Senjata terakhir untuk menyelamatkan perikatan UMNO/BN daripada
dihantar ke bangku Pembangkang ialah dengan mewujudkan perpecahan di
dalam Pakatan Rakyat dengan memisahkan PAS dan DAP.
Tindakan itu mencerminkan tahap terdesaknya pemimpin, propagandis
dan tukang putar UMNO/BN mengenangkan peluang mereka untuk
mempertahankan Putrajaya dalam PRU13 yang semakin hampir sehingga
keterdesakkan itu terpapar di dalam harapan dan strategi mereka.
Salah seorang tukang putar media UMNO/BN semalam menganjurkan bahawa “Pakatan parties may go own way”,
berdasarkan andaian “Dengan peluang menawan Putrajaya semakin tipis,
PAS dan DAP mungkin mahu merampas negeri yang mereka suka”.
Beliau menyatakan:
“IS there a case to be made that DAP and Pas may be privately
ditching the idea of taking over Putrajaya and are preparing themselves
to keep the spoils of March 2008 instead?
“DAP, for instance, may want to be the biggest opposition group in
the land, with one or two states in its hands, and Pas with its
continued hold on Kelantan.
“This is especially so when the prognosis of Pakatan Rakyat's
performance for the next general election is generally believed to be
less sterling than what supporters are made to believe.
“Apart from hardcore and partisan supporters, sober political
observers, from all sides of the political divide, share a rather common
reading that the chances of Pakatan taking over Putrajaya in the 13th
general election are rather slim. It is not impossible, but it is slim.
“Or, to put it another way, there is a strong likelihood that Barisan Nasional will be returned to power at the federal level.”
Pemimpin, propagandis dan tukang putar UMNO/BN yang merupakan mangsa
fantasi mereka sendiri memandangkan “pemerhati politik yang waras” dan
bebas memikirkan sungguhpun UMNO/BN ketika ini menikmati kelebihan,
terdapat peluang yang keadaan mungkin berubah seaktu tempoh berkempen
lalu memberikan Pakatan Rakyat kemenangan mengambil alih Putrajaya dalam
pilihan raya ke-13.
Kita tidak perlu merujuk kepada “kemingkinan tinggi” yang diramalkan
ketua ekonomi Bank Islam yang telah digantung Azrul Azwar Ahmad
Tajuddin di Singapore Regional Outlook Forum awal bulan ini bahawa
Pakatan Rakyat berkemungkinan membentuk kerajaan persekutuan dengan
majoriti 28 kerusi – Barisan Nasional pula berkemungkinan memenangi
hanya 97 dan 107 kerusi daripada 222 kerusi parlimen dalam PRU13.
Ini kerana Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Osman memberikan
senario yang hampir serupa seperti Azrul beberapa hari sebelum Singapore
Regional Outlook Forum, menyatakan secara terbuka Pakatan Rakyat boleh
menang dengan majoriti tipis 5% hingga 10% kerusi Parlimen atau majoriti
daripada 12 hingga 22 kerusi.
Pemimpin, propagandis dan tukang putar UMNO/BN tidak mungkin tidak
sedar akan keputusan tinjuan terbaru yang secara amnya menunjukkan
himpunan Pakatan Rakyat meningkatkan sokongan dan kekuatan menjelang
PRU13, dengan peluang dan kemampuan untuk mengubah segalanya ketika
kempen pilihan raya.
Tiga hari lalu, pengarah Pusat Kajian Demokras dan Plihan Raya
(Umcedel) Mohamad Redzuan mengatakan bahawa “mustahil” untuk BN mendapat
semula dua pertiga majoriti di parlimen, menjangkakan BN mengekalkan
status quo dalam PRU13.
Keputusan undian terbaru yang dijalankan Umcedel antara 26 Disember
dan 11 Januari, bagaimana pun, menunjukkan peluang yang lebih gelap buat
BN dalam PRU13, dengan perbeazan antara mereka yang percaya BN mampu
menewaskan PR dalam PRU13 berkurangan daripada 25% pada Disember 2011
kepada 5% pada Januari 2013.
Pertama sekali, responden yang percaya Pakatan Rakyat akan
memperoleh Putrajaya dalam PRU13 meningkat dari 18% pada Disember 2011
kepada 21% pada April 2012 kepada 30% pada September 2012 dan 37% pada
Januari 2013.
Sebaliknya, responden yang percaya bahawa Barisan Nasional boleh
memenangi PRU13 telah menurun dari 43% pada Disember 2011 kepada 49%
pada April 2012 kepada 44% pada September 2012 dan 42% pada Januari
2013.
Responden yang tidak membuat keputusan atau tidak pasti siapa yang
boleh memenangi PRU13 jatuh dari 39% pada Disember 2011 kepada 30% pada
April 2012 dan 26% pada September 2012 dan 21% pada Januari 2013.
Semua yang diperlukan untuk PR menewaskan BN di dalam perlumbaan ke
Putrajaya adalag untuk memenangi lima peratus responden yang tidak
membuatr keputusan atau tidak pasti, iaitu sebanyak 21% pada Januari
2013.
Tambahan pula, tinjauan terkini Umcedel juga menunjukkan popularity
Najib dan Anwar Ibrahim sangat hamper, dengan hanya satu peratus yang
membezakan Najib dengan 43 peratus dan 42 peratus Anwar Ibrahim sebagai
“yang paling layak menjadi Perdana Menteri”.
Tinjauan Umcedel telah mengesahkan bahawa pandangan undian Merdeka
Centre terbaru dalam dua minggu terakhir Disember yang mendapatru
kedudukan popularity Najib telah jatuh ke tahap paling rendah untuk
untuk keseluruhan tahun itu – 63% pada Disember 2012 jika dibandingkan
dengan 69% pada Febuari 2012 – sementara hanya 52 perartus pengundi
mengatakan negara sedang menuju ke arah yang betul, paling rendah sejak
Mei 2010.
Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mempunyai
kedudukan undian yang lebih baik sebelum pilihan raya umum Mac 2008
berbanding Najib menjelang pilihan raya umum ke-13 akan tetapi itu tidak
menyelamatkan jawatan Abdullah.
Kedudukan populariti Abdullah menjunam daripada 91% selepas pilihan
raya umum 2004 kepada 61% pada Disember 2007 (yang mana masih lagi lebih
tinggi daripada populariti Najib pada kedudukan 52% pada Disember 2012)
manakala 63% pengundi merasakan negara menuju ke arah yang betul pada
Disember 2007 (dibandingkan dengan 52% pada Disember 2012).
Walaupun kedudukan Najib telah menjunam ke tahap paling rendah untuk
tahun lalu, Merdeka Centre juga melaporkan bahawa tahap tidak puas hati
telah sampai ke tahap tertinggi di dalam empat tahun pemerintahan
Najib, pada 30% berbanding 28% pada bulan Oktober 2012 dan 16% pada
bulan Mei 2009.
Patut diberi perhatian juga penemuan Merdeka Centre bahawa dikala
kedudukan sokongan terhadap Najib tergelincir 63 peratus,
pemerintahannya dan Barisan Nasional telah mengekori jauh di belakang 47
peratus dan 45 peratus.
Di dalam keadaan ini, pemimpin, propagandis dan tukang putar UMNO/BN
hanya membuat jangkaan tanpa asas ketika mereka membuat pendirian dan
mengambil kedudukan penuh keyakinan bukan sahaja berkenaan kemenangan,
tetapi juga menang besar dalam PRU13 – dengan mencipta fantasi bahawa
Pakatan Rakyat akan berpecah dengan DAP dan Pas menarik diri, dan terus
menghadiahkan UMNO/BN jalan mudah dalam pilihan raya akan datang.
Kita harus menjangkakan UMNO/BN bakal memperbanyakkan politik
penipuan dan pembohongan dengan menambah kempen pengecut memberitahu
orang Melayu dan umat Islam pembohongan bahawa PAS merupakan boneka DAP
pada waktu yang sama menipu orang Cina bahawa DAP hanyalah pelawak buat
PAS – strategi bercanggah, dua muka dan tidak jujur.
Apa pun perbezaan kita di dalam Pakatan Rakyat, sama ada DAP, PKR
dan PAS mempunyai perbezaan ataupun tiada tiga parti komponen di dalam
Pakatan Rakyat kerana semua telah menyatu menjadi satu parti, kami
bertiga tetap beriltizam dengan matlamat bersama seperti mana yang
termaktub di dalam Kerangka Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga
dan pelbagai Pengisytiharan dan Kenyataan Dasar Bersama.
Kami menolak politik hagemoni, kebencian kaum, pelampau agama, rasuah dan kronisme.
Kami komited untuk menegakkan perkara asas di dalam Perlembagaan,
prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, hak asasi manusia, tadbir urus yang
baik dan memerangi rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa bagi
membangunkan Malaysia yang harmoni, berdaya saing, makmur dan progresif
yang mana setiap rakyat Malaysia boleh berbangga sebagai rakyat Malaysia
walau berada di mana-mana pun ceruk dunia.
Rakyat Malaysia dengan itu tidak boleh membiarkan UMNO/BN berjaya
dalam politik Machiavellian penipuan dan pembohongan, dengan tidak
bertanggungjawab bermain api perkauman dan agama, yang mana untuk
pertama kali di dalam 55 tahu sejarah negara, akan wujudnya Kerajaan
Persekutuan rakyat, dari rakyat, untuk rakyat dan buat mereka di
Putrajaya membuka lembaran baru dalam pembinaan bangsa Malaysia – fasa
kedua Merdeka untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada penindas dalam
negara.
No comments:
Post a Comment