Thursday, June 30, 2011

BN khianati mandat rakyat

Pengerusi DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing ceramah di Kg Petai Bubus, DUN Teluk Pasu pada 28 Jun, 2011

Monday, June 27, 2011

DAP, Suaram gesa Putrajaya bebas segera aktivis, MP Sg Siput

DAP dan pertubuhan bukan kerajaan Suaram menggesa Putrajaya segera membebaskan kesemua aktivis termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput dari Parti Sosialis Malaysia yang ditahan kerana menyatakan sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0.


Dalam satu ucapan di Masai, Johor petang tadi, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pihak polis seharusnya dengan segera membebaskan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar dan aktivis-aktivis lain yang ditahan di Pulau Pinang semalam kononnya mahu menghidupkan semula fahaman komunis.

“DAP meminta agar mereka dibebaskan dengan segera,” kata Lim dalam ucapannya. Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini lewat malam.

Friday, June 24, 2011

Kit Siang dakwa kes trio Datuk T salah guna kuasa mahkamah

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata prosiding kes melibatkan trio Datuk T di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi seolah-olah menunjukkan wujud salah guna proses mahkamah sehingga menggambarkan urusan kehakiman negara menjadi “bahan lucu.”

Justeru, Lim juga menyoal sama ada salah guna proses mahkamah itu sebahagian daripada konspirasi melibatkan Peguam Negara dan polis sehingga kes itu sudah lewat tiga bulan untuk dibawa ke mahkamah.

“Misalnya, juga didakwa bahawa ada keterangan pakar bahawa lelaki dalam video seks itu 99.99 peratus adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

‘Hisham would have jailed his grandpa’

KUALA LUMPUR: Taking Home Minister Hishammuddin Hussein to task over his handling of the Bersih 2.0 rally issue, DAP stalwart Lim Kit Siang ropes in the Umno leader’s late grandfather.

“I would like to ask Hishammuddin would his grandfather be allowed to hold gatherings in Malaya (during the pre-independence period)?” he asked.

In 1946, Hishamuddin’s grandfather Onn Jaafar, along with many Malay leaders at the time, had rallied
against the colonial government’s Malayan Union concept.