Thursday, December 4, 2008

Pilihanraya Kecil (P036) Parlimen Kuala Terengganu

Berikutan kekosongan Parlimen Kuala Terengganu ekoran kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada 28 November lalu, satu pilihanraya kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.

Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan memberikan sokongan kepada PAS meletakkan calonnya mewakili parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Oleh itu, DAP melalui Pengerusi Penaja Cawangan Kampung Cina Kuala Terengganu sedang mengambil tindakan untuk mengatur jentera kempen bagi membantu PAS.

Justeru pihak DAP Pusat telah memberi arahan untuk mengenalpasti dan memilih lokaliti strategik dalam DUN Bandar Kuala Terengganu dan kawasan yang mempunyai pengundi-pengundi dikalangan kaum Cina, untuk dijadikan pusat operasi sepanjang kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

DAP merancang untuk menurunkan tidak kurang dari 200 orang pemimpin pelbagai peringkat bagi menguatkan jentera kempen PAS.

Sehingga kini, tiga lokaliti yang strategic itu dikenalpasti dua adalah terletak di kawasan Kampung China dan satu di Batas Baru.

DAP menyeru semua pengundi-pengundi Cina dalam Parlimen Kuala Terengganu agar bersama-sama membantu kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu seterusnya menolak UMNO dan Barisan Nasional, sebuah parti yang telah memerintah Malaysia dengan cara yang tidak demokratik, perkauman, melakukan banyak penyelewengan dan rasuah.

DAP mengalu-alukan orang ramai yang ingin mendaftar diri sebagai sukarelawan dan memberi sumbangan untuk pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu agar menghubungi Pengerusi Penaja DAP Cawangan Kampung China, Encik Ng Chai Hing

No comments: