Thursday, June 30, 2011

BN khianati mandat rakyat

Pengerusi DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing ceramah di Kg Petai Bubus, DUN Teluk Pasu pada 28 Jun, 2011

Monday, June 27, 2011

DAP, Suaram gesa Putrajaya bebas segera aktivis, MP Sg Siput

DAP dan pertubuhan bukan kerajaan Suaram menggesa Putrajaya segera membebaskan kesemua aktivis termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput dari Parti Sosialis Malaysia yang ditahan kerana menyatakan sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0.


Dalam satu ucapan di Masai, Johor petang tadi, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pihak polis seharusnya dengan segera membebaskan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar dan aktivis-aktivis lain yang ditahan di Pulau Pinang semalam kononnya mahu menghidupkan semula fahaman komunis.

“DAP meminta agar mereka dibebaskan dengan segera,” kata Lim dalam ucapannya. Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini lewat malam.

Friday, June 24, 2011

Kit Siang dakwa kes trio Datuk T salah guna kuasa mahkamah

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata prosiding kes melibatkan trio Datuk T di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi seolah-olah menunjukkan wujud salah guna proses mahkamah sehingga menggambarkan urusan kehakiman negara menjadi “bahan lucu.”

Justeru, Lim juga menyoal sama ada salah guna proses mahkamah itu sebahagian daripada konspirasi melibatkan Peguam Negara dan polis sehingga kes itu sudah lewat tiga bulan untuk dibawa ke mahkamah.

“Misalnya, juga didakwa bahawa ada keterangan pakar bahawa lelaki dalam video seks itu 99.99 peratus adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

‘Hisham would have jailed his grandpa’

KUALA LUMPUR: Taking Home Minister Hishammuddin Hussein to task over his handling of the Bersih 2.0 rally issue, DAP stalwart Lim Kit Siang ropes in the Umno leader’s late grandfather.

“I would like to ask Hishammuddin would his grandfather be allowed to hold gatherings in Malaya (during the pre-independence period)?” he asked.

In 1946, Hishamuddin’s grandfather Onn Jaafar, along with many Malay leaders at the time, had rallied
against the colonial government’s Malayan Union concept.

Tuesday, June 21, 2011

Kit Siang ajak tadbiran Najib sokong Bersih 2.0

Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini meminta pentadbiran Najib memberikan sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan bulan depan.

Selain itu, Lim (gambar) juga menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memudahkan penganjur Himpunan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan terbesar itu 9 Julai ini dengan aman. - Malaysian Insider

Monday, June 20, 2011

Kit Siang slams inaction over Ibrahim’s veiled threats

KUALA LUMPUR, June 20 — Calling it the most “bloodcurdling and incendiary” statement made in public, DAP’s Lim Kit Siang questioned today Putrajaya’s silence against Perkasa’s warning to ethnic Chinese to “stay home” and “stock up on food” on July 9.

Perkasa president Datuk Ibrahim Ali, who founded the grassroots Malay nationalist group, had yesterday launched a counter-strike to the July 9 public rally organised by electoral reform group Bersih 2.0.
There, he declared “If the Bersih rally is not cancelled... I believe the Chinese community will have to stock up on food”.

Saturday, June 18, 2011

Chua harus menjelaskan mengapa beliau menyokong BN Sarawak yang terlibat dengan rasuah

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu menjelaskan mengapa beliau menyokong dan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang Terlibat dengan rasuah ketika pilihan raya umum Sarawak yang lalu. Dalam satu laporan yang disiarkan oleh Malaysian Insider, Chua menegaskan bahawa DAP akan gagal untuk mengulangi kejayaan pilihan raya Sarawak di Semenanjung Malaysia kerana undi rakyat Cina di Sarawak adalah sebab ketidakpuashati terhadap budaya kroni dan pentadbiran kerajaan negeri yang dituduh rasuah.

Monday, June 13, 2011

Sebuah Suruhanjaya Diraja diperlukan bagi mengkaji kontrak IPP bersama dengan TNB

DAP menyatakan sokongan penuh kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kontrak antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Penjana Tenaga Bebas (IPP). Suruhanjaya Diraja ini akan menentukan sejauh mana perjanjian tersebut memberi beban kepada pengguna berikutan kenaikan tarif elektrik dan memperkenalkan langkah- langkah terbaik bagi mengurangkan atau menghindari beban kewangan yang teruk kepada rakyat.

Friday, June 10, 2011

Ignore mischievous Mahathir, Karpal tells PAS

PETALING JAYA: DAP chairman Karpal Singh dismissed former prime minister Dr Mahathir
Mohamad as being “mischievous” for saying that the former was the winner of the recent PAS elections as the party has discarded its Islamic state agenda.

The veteran lawyer urged his PAS allies not to be influenced by Mahathir’s view, saying: “PAS should not be distracted from its plans to strive for a welfare state despite attacks from Mahathir and others of his ilk in Umno.”

Monday, June 6, 2011

DAP: Rakyat perlu selamat & rasa selamat

NONEWalaupun kadar jenayah menurun, statistik itu tetap tidak dapat mengubah persepsi masyarakat bahawa mereka masih tidak selamat, kata ketua menteri Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Lim Guan Eng berkata, seruan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa masyarakat perlu mengubah persepsi menunjukkan beliau gagal memahami perasaan awam.

"Tan Sri Muhyiddin gagal memahami bahawa orang awam bukan sahaja perlu berada dalam keadaan selamat tetapi mereka juga harus berasa selamat," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Sunday, June 5, 2011

MCA gagal untuk memastikan 86 pelajar cemerlang SPM mendapat biasiswa

- membuktikan Chua Soi Lek gagal DAP tidak akan tunduk terhadap ancaman MCA yang mengguna pakai kaedah Perkasa dengan penggunaan sentimen perkauman, untuk menutup kegagalan mereka mengotakan janji untuk mendapatkan biasiswa pengajian luar negara kepada 86 pelajar cemerlang SPM. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong menyatakan bahawa anugerah tahun ini sebagai 'paling karut' di mana pelajar cemerlang SPM hanya diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian diploma walhal mereka yang mendapat gred yang lebih rendah mendapat tajaan biasiswa pengajian luar negara.

Sebagai reaksi, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah berkeras bahawa kesemua pelajar cemerlang SPM perlu mendapat tajaan biasiswa pengajian luar negara. Walau bagaimanapun, hal ini telah ditolak oleh Kabinet, di mana pelajar-pelajar ini diberikan tajaan biasiswa pengajian di universiti tempatan dan menolak untuk menyenaraikan mereka yang layak menerima biasiswa pengajian luar negara berserta keputusannya.