Sunday, April 14, 2013

DAP bidas Mahathir keluar kenyataan ‘bodoh’ takutkan rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR, 12 APR: Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan kemenangan DAP di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum adalah berbahaya, lapuk dan tidak waras.

Senator Dr Ariffin Omar berkata ketika diminta mengulas kenyataan tidak bertanggungjawab Dr Mahathir itu dalam blognya hari ini dan dipetik media.

Dr Mahathir dengan sewenang-wenangnya mendakwa kemenangan Lim Kit Siang “akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci di kalangan orang Cina ke atas orang Melayu,”

Kata Dr Ariffin, rakyat Malaysia sudah mula sedar bahawa UMNO sememangnya sebuah parti perkauman, tidak jujur dan menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat dengan momokan kaum demi kepentingan politik mereka.

“Kalau dia (Mahathir) nak sokong UMNO, sokonglah. Tak siapa pun akan peduli. Ini negara demokrasi. Tapi jangan buat kenyataan ‘nyanyuk’ seperti ini untuk takutkan orang ramai.

“DAP, kita memang berdiri atas prinsip perpaduan kaum. Lim Kit Siang bukan manusia bodoh nak timbulkan kekacauan kaum sebab daripada sudut politik, dia pun perlukan undi Melayu,” jelas beliau.
Dr Ariffin berkata, kenyataan Dr Mahathir seperti yang dilaporkan media sebelum ini bakal memerangkap UMNO sendiri di Johor khususnya.

“Kalau UMNO nak letak calon mereka ganti calon MCA di Gelang Patah, mereka juga perlukan sokongan dan undi orang Cina,” katanya.

Sehingga kini, jentera kempen DAP di Johor terutamanya di Gelang Patah tidak berhadapan dengan masalah malah menerima sambutan baik masyarakat setempat dalam setiap program anjuran DAP atau anjuran bersama Pakatan Rakyat (PR).-Roketkini.com

No comments: