SHAH ALAM - Syarat tidak kurang 30 hari tinggal di Malaysia yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas pengundi tinggal
di luar negara perlu digugurkan atas alasan ia tidak dibincangkan oleh
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Sistem
Pilihan Raya.
Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, SPR perlu menghormati
keputusan yang telah dibuat oleh PSC dan perkara yang telah dipersetujui
sebelum ini.
Beliau berkata, syarat tinggal tidak kurang 30 hari akan menyukarkan proses pilihan raya.
"Syarat tambahan baru (tinggal tidak kurang 30 hari) itu, perlu digugurkan.
"... lagipun syarat itu tak pernah dibincangkan sebelum ini pada
mesyuarat PSC, memanglah SPR ada kuasa, tapi mereka perlu hormat
keputusan PSC.
"Syarat baru ini juga akan menyukarkan proses mengundi (membabitkan)
pengundi luar tersebut," katanya kepada Sinar Harian Online.
Kelmarin, media melaporkan syarat kelayakan pengundi luar negara yang
ditetapkan SPR, antaranya mesti pernah kembali ke tanah air dalam tempoh
lima tahun terakhir dan tinggal tidak kurang 30 hari, adalah munasabah.
SPR berkata, syarat itu cukup ringan dan sesuai kerana negara-negara
Komanwel seperti Australia dan Kanada turut menetapkan syarat sama
manakala di Singapura menetapkan syarat tiga bulan.
Mengulas lanjut, Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dan bekas anggota
PSC berkata, syarat pulang sekali dalam tempoh lima tahun yang
ditetapkan SPR itu adalah munasabah.
Namun beliau berkata, semua syarat baru yang ditambah perlu
dibincangkan kepada PSC walaupun SPR mempunyai hak untuk menentukan
syarat pilihan raya.
"PSC adalah suara ramai wakil Ahli Parlimen, suara rakyat, jadi
sebarang keputusan atau syarat baru perlu dibincangkan dengan PSC.
"Pulang sekali dalam tempoh lima tahun, saya setuju tetapi tidak perlu
letak syarat 30 hari itu," katanya yang sebelum ini pernah menggesa SPR
mengkaji semula syarat itu.
(TG Nik Aziz memotong kek harijadinya yang ke 82 yang disediakan Karpal Singh)
PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat, mengakui beliau begitu teruja apabila dihadiahkan
sebiji kek yang tertera tiga parti di bawah Pakatan Rakyat sebagai
hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.
Hadiah kek berkenaan
diberikan Pengerusi DAP Karpal Singh, semalam ketika bertandan ke rumah
pemimpin parti itu di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang semalam.
Kek
yang tertera hiasan logo tiga parti di bawah Pakatan Rakyat itu,
tertera tulisan di atasnya, Selamat Hari Ulang Tahun Tuan Guru ke-82.
Dengan
perpaduan yang harmoni itu sekaligus membuktikan pakatan kerjasama
parti itu tidak pernah goyah walaupun sering disensasikan oleh media
terhadap dua orang pemimpin tertinggi dua-dua parti itu.
Menteri
Besar Kelantan itu ketika mengenang kembali saat-saat gembira itu
berkata, kunjungan pertama kali ke kediaman Karpal Singh memberikan
pengertian yang cukup bermakna.
“Saya begitu terkejut di atas penghormatan yang diberikan kepada saya yang langsung tidak saya duga selama ini.
“Saya
rasa gembira kerana perasaan Islam fobia langsung tidak wujud khususnya
sejak kita sering mengadakan pendekatan yang harmoni bersama
mereka,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Harakah dan Harakahdaily di Putik pagi tadi sekembalinya dari Kedah dan Pulau Pinang.
Menurutnya,
walaupun beliau dalam keadaan letih kerana mempunyai jadual padat di
sebelah utara itu, namun beliau cukup gembira di atas sambutan pimpinan
bukan Islam khususnya dari rakan Pakatan Rakyat terutamanya DAP.
Menurutnya, kecaman hubungan baik dengan bukan Islam bukan hanya diterima zaman ini, sebaliknya sejak Rasulullah lagi.
“Andainya bukan jemaah Islam memberikan gambaran baik tentang agama Islam, siapa lagi, nak harapkan Umno?”soalnya.
Katanya,
sekarang ini tugas jemaah Islam memperkenalkan kesucian agama itu pada
pihak luar disamping akhlak yang ada padanya (Islam).
Katanya, dakwah Islam sering disampaikan pada DAP dan PKR dalam ucapan dan perbincangan, untuk menerima terpulang pada mereka.
Parti BN mengatakan akan menang majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2013"
merupakan berita utrama The Malaysian Insider semalam, melaporkan
bahawa pemimpin BN yakin BN akan menang majoriti dua pertiga parlimen
dalam PRU13.
Bagaimanapun, hanya seorang pemimpin UMNO, ketua propagandanya,
Datuk Ahmad Maslan, telah secara terbuka mengisytiharkan bahawa "BN akan
menang majoriti dua pertiga, lebih baik daripada 2008".
Tidak ada pemimpin BN yang dipetik kerana mempunyai keyakinan
sedemikian, termasuklah naib presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung,
pemimpin MCA yang dipetik di dalam laporan itu.
Apakah alasan yang meyakinan Ahmad?
Aneh, rekod memerangi rasuah dan mengurangkan jenayah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah antara alasannya.
Tidaklah mengejutkan apabila ketua propaganda UMNO, Ahmad cuba untuk
menolak undian pandangan terbaru oleh Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menunjukkan 78 peratus
daripada undian menyatakan integriti dan penyalahgunaan kuasa oleh
pemimpin BN akan memberikan kesan kepada sokongan pengundi dalam PRU13.
Akan tetapi apa yang tidak dapat dibayangkan adalah kepimpinan
UMNO/BN mampu berasa bangga dan berlagak dengan rekod empat tahun
pentadbiran Najib dalam memerangi rasuah dan mengurangkan jenayah,
apabila kedua-dua agenda ini merupakan antara kegagalan besar Program
Transformasi Kerajaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sejak
empat tahun lalu, membangkitkan persoalan sama ada pentadbiran Najib
berpijak di bumi nyata atau hidup di dalam dunia mereka sendiri.
Kita cuma perlu merujuk kepada satu indikator pencegahan rasuah -
laporan tahunan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International
(TI) dari 1995-2012 yang menunjukkan bahwa empat tahun pemerintahan
Najib mempunyai rekod buruk sebagai pemerintahan yang paling korup
dibandingkan dengan Perdana Menteri Malaysia sebelumnya.
Malaysia berada pada kedudukan ke-23 daripada 41 negara oleh CPI TI
pada tahun 1995, menjunam ke No. 37 pada 2003 sewaktu Dr. Mahahatir
Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri, dan terus menjunam ke
kedudukan 47 apabila Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri pada tahun 2008.
Dalam tempoh empat tahun Najib menjadi Perdana Menteri, CPI TI
Malaysia menjunam lebih teruk - No. 56 pada 2009 dan 2010, No. 60 pada
2011 dan No. 54 pada 2012.
Dari segi jenayah pula, kematian seorang kanak-kanak enam tahun yang
hilang, William Yau Zhen Zhong telah menonjolkan hakikat yang
menyakitkan tentang Malaysia, bahawa selain pemimpin dan para Menteri
UMNO/BN yang terpelihara keselematan mereka, negara ini tidak selamat,
sama ada untuk warganya, pelancong, pelabur malah untuk kanak-kanak
seperti William!
Sebelum tsunami politik 2008, Hishammuddin menonjol sebagai salah
seorang pemimpin UMNO/BN yang menghidap sindrom penafian dalam menafikan
yang pelbagai episode julang keris yang beliau lakukan sebagai Pemuda
UMNO telah menjauhkan rakyat Malaysia pertengahan, menyebabkan beliau
menjadi penyebab terbesar kejatuhan UMNO/BN pada 2008.
Adakah Hishammuddin sekali lagi akan menonjol sebagai pemimpin
UMNO/BN dalam pentadbiran waktu ini yang menghidap sindrom penafian
dalam cuba menafkan bahawa kadar jenayah yang semakin buruk dan
kebimbangan terhadap jenayah di Malaysia sejak empat tahun lalu telah
menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan dan legitimasi kelansungan
pemerintahan kerajaan UMNO/BN dan sekali lagi menjadi punca terbesar
kejatuhan UMNO/BN di dalam PRU13?
Lim Kit SiangKetua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur
Senjata terakhir untuk menyelamatkan perikatan UMNO/BN daripada
dihantar ke bangku Pembangkang ialah dengan mewujudkan perpecahan di
dalam Pakatan Rakyat dengan memisahkan PAS dan DAP.
Tindakan itu mencerminkan tahap terdesaknya pemimpin, propagandis
dan tukang putar UMNO/BN mengenangkan peluang mereka untuk
mempertahankan Putrajaya dalam PRU13 yang semakin hampir sehingga
keterdesakkan itu terpapar di dalam harapan dan strategi mereka.
Salah seorang tukang putar media UMNO/BN semalam menganjurkan bahawa “Pakatan parties may go own way”,
berdasarkan andaian “Dengan peluang menawan Putrajaya semakin tipis,
PAS dan DAP mungkin mahu merampas negeri yang mereka suka”.
Beliau menyatakan:
“IS there a case to be made that DAP and Pas may be privately
ditching the idea of taking over Putrajaya and are preparing themselves
to keep the spoils of March 2008 instead?
“DAP, for instance, may want to be the biggest opposition group in
the land, with one or two states in its hands, and Pas with its
continued hold on Kelantan.
“This is especially so when the prognosis of Pakatan Rakyat's
performance for the next general election is generally believed to be
less sterling than what supporters are made to believe.
“Apart from hardcore and partisan supporters, sober political
observers, from all sides of the political divide, share a rather common
reading that the chances of Pakatan taking over Putrajaya in the 13th
general election are rather slim. It is not impossible, but it is slim. “Or, to put it another way, there is a strong likelihood that Barisan Nasional will be returned to power at the federal level.”
Pemimpin, propagandis dan tukang putar UMNO/BN yang merupakan mangsa
fantasi mereka sendiri memandangkan “pemerhati politik yang waras” dan
bebas memikirkan sungguhpun UMNO/BN ketika ini menikmati kelebihan,
terdapat peluang yang keadaan mungkin berubah seaktu tempoh berkempen
lalu memberikan Pakatan Rakyat kemenangan mengambil alih Putrajaya dalam
pilihan raya ke-13.
Kita tidak perlu merujuk kepada “kemingkinan tinggi” yang diramalkan
ketua ekonomi Bank Islam yang telah digantung Azrul Azwar Ahmad
Tajuddin di Singapore Regional Outlook Forum awal bulan ini bahawa
Pakatan Rakyat berkemungkinan membentuk kerajaan persekutuan dengan
majoriti 28 kerusi – Barisan Nasional pula berkemungkinan memenangi
hanya 97 dan 107 kerusi daripada 222 kerusi parlimen dalam PRU13.
Ini kerana Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Osman memberikan
senario yang hampir serupa seperti Azrul beberapa hari sebelum Singapore
Regional Outlook Forum, menyatakan secara terbuka Pakatan Rakyat boleh
menang dengan majoriti tipis 5% hingga 10% kerusi Parlimen atau majoriti
daripada 12 hingga 22 kerusi.
Pemimpin, propagandis dan tukang putar UMNO/BN tidak mungkin tidak
sedar akan keputusan tinjuan terbaru yang secara amnya menunjukkan
himpunan Pakatan Rakyat meningkatkan sokongan dan kekuatan menjelang
PRU13, dengan peluang dan kemampuan untuk mengubah segalanya ketika
kempen pilihan raya.
Tiga hari lalu, pengarah Pusat Kajian Demokras dan Plihan Raya
(Umcedel) Mohamad Redzuan mengatakan bahawa “mustahil” untuk BN mendapat
semula dua pertiga majoriti di parlimen, menjangkakan BN mengekalkan
status quo dalam PRU13.
Keputusan undian terbaru yang dijalankan Umcedel antara 26 Disember
dan 11 Januari, bagaimana pun, menunjukkan peluang yang lebih gelap buat
BN dalam PRU13, dengan perbeazan antara mereka yang percaya BN mampu
menewaskan PR dalam PRU13 berkurangan daripada 25% pada Disember 2011
kepada 5% pada Januari 2013.
Pertama sekali, responden yang percaya Pakatan Rakyat akan
memperoleh Putrajaya dalam PRU13 meningkat dari 18% pada Disember 2011
kepada 21% pada April 2012 kepada 30% pada September 2012 dan 37% pada
Januari 2013.
Sebaliknya, responden yang percaya bahawa Barisan Nasional boleh
memenangi PRU13 telah menurun dari 43% pada Disember 2011 kepada 49%
pada April 2012 kepada 44% pada September 2012 dan 42% pada Januari
2013.