Sunday, May 29, 2011

Deklasifikasi maklumat tentang IPP, desak Tony Pua

Kerajaan gagal memberi justifikasi kenapa tidak mahu menyusun semula kontrak yang tidak adil ini dan membiarkan IPP mengaut keuntungan yang berlipat ganda.
PETALING JAYA: Kerajaan Barisan Nasional (BN) digesa mendeklasifikasi isi-isi perjanjian yang dibuat dengan syarikat-syarikat Penjana
Tenaga Bebas (IPP) kerana terus enggan mengadakan rundingan semula hingga membelangkangi kepentingan rakyat terbanyak.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, kerajaan gagal memberi justifikasi kenapa tidak mahu menyusun semula kontrak yang tidak adil ini dan membiarkan IPP mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Monday, May 23, 2011

DAP lancarkan Roketkini

Lantaran daripada kekangan ruang dalam media arus perdana, DAP melancarkan laman web bahasa Malaysianya, Roketkini untuk menangkis serangan UMNO-Barisan Nasional.  Penubuhan laman bahasa Malaysia ini disifatkan sebagai usaha parti politik ini untuk mendampingi masyarakat Melayu khususnya, yang selama ini dihalang dengan media arus perdana.
"DAP tidak ada pilihan lain kecuali menubuhkan laman web berbahasa Malaysia, Roketkini, kerana kekangan media oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional," kata Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong.  Beliau menjelaskan bahawa ruang media yang sempit selama ini telah menyekat usaha DAP yang bersifat berbilang kaum untuk mendekati masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu.

Saturday, May 21, 2011

Undi Pos: DAP desak pemantauan dari parti politik

Undi Pos untuk anggota tentera dan polis telah diberi penjenamaan semula dan dikenali sebagai pengundian awal dan hanya akan dikendalikan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang pilihan raya umum akan datang.  Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata pungutan pengundian awal (advanced voting) akan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai khas yang dilantik semula dan bukan lagi pegawai atasan di dalam kem askar mahupun ibu pejabat polis.
Sementara itu, penghapusan undi pos yang dikecualikan kepada kesemua anggota keselamatan yang bertugas di luar Negara dan di perbatasan adalah sangat- sangat dialukan berikutan wujud kebimbangan bahawa tiada perbezaan dalam mewujudkan pilihan raya yang bebas, adil dan berkecuali sekiranya parti politik masih tidak mempunyai hak untuk menjadi pemerhatian ketika proses pengundian dijalankan.
DAP menegaskan bahawa pemantauan dari parti politik dan SPR harus dilaksanakan ketika proses pengundian dillakukan bagi memastikan tiada ada manipulasi mahupun penipuan berlaku.

Wednesday, May 18, 2011

DAP: Let’s fight Ibrahim Ali together

KUALA LUMPUR, May 17 — The DAP today invited all “non-Umno” members in Barisan Nasional (BN) to cast aside their political beliefs and unite with their opposition foes to fight one common enemy together — Datuk Ibrahim Ali.

DAP secretary-general Lim Guan Eng, in lambasting the government’s failure to reprimand the Perkasa president for waging a crusade against the Christians, said it was time for all Malaysians to unite against extremism, regardless of their political beliefs.

“Only if we cleanse hatred from our heart and fill our soul with love can we find peace, balance and harmony with our lives and with each other. For this reason, DAP calls on all Malaysians to stand up for peace and harmony by uniting against extremists and harmony that wants to see Malaysia burn with hatred and violence.

Monday, May 16, 2011

Is this where subsidy savings go?

IPOH: The government is spending millions of ringgit on 1Malaysia commemorative pillars, and the DAP says this is a reckless waste of public funds, especially when ordinary Malaysians are suffering from subsidy cuts on essential goods.

“They are claiming that they are forced by financial constraints to reduce subsidies on sugar and petrol, but they have RM38.4 million to spend on monuments to promote the Prime Minister’s political image,” said Nga Kor Ming, the assemblyman for Pantai Remis and DAP’s assistant treasurer.

Nga said he had counted five of such structures in Pantai Remis alone, claiming that they were not much further than one kilometre from each other.

He speculated that their preponderance in the area could be due to the political rivalry between him and Menteri Besar Zambry Abdul Kadir.

He estimated that each of the pillars would cost at least RM5,000 to build.

He fears that they would become like former premier Tun Dr Mahathir Mohamad’s Wawasan 2020 monuments, which have all been destroyed.

“Tax money is wasted by empty slogans and totem poles supporting the 1Malaysia promise, which has not even been realised,” he said.

The money spent on them could have been used for basic infrastructure projects in rural areas, he added.

“Sugar prices have risen four times in one year, and oil prices have risen six times.

“But Barisan Nasional has the public funds to spend extravagantly on white elephant projects, like constructing thousands of 1Malaysia monuments in various urban and rural areas,” he said.

Saturday, May 14, 2011

Untuk memperingati Peristiwa 13 Mei, Hishammuddin Hussein seharusnya mencantas Utusan Malaysia sebagai bukti komitmen kerajaan menentang provokasi perkauman dan agama

Hari ini merupakan genap Peristiwa 13 Mei yang ke-42 tahun. Ia merupakan peristiwa hitam di dalam sejarah negara kita. Peristiwa ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Salah satu faktor adalah penyebaran maklumat palsu bagi menyemarakkan perasaan tidak puas hati di antara kaum hingga menimbulkan perasaan takut, marah dan akhirnya berlaku kemusnahan harta benda dan kematian.

Bagi mengelak peristiwa hitam ini dari berulang, Kerajaan mesti tegas mengeluarkan kenyataan iaitu mereka yang menyebarkan maklumat palsu, yang memecah-belahkan Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mesti berhenti berbuat demikian.

Oleh itu, saya menggesa pihak Kerajaan untuk mengambil tindakan yang keras terhadap Utusan Malaysia kerana menyebarkan fitnah dan maklumat palsu dengan penerbitan laporan "Kristian agama rasmi" di muka depan akhbar yang tidak bertanggungjawab itu.

Monday, May 9, 2011

Hishamuddin Hussein dan Rais Yatim sokong laporan palsu dan fitnah Utusan ??

Saya merasa amat kesal terhadap reaksi Menteri Dalam Negeri Hishamuddin dan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Rais Yatim kerana menerima laporan palsu Utusan Malaysia yang bertajuk "Malaysia negara Kristian?" tanpa menyoal dan mengesahkan kesahihan laporan tersebut terlebih dahulu.

Laporan tersebut berfitnah bahawa DAP dan para penganut agama Kristian berhasrat menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan berpandukan fitnah dua orang blogger penyokong UMNO yang mempunyai niat jahat mengapi-apikan perasaan takut, benci dan syak wasangka, terutamanya di kalangan penganut agama Islam terhadap penganut agama Kristian.

Lebih mengecewakan lagi, Hishamuddin dan Rais tidak mengutuk akhbar Utusan Malaysia atau cuba menenteramkan keadaan hening ini tetapi sebaliknya mengeluarkan amaran kepada orang awam agar jangan mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Tindakan tersebut menunjukkan bahawa mereka jelas berat sebelah terhadap Utusan Malaysia dan menyokong laporan mereka tanpa sebarang siasatan.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab kononnya menyokong konsep 1Malaysia, Hishamuddin dan Rais sepatutnya seharusnya serta-merta mengarahkan polis untuk menyiasat Utusan Malaysia serta kedua-dua blogger di bawah Akta Hasutan sejak dahulu lagi kerana Utusan Malaysia sudah berkali-kali menerbitkan laporan berita dan komentari yang menggugat keharmonian etnik dan agama di Malaysia.

Namun begitu, sehingga kini Utusan Malaysia yang dimiliki UMNO itu tidak pernah dikenakan sebarang tindakan atau hukuman atas oleh pihak kementerian. Utusan Malaysia seolah-olah memegang lesen untuk menerbitkan apa jua yang diingini. Profesionalisma dan etika kewartawanan boleh diabaikan.

Saya percaya UMNO menggunakan akhbar Utusan Malaysia sebagai senjata untuk menghasut orang Melayu demi mengukuhkan kedudukan UMNO di mata orang Melayu. Perbuatan ini amat keji dan berbahaya kerana Malaysia merupakan negara majmuk. Oleh itu, saya menggesa Hishamuddin dan Rais agar menunjukkan keikhlasan mereka terhadap konsep 1 Malaysia dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Utusan Malaysia.

** Kenyataan media oleh Teresa Kok Suh Sim di Shah Alam pada hari Ahad, 8hb Mei 2011: Teresa adalah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor & Ahli Parlimen Kawasan Seputeh

Utusan hendak bakar 1 Malaysia

Friday, May 6, 2011

MCA should not appear in Utusan Malaysia if the party is sincere in boycotting the daily

I found it quite mind-boggling to notice MCA leaders appearing in Utusan Malaysia when the party's leaders are calling its members to boycott the daily which they have regarded it as a daily of racism and extremism.
On 3rd May, the local version of the daily carries two MCA leaders attending to various issues in their area. The two leaders are MCA coordinator for Rawang, Lee Li Yew and Banie Chin, MCA Federal Territory Public Complaint Bureau Vice Chairman.

After reading the reports, it is quite assuring that the press conferences were called by the MCA leaders. Without reading the details of the report, one would definitely wonder why MCA leaders are still inviting reporters from Utusan Malaysia to cover their events when their leaders are calling the people, especially their members to boycott the papers.

Wednesday, May 4, 2011

Media yang bebas dapat tegakkan demokrasi, keadilan, kebenaran, dan integriti

Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, DAP menuntut agar Kerajaan Pusat segera memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memaksa semua penerbitan membaharui permit setiap tahun serta yang memberi kuasa penuh kepada pemerintah untuk menggantung atau membatalkan permit tanpa sebarang alasan kukuh.

Desakan ini bukan sesuatu yang baru. Sejak ia diperkenalkan DAP telah dari awal lagi menentang undang-undang yang zalim ini, sebagaimana tuntutan DAP supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan turut dibubarkan.


Sebaliknya suatu Akta Kebebasan Maklumat atau Freedom of Information(FOI) harus digubalkan untuk menggantikan undang-undang kejam ini yang tidak relevan lagi dalam dunia tanpa sempadan di mana ekonomi kian berteraskan maklumat dan pengetahuan. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah mulakan usaha FOI di Selangor dan Pulau Pinang.

Sunday, May 1, 2011

Malaysia harus belajar daripada Korea Selatan

Malaysia harus belajar daripada Korea Selatan yang GDPnya hanya 1/3 Keluaran Kasar Negara atau GDP Malaysia sebelum tahun 1970, kini 3 kali ganda GDP Malaysia.  GDP per capita sekarang pun lebih dua kali ganda Malaysia kerana penduduknya 49 juta jauh melebihi 27 juta rakyat Malaysia.  Malaysia tidak boleh bergantung kepada alasan mudah kegagalan menandingi Korea Selatan adalah kerana penduduk Malaysia jauh lebih besar.
Salah satu punca utama kebangkitan ekonomi Korea Selatan adalah penekanan dan tumpuan kepada bakat-bakat dan pembangunan sumber manusia.  Inilah perkara yang cuba ditutup bahawa kegagalan dasar ekonomi adalah kegagalan satu dasar pelaksanaan dasar sumber manusia yang mementingkan pekerja dan produktiviti.  Kegunaan pekerja asing dengan kadar gaji yang murah mencacatkan kenaikan gaji selaras dengan peningkatan produktiviti dan penyelidekan dalam teknologi tinggi.  Lagipun latihan semula diberikan bukan kepada pekerja tempatan tetapi pekerja asing yang merugikan negara.