KUALA LUMPUR, 14 JUN: Lawatan Datuk Seri Najib Razak ke United
Kingdom dan Amerika Syarikat pada bulan Mei lalu memakan belanja wang
rakyat hampir RM3 juta.
Dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen Seputeh
Teresa Kok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz
berkata, lawatan ke London, UK untuk menghadiri jamuan makan Putera
Charles pada 13 hingga 15 Mei memakan belanja RM849,175.
Katanya, lawatan kerja Najib ke Amerika pula untuk menghadiri
meysuarat Global Science and Innovation Advisory Council di New York
pada 15 hingga 18 Mei menelan belanja RM1.606 juta.
Manakala belanja para pegawai yang mengiringi lawatan peribadi
Perdana Menteri ke Washington pada 19 hingga 24 Mei pula adalah
RM452,985 juta.
“Sepanjang tempoh lawatan peribadi, kerajaan hanya membiayai
perbelanjaan pegawai kerajaan yang mengiringi YAB Perdana Menteri,” kata
Nazri. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment