the Christians, said it was time for all Malaysians to unite against extremism, regardless of their political beliefs.

“Only if we cleanse hatred from our heart and fill our soul with love can we find peace, balance and harmony with our lives and with each other. For this reason, DAP calls on all Malaysians to stand up for peace and harmony by uniting against extremists and harmony that wants to see Malaysia burn with hatred and violence.