KUALA LUMPUR, 9 Jan — DAP hari ini membuat laporan polis berkenaan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar) dan tiga akhbar iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times ke atas dakwaan berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar tersebut pada 8 Januari 2013.
Menurut Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir
Johari, beliau membuat laporan polis atas kenyataan Mohd Puad dalam Utusan Malaysia
yang mengatakan parti tersebut mencetak 100,000 Bible dalam Bahasa
Malaysia menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara
percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
“Dakwaan
Dr Mohd Puad Zarkashi yang disiarkan dalam ketiga-tiga akhbar tersebut
adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Ia merupakan fitnah
jahat yang bertujuan untuk menghasut sentimen perkauman dan agama, serta
untuk membangkitkan kebencian terhadap DAP di kalangan rakyat yang
beragama Islam.
“Sepertimana yang sudah ditekankan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan
Eng dalam kenyataannya semalam, DAP bukan parti yang berkait dengan
mana-mana agama. Pendirian parti menganggap agama itu adalah hal
peribadi dan tidak harus dipergunakan atau dipolitikkan.
“Tambahan pula, DAP tidak mempunyai sumber kewangan ataupun keupayaan
untuk mencetak dan mengedar 100,000 naskhah Bible Bahasa Malaysia
seperti yang didakwa,” kata Zairil dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Zairil, laporan Berita Harian yang bertajuk “DAP
didakwa mahu edar 100,000 Bible Melayu” pula mengulangi dakwaan
tersebut, serta melaporkan bahawa Mohd Puad “mendakwa menerima maklumat
itu daripada sumber sahih tapi enggan mendedahkannya.”
Dalam laporan New Straits Times bertajuk “Bible move a ploy
to win votes”, Mohd Puad telah dipetik sebagai berkata dalam sidang
akhbar di Putrajaya bahawa “The opposition party is planning to print at
least 100,000 copies of the Holy Book and will be distributing it for
free in several states, including Kedah and Kelantan.” (Parti
pembangkang (DAP) bercadang untuk mencetak sekurang-kurangnya 100,000
naskhah Bible dan mengedarkannya secara percuma di beberapa negeri,
termasuk Kedah dan Kelantan.)
“Memandangkan Dr Mohd Puad serta akhbar-akhbar tersebut tidak menarik
balik dakwaan liar mereka atau menyiarkan penjelasan yang dibuat oleh
Setiausaha Agung DAP semalam, maka tindakan untuk membuat laporan polis
telah diambil.
“Justeru, kami berharap dan memohon agar pihak polis mengambil
tindakan siasatan segera ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam
penaburan fitnah yang bahaya ini,” kata Zairil lagi.
Semalam, ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menuntut Mohd Puad
meminta maaf dan juga menarik balik kenyataannya bahawa DAP akan
mencetak 100,000 naskhah Bible Bahasa Melayu.
Lim berkata, kenyataan Mohd Puad langsung tidak masuk akal kerana DAP
tidak pernah terlibat dengan hal ehwal parti, dan sebuah parti sekular.
“Pendirian parti adalah agama merupakan hal peribadi dan tidak harus dipergunakan atau dipolitikkan,” kata Lim lagi.
Wednesday, January 9, 2013
Monday, January 7, 2013
Tony Pua: DAP Pusat bincang isu silap kira undi
Tony Pua
Setiausaha Publisitinya, Tony Pua mengakui kesilapan dalam pengiraan adalah satu kesalahan besar, DAP tetap memandang serius perkara itu dan langkah mengatasi perkara itu akan dilaksanakan segera.
“Sudah pasti perkara ini akan menjadi topik utama dalam mesyuarat nanti.
“Parti akan pastikan perkara ini tidak akan berulang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Dua hari lalu, DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember lepas.
Menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 65 kini menduduki kedudukan 20.
Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.
Pua menambah, dua hari sebelum pengumuman mengenai keputusan pengiraan semula undi dibuat, proses pengundian dipantau oleh juruaudit dalaman yang diketuai Dr Ong Tian Meng dan juruaudit luar.
“Langkah ini diambil supaya kesilapan kali kedua tidak akan berlaku.
“Apa yang berlaku adalah kesilapan manusia yang tidak disengajakan," katanya lagi.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, apa yang berlaku adalah masalah teknikal oleh pengira undi, bukan apa yang disengajakan.
“Saya percaya pegawai pengira undi kita akan lebih berhati-hati semasa melaksanakan tugas dalam pemilihan parti yang akan datang.
“Saya hanya boleh berkata pekerja kita haruslah lebih berhati-hati semasa buat pengiraan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga pernah membuat kesilapan yang sama juga,” katanya yang juga Pengerusi DAP Selangor.
Ketika mengulas mengenai kritikan beberapa pemimpin dari Barisan Nasional berhubung isu itu, Kok berkata, apa yang dilakukan oleh BN dan media pro mereka memang sudah dijangkakan.
“Kami sudah menjangkakan perkara itu, maka sebab itulah kami mahu umumkan pembetulan pengiraan undi.
“Inilah harga yang kami perlu bayar apabila kami mengakui kesilapan,” jelasnya lagi. - Sinar Harian
Saturday, January 5, 2013
BN Perak didesak menjawab 7 soalan skandal tanah mereka – Datuk Ngeh Koo Ham
IPOH, 4 JAN: Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
didesak menjawab tujuh soalan penting mengenai isu pemberian tanah oleh
kerajaan negeri kepada pihak tertentu yang masih dipertikai hingga
sekarang.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, fitnah terhadap beliau dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengenai pemberian kawasan balak oleh Kerajaan Negeri Kelantan sudah dijawab dengan panjang lebar dan jelas.
“Sekarang giliran Menteri Besar BN Perak menjawab tujuh persoalan itu kepada rakyat mengenai pemberian tanah kepada pihak tertentu,” kata Ngeh dalam satu kenyataan, semalam.
Tujuh persoalan yang ditimbulkan tetapi sehingga kini enggan dijawab Zambry walaupun didesak pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, baru-baru ini adalah.
* Nyatakan penerima tanah seluas 68,503 ekar yang diluluskan dengan nilai sekitar RM375 seekar tanpa tender terbuka.
* Mengapa tanah seluas enam ekar di bandar Sitiawan dianugerah kepada Kinta Berkat Sdn Bhd tanpa tender terbuka dan apakah syaratnya.
* Mengapa tanah seluas 15 ekar di Mukim Lumut diluluskan kepada Realty Axis Sdn Bhd tanpa tender terbuka?
* Mengapa tanah seluas 32,07 ekar (lot 6593) di Mukim Kamunting diluluskan kepada YBU Holding Sdn Bhd tanpa tender terbuka?
* Mengapa tanah seluas 147,84 ekar di Mukim Lumut diluluskan untuk dibangunkan oleh Kinta Berkat Sdn Bhd tanpa tender terbuka?
* Mengapa tanah seluas 58 ekar di bandar Lumut diluluskan untuk J & S Holdings Sdn Bhd tanpa tender terbuka?
* Dan mengapa tanah seluas 40 ekar di Perak Tengah (Sri Iskandar) yang diluluskan kepada Toyo Chemicals Sdn Bhd juga tanpa tender terbuka?
Dalam kenyataannya sebelum ini Ngeh percaya isu ‘rasuah tanah’ yang dikaitkan dengannya dan Nga adalah untuk mengalihkan perhatian umum mengenai skandal tanah kerajaan BN Perak yang dibongkar sejak tahun lalu.
“Kami hairan mengapa Zambry sampai hari ini terus membisu bila diajukan mengenai anugerah tanah yang dibongkar pada persidangan DUN Perak,” ujarnya. – Roketkini.com

Wednesday, January 2, 2013
Biar 2013 menamatkan pencacatan negara dan membawa era transformasi yang sebenar
Hampir empat tahun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah
menjanjikan satu demi satu program transformasi - kerajaan, ekonomi,
politik, pendidikan, sosial dan sebagainya dengan slogan 1Malaysia di
bawah satu demi satu agensi.
Yang dicapai oleh semua pengumuman dan inisiatif itu adalah gelaran "Negara Akronim" sementara pencacatan negara dalam semua aspek kehidupan masih berterusan.
Empat tahun pemerintahan Najib akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pentadbiran yang penuh dengan menjunamnya pelbagai indeks global dan hakikat yang tidak enak ini telah ditonjolkan melalui tiga laporan antarabangsa dalam bulan terakhir tahun ini, iaitu:
Rasuah - Dalam empat tahun pemerintahan Najib, kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) Malaysia jatuh ke paras paling rendah dalam tempoh 18 tahun - No. 56 pada 2009 dan 2010, No. 60 pada 2011 dan No.54 pada 2012 dibandingkan dengan kedudukan paling teruk No. 23 di bawah Mahathir dan No. 47 di bawah Tun Abdullah - menunjukkan rasuah di bawah Perdana Menteri kini lebih buruk daripada di bawah semua Perdana Menteri sebelumnya, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.
No.1 di dalam larian modal per kapita: Laporan Global Finance Integrity menunjukkan berdasarkan per kapita, Malaysia dengan populasi 28 juta, berada di tempat No.1 dalam pengaliran keluar wang haram - sama ada dalam bentuk wang gelap yang mengalir keluar daripada negara pada 2010, yakni sebanyak RM196.8 bilion, atau pada dekad lalu (2000-2010), sejumlah RM871 bilion atau sama dengan RM31,000 setiap seorang pendudukan negara dengan populasi 28 juta.
Kejatuhan berganda tahap matematik dan sains pelajar Malaysia dibandingkan dengan negara luar juga dengan kumpulan sebelumnya - Di dalam TIMSS 2011 untuk pelajar gred lapan, Malaysia berada di kedudukan No. 26 dengan mata 440 daripada 1,000 untuk matematik malah lebih rendah untuk sains pada kedudukan No. 32 dengan mata 426, kedua-duanya di bawah purata antarabangsa. Itu juga merupakan mata terburuk untuk Malaysia di dalam empat TIMSS dari 1999 hingga 2011, misalnya matematik jatuh sebanyak 79 markah daripada 519 pada 1999 sehingga 440 pada 2011; di dalam sains, jatuh sebanyak 66 poin daripada 492 pada 1999 kepada 426 poin pada 2011.
Ini bukan petanda transformasi negara tetapi deformasi (pencacatan) negara.
Biar 2013 menamatkan pencacatan negara dan membawa era transformasi yang sebenar dengan memilih kerajaan Pakatan Rakyat buat pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun.
Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua rakyat Malaysia.

Lim Kit Siang
Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur
Subscribe to:
Posts (Atom)