Wednesday, April 17, 2013

DAP cabar MIC nyata pendirian ke atas Zul Noordin

Penyandang kerusi parlimen Puchong Gobind Singh Deo mencabar pemimpin MIC dan calon BN untuk menyatakan pendirian ekoran tindakan parti berkenaan menamakan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin sebagai calonnya untuk kerusi parlimen Shah Alam.

Cabarannya itu timbul ekoran tuntutan dari kumpulan NGO dan parti politik mewakili masyarakat India yang masih tidak berpuas hati dengan permohonan maaf Zulkifli atas satu kenyataan didakwa menghina penganut Hindu.

Menurut Gobind, keputusan BN untuk menamakan Zulkifli sebagai calon itu merupakan satu tamparan oleh Umno kepada MIC dan juga pemimpin India lain dalam parti tersebut.

"Pemimpin MCA dan semua calon BN mesti membuat pendirian. Adakah mereka menyokong pencalonan Zulkifli dan pilihan perdana menteri untuk (kerusi) Shah Alam?," kata Gobind.

Kenyataannya itu merujuk kepada kenyataan Zulkifli dalam satu video yang antara lainnya menceritakan perbualan pemimpin PERKASA itu dengan seorang penjual berhala Hindu di Kuala Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir.

Perbualan itu antaranya memuatkan persoalan sekitar kenapa tuhan di kedai itu tidak menahan air daripada memasuki kedai itu.

Zulkifli memohon maaf atas kenyataan tersebut, yang menurutnya dibuat ketika beliau taksub dengan ideologi PAS.

Kumpulan NGO mewakili masyarakat India bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataan maaf itu.

Dalam kenyataan hari ini, Gobind turut menimbulkan mengenai kemarahan pemimpin MIC ke atas pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia Ridhuan Tee Abdullah sebelum ini, atas satu tulisan yang turut mengguris perasaan masyarakat India.

Malah, pemimpin MIC Vell Paari juga sebelum ini mengancam untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat sekiranya tiada tindakan dikenakan ke atas Ridhuan.

Tulisan Ridhuan, yang disiarkan Sinar Harian pada pertengahan Februari lalu, antara lainnya mempersoalkan perayaan Thaipusam dan pembinaan rumah ibadat bukan Islam selepas pilihan raya umum ke-12.

"Pernahkah kita bersungut ketika perayaan Thaipusam? Seminggu sebelum perayaan, seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak.

"Kenderaan diparkir sesuka hati. Lautan manusia satu warna berhimpun, seolah-olah tidak ada warna lain lagi di negara ini," kata Ridhuan dalam tulisan berkenaan.

Akhbar Sinar Harian terpaksa memohon maaf atas penyiaran tulisan berkenaan, namun ia tetap dipertahankan PERKASA yang berpendapat Ridhuan tidak perlu meminta maaf.

Sehubungan itu, menurut Gobind, tindakan Najib menamakan Zulkifli sebagai 'calon transformasi' di Shah Alam merupakan tindakan yang tidak mempedulikan perasaan masyarakat India.

"MIC perlu menyatakan pendirian atas perkara yang amat serius ini. Mereka tidak boleh bercakap berdentam-dentum, dan kemudian meminta rakyat Malaysia menyokong BN.
"Jika MIC terus berdiam diri, yang mana mereka mungkin berbuat demikian kerana tiada keberanian untuk berdepan dengan Umno bagi mempertahankan masyarakat India, maka Vell Paari mesti melakukan sepertimana yang diancamnya sebelum ini, iaitu keluar dari MCA dan menggesa orang India agar tidak menyokong BN dalam pilihan raya kali ini," katanya.-Mkini

Monday, April 15, 2013

Jangan DiTipu Oleh BN

Veteran Melayu DAP Ahmad Ton berkongsi dengan anda prinsip-prinsip DAP.
Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

Sunday, April 14, 2013

DAP bidas Mahathir keluar kenyataan ‘bodoh’ takutkan rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR, 12 APR: Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan kemenangan DAP di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum adalah berbahaya, lapuk dan tidak waras.

Senator Dr Ariffin Omar berkata ketika diminta mengulas kenyataan tidak bertanggungjawab Dr Mahathir itu dalam blognya hari ini dan dipetik media.

Dr Mahathir dengan sewenang-wenangnya mendakwa kemenangan Lim Kit Siang “akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci di kalangan orang Cina ke atas orang Melayu,”

Kata Dr Ariffin, rakyat Malaysia sudah mula sedar bahawa UMNO sememangnya sebuah parti perkauman, tidak jujur dan menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat dengan momokan kaum demi kepentingan politik mereka.

“Kalau dia (Mahathir) nak sokong UMNO, sokonglah. Tak siapa pun akan peduli. Ini negara demokrasi. Tapi jangan buat kenyataan ‘nyanyuk’ seperti ini untuk takutkan orang ramai.

“DAP, kita memang berdiri atas prinsip perpaduan kaum. Lim Kit Siang bukan manusia bodoh nak timbulkan kekacauan kaum sebab daripada sudut politik, dia pun perlukan undi Melayu,” jelas beliau.
Dr Ariffin berkata, kenyataan Dr Mahathir seperti yang dilaporkan media sebelum ini bakal memerangkap UMNO sendiri di Johor khususnya.

“Kalau UMNO nak letak calon mereka ganti calon MCA di Gelang Patah, mereka juga perlukan sokongan dan undi orang Cina,” katanya.

Sehingga kini, jentera kempen DAP di Johor terutamanya di Gelang Patah tidak berhadapan dengan masalah malah menerima sambutan baik masyarakat setempat dalam setiap program anjuran DAP atau anjuran bersama Pakatan Rakyat (PR).-Roketkini.com

Thursday, April 11, 2013

DAP ikrar bantu PAS, PKR menang 11 kerusi ditandingi, kuburkan BN di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR, 11 APRIL: DAP akan memastikan semua 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dimenangi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lim Lip Eng mahu agar DAP tidak hanya bekerja untuk kawasan pilihan rayanya semata-mata, tetapi turut membantu rakan Pakatan Rakyat (PR), PAS dan PKR dalam kempen pilihan raya di kawasan yang ditandingi mereka.

“Kami juga akan pastikan Parlimen Lembah Pantai terus kekal disandang Nurul Izzah Anwar. Saya minta sebolehnya kita semua all-out untuk pastikan Lembah Pantai kekal bersama PR,” katanya yang juga penyandang Parlimen Segambut pada satu majlis semalam.

Menurut Lip Eng, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik kini menunjukkan sikap sebenar beliau apabila tidak komited menjalankan tugas sebagai menteri bagi seluruh kawasan di Kuala Lumpur.

“Apa yang dia buat untuk Kuala Lumpur? Apa yang dia buat kepada peruntukan tahunan bagi Kuala Lumpur? Nampaknya sekarang mungkin dia sudah pegang portfolio Menteri di Lembah Pantai,” soalnya dengan nada menyindir.

Kenyataan beliau dikukuhkan lagi apabila Raja Nong Chik dilihat terlalu obses untuk menang di Lembah Pantai yang bakal ditandinginya.

“Kita boleh lihat perbezaan yang jelas antara Lembah Pantai dan tempat lain di Kuala Lumpur,” katanya.

Pada PRU 2008 lalu, calon PKR, Nurul Izzah berjaya menewaskan Naib Ketua Wanita UMNO ketika itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti 2,895 undi.-Roketkini.com