Penasihat parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata Kerajaan Persekutuan gagal
membuktikan dakwaannya bahawa himpunan BERSIH 3.0 adalah satu cubaan
rampasan kuasa.
Ini jelas terbukti apabila Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Ser Nazri Aziz memberitahu Dewan Rakyat hari ini
bahawa penyokong BERSIH boleh menumbangkan kerajaan menggunakan "garam
dan botol mineral", kata Kit Siang dalam kenyataannya.
Nazri berkata demikian sewaktu menjawab soalan Kit Siang di Parlimen hari ini.
Ahli
parlimen Ipoh Timur itu meminta perdana menteri menjelaskan alasan
kerajaan menganggap perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April sebagai cubaan
merampas kuasa sedangkan peserta himpunan hanya membawa botol air dan
garam.
Tiga mantan ketua polis negara - Tan Sri Musa Hassan, Tun
Hanif Omar dan Tan Sri Rahim Noor - juga pernah mendakwa BERSIH
merupakan cubaan rampasan kuasa, sekali gus menyokong pendirian Najib
Razak.-Mkini
No comments:
Post a Comment