Sambutan Hari Merdeka sepatutnya satu sambutan kebangsaan yang
menyatupadukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri
atau pendirian politik dalam satu usaha menyeluruh untuk pembangunan
negara yang akan melahirkan negara yang lebih berdemokratik, adil,
berdaya saing dan negara yang makmur – dan mana-mana usaha oleh
mana-mana puak untuk merampas erti sebenar sambutan Hari Merdeka yang
hanya akan mengakibatkan perpecahan diantara kaum mesti dikecam.
Ramai anak bangsa Malaysia berasa sedih dengan sambutan Hari Merdeka
Ke-55 tahun ini bukan kerana perasaan takut akan kadar jenayah di
tempat awam mahupun didalam rumah kediaman sendiri tetapi disebabkan
suara negatif yang menyemai benih kebencian diantara kaum yang bertujuan
untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia terutamanya dengan
mempropagandakan isu perkauman dan keagamaan.
Sambutan Hari Merdeka adalah satu sambutan kebangsaan bukan untuk
mana-mana indivisu, kumpulan, komuniti atau parti politik. Ianya bukan
eksklusif bagi Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Ianya untuk semua
rakyat Malaysia.
Masa sudah tiba untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,
agama, negeri atau pendirian politik untuk sama-sama menyambut Hari
Kemerdekaan Ke-55 sebagai satu entiti rakyat Malaysia untuk menenun
bersama dan menentukan masa depan tanahair dimana kebebasan, keadilan,
integriti serta pentadbiran yang lebih telus dimartabatkan untuk
berkembang di negara ini yang boleh dinikmati oleh semua warganya.
Friday, August 31, 2012
Saturday, August 25, 2012
Cadangan menggubal undang-undang anti-katak bukan perihal Kebebasan Berpersatuan tetapi perihal Pengkhianatan Amanah Awam
Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz salah kerana
menyatakan bahawa cadangan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menggubal
undang-undang “anti-katak”, dengan menggunakan alasan bahawa ia
bertentangan dengan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti yang
dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Cadangan pindaan perlembagaan
negeri untuk meluluskan undang-undang anti-katak ini bukan perihal
kebebasan berpersatuan tetapi perihal pengkhianatan amanah awam serta
pengkhianatan prinsip-prinsip asas demokrasi perwakilan dan
kebertanggungjawaban.
BN sendiri tidak memberi kebebasan berpersatuan yang penuh apabila ia menghalang pendaftaran organisasi-organisasi atau kesatuan-kesatuan sekerja tertentu. Kebebasan berpersatuan menjamin hak rakyat untuk meninggalkan atau menyertai mana-mana parti politik yang diingini.
Namun demikian, untuk seseorang wakil rakyat yang dipilih atas tiket parti untuk melompat adalah tindakan yang tidak bermoral, tidak beretika dan tidak berprinsip yang tidak menghormati pilihan demokratik rakyat. Jika mereka dipilih atas tiket sesebuah parti dan ingin meninggalkan parti tersebut, mereka harus letak jawatan dan membenarkan rakyat memilih semula. Demokrasi, kebertanggungawaban dan etika bererti bahawa rakyat harus diberi peluang untuk mengadili sama ada keputusan wakil rakyat untuk melompat parti itu boleh diterima atau tidak.
Presiden MCA Chua Soi Lek salah kerana mendakwa bahawa DAP tidak konsisten kerana menerima kemasukan 2 bekas ahli UMNO, iaitu bekas Adun Pulau Manis Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz serta blogger Aspan Alias awal tahun ini. Kedua-dua mereka ini telah menunaikan hak untuk berpersatuan dengan menyertai DAP. Oleh kerana mereka berdua bukanlah wakil rakyat, isu pengkhianatan amanah awam atau prinsip demokratik tidak timbul.
Walaubagaimanapun, kenyataan Nazri adalah betul bahawa Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa kelulusan undang-undang anti-katak bercanggah dengan Perlembagaan sepertimana dalam kes Dewan Undangan Negeri v Nordin Salleh pada tahun 1992. Kerajaan negeri Pulau Pinang percaya bahawa keputusan mahkamah itu adalah salah dan harus ditimbang semula. Terdapat duluan di mana Mahkamah Persekutuan telah mengakaskan keputusan terdahulu yang didapati salah.
Dalam kes Adorna Properties v Boonsom Boonyanit (2000), Mahkamah Persekutuan (diketuai Ketua Hakim Eusoffe Chin) telah membenarkan pelucutan tanah Puan Boonyanit akibat angkara penipu yang telah menjual tanahnya kepada pihak ketiga. Selama 10 tahun, keputusan ini telah menyebabkan kesukaran kepada pemilik-pemilik tanah yang tidak mempunyai jalan keluar sekiranya hartanah mereka dijual oleh penipu kepada pihak ketiga tanpa persetujuan mereka. Akhirnya pada tahun 2010, Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Ying Hong telah mengakaskan keputusan terdahulu kes Boonsom Boonyanit, atas asas bahawa kesilapan dalam keputusan tersebut adalah “amat jelas dan terang”.
Sepertimana Mahkamah Persekutuan telah mengkaji semula dan mengakaskan keputusan dalam kes Boonsom Boonyanit yang telah membenarkan pemilik tanah untuk ditipu, mereka juga harus mengkaji semula dan mengakaskan keputusan dalam kes Nordin Salleh yang telah mengakibatkan penipuan rakyat Malaysia sebanyak dua kali dalam pemilihan kerajaan negeri. Masa sudah tiba untuk memulangkan hak untuk memilih kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang & Ahli Parlimen Kawasan Bagan
Wednesday, August 22, 2012

Ketua
Pemuda DAP Anthony Loke (kiri) dan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh
(kanan) berharap kempen nasional "Alamak! Kena Register!" akan
menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pengundi.
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — DAP akan melancarkan kempen nasional bagi menggalakan orang ramai mendaftar sebagai pengundi terutamanya orang muda, kata Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.
“DAP dan sekutunya melancarkan kempen nasional untuk menggalakkan orang mendaftar untuk mengundi,” kata Loke dalam sebuah sidang akhbar di pejabat DAP hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Rasah itu, jumlah yang masih belum mendaftar sangat tinggi iaitu seramai 3.3 juta orang atau 20.5 peratus dari 16.2 juta warga yang layak mengundi.
Pengundi baru mendaftar akan menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung selewat-lewatnya April tahun hadapan.
Loke berkata, warga yang layak mengundi perlu mendaftar selewat-lewatnya 15 September 2012 untuk berpeluang mengundi jika pilihan raya berlangsung pada Januari 2013.
“Pada pilihan raya 2008, Barisan Nasional memperoleh 4.08 juta undi, lebih 280,000 undi berbanding dengan Pakatan Rakyat dengan 3.79 undi.
“Untuk menggalakkan pengundi baru mendaftar, kempen ini akan dilancarkan dalam masa tiga minggu dari sekarang."
“Terdapat lebih dari 40 tempat akan disediakan untuk menjadi pusat pendaftaran, antaranya di kompleks membeli belah, pasar pagi, pasar malam dan pusat perkhidmatan kami di seluruh negara."
“Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari laman web Reg2Vote.com dan pertanyaan di email kami di info@reg2vote.com,” katanya dalam sidang medianya hari ini.
DAP juga melancarkan kempen pendaftaran melalui Youtube dalam video “Alamak! Kena Register!” pada hari Sabtu yang lalu dan ditonton sebanyak 7,000 pelawat setakat ini.
Menurut Loke lagi, mereka juga akan melancarkan kempen ini melalui blog, Twitter dan Facebook, di mana DAP mempunyai 450,000 orang mengikuti laman Facebook rasmi parti tersebut.
Mereka juga berharap melalui kempen ini mereka dapat mendaftarkan lebih ramai pengundi baru sebelum 15 September 2012 untuk memastikan mereka dapat mengundi sekiranya pilihan raya berlangsung pada Januari 2013.
Friday, August 17, 2012
Ahli DAP Menjunjung Perlembagaan Negara
Dalam konteks Malaysia, ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang
menjunjung Perlembagaan negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai
agama Persekutuan.
Justeru, melabelkan DAP sebagai kafir harbi, iaitu istilah bagi bukan Islam di luar negara umat Islam, yang menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam, adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.
Demikian dijelaskan Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat,Dr Khairuddin Razali (gambar) dalam satu kenyataan.
Beliau menjelaskan, dalam konteks hubungan antara PAS yang menetapkan dasarnya al-Quran dan Sunnah dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan Rakyat, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Dalam konteks Malaysia, ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan.
DAP juga tidak menentang Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi Malaysia dengan memberontak secara bersenjata.
Oleh itu, DAP merupakan warga negara Malaysia yang taat.
Melabelkan DAP sebagai kafir harbi, iaitu istilah bagi bukan Islam di luar negara umat Islam, yang menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam, adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.
Dalam konteks hubungan antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang menetapkan dasarnya al-Quran dan Sunnah dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan Rakyat, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.
Malah ikatan janji antara PAS dan DAP ialah untuk menentang sebarang bentuk penyelewengan pengurusan negara, menentang kezaliman polisi-polisi pemerintahan negara, mempertahankan perlembagaan Malaysia yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Oleh itu, menyokong calon-calon pilihan raya DAP di kalangan bukan Islam yang bersepakat mengikat janji dengan Parti Islam Se-Malaysia dalam PRU13 nanti adalah tidak haram, malah ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar’iyyah yang bermatlamat menolak dan menentang sebarang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dan menegakkan kebenaran.
Pakatan Rakyat telah bersepakat dan berjanji setia untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia khususnya dalam 4 perkara, antaranya Islam sebagai agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-raja Melayu, hak Istimewa Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Oleh itu, pakatan antara PAS, DAP dan PKR ini menepati dan selaras dengan tuntutan Islam yang menganjurkan sebarang kerjasama atas dasar kebajikan dan taqwa.

Subscribe to:
Posts (Atom)