Setiausaha Publisitinya, Tony Pua mengakui kesilapan dalam pengiraan adalah satu kesalahan besar, DAP tetap memandang serius perkara itu dan langkah mengatasi perkara itu akan dilaksanakan segera.
“Sudah pasti perkara ini akan menjadi topik utama dalam mesyuarat nanti.
“Parti akan pastikan perkara ini tidak akan berulang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Dua hari lalu, DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember lepas.
Menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 65 kini menduduki kedudukan 20.
Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.
Pua menambah, dua hari sebelum pengumuman mengenai keputusan pengiraan semula undi dibuat, proses pengundian dipantau oleh juruaudit dalaman yang diketuai Dr Ong Tian Meng dan juruaudit luar.
“Langkah ini diambil supaya kesilapan kali kedua tidak akan berlaku.
“Apa yang berlaku adalah kesilapan manusia yang tidak disengajakan," katanya lagi.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, apa yang berlaku adalah masalah teknikal oleh pengira undi, bukan apa yang disengajakan.
“Saya percaya pegawai pengira undi kita akan lebih berhati-hati semasa melaksanakan tugas dalam pemilihan parti yang akan datang.
“Saya hanya boleh berkata pekerja kita haruslah lebih berhati-hati semasa buat pengiraan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga pernah membuat kesilapan yang sama juga,” katanya yang juga Pengerusi DAP Selangor.
Ketika mengulas mengenai kritikan beberapa pemimpin dari Barisan Nasional berhubung isu itu, Kok berkata, apa yang dilakukan oleh BN dan media pro mereka memang sudah dijangkakan.
“Kami sudah menjangkakan perkara itu, maka sebab itulah kami mahu umumkan pembetulan pengiraan undi.
“Inilah harga yang kami perlu bayar apabila kami mengakui kesilapan,” jelasnya lagi. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment