Parti BN mengatakan akan menang majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2013"
merupakan berita utrama The Malaysian Insider semalam, melaporkan
bahawa pemimpin BN yakin BN akan menang majoriti dua pertiga parlimen
dalam PRU13.
Bagaimanapun, hanya seorang pemimpin UMNO, ketua propagandanya,
Datuk Ahmad Maslan, telah secara terbuka mengisytiharkan bahawa "BN akan
menang majoriti dua pertiga, lebih baik daripada 2008".
Tidak ada pemimpin BN yang dipetik kerana mempunyai keyakinan
sedemikian, termasuklah naib presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung,
pemimpin MCA yang dipetik di dalam laporan itu.
Apakah alasan yang meyakinan Ahmad?
Aneh, rekod memerangi rasuah dan mengurangkan jenayah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah antara alasannya.
Tidaklah mengejutkan apabila ketua propaganda UMNO, Ahmad cuba untuk
menolak undian pandangan terbaru oleh Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menunjukkan 78 peratus
daripada undian menyatakan integriti dan penyalahgunaan kuasa oleh
pemimpin BN akan memberikan kesan kepada sokongan pengundi dalam PRU13.
Akan tetapi apa yang tidak dapat dibayangkan adalah kepimpinan
UMNO/BN mampu berasa bangga dan berlagak dengan rekod empat tahun
pentadbiran Najib dalam memerangi rasuah dan mengurangkan jenayah,
apabila kedua-dua agenda ini merupakan antara kegagalan besar Program
Transformasi Kerajaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sejak
empat tahun lalu, membangkitkan persoalan sama ada pentadbiran Najib
berpijak di bumi nyata atau hidup di dalam dunia mereka sendiri.
Kita cuma perlu merujuk kepada satu indikator pencegahan rasuah -
laporan tahunan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International
(TI) dari 1995-2012 yang menunjukkan bahwa empat tahun pemerintahan
Najib mempunyai rekod buruk sebagai pemerintahan yang paling korup
dibandingkan dengan Perdana Menteri Malaysia sebelumnya.
Malaysia berada pada kedudukan ke-23 daripada 41 negara oleh CPI TI
pada tahun 1995, menjunam ke No. 37 pada 2003 sewaktu Dr. Mahahatir
Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri, dan terus menjunam ke
kedudukan 47 apabila Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri pada tahun 2008.
Dalam tempoh empat tahun Najib menjadi Perdana Menteri, CPI TI
Malaysia menjunam lebih teruk - No. 56 pada 2009 dan 2010, No. 60 pada
2011 dan No. 54 pada 2012.
Dari segi jenayah pula, kematian seorang kanak-kanak enam tahun yang
hilang, William Yau Zhen Zhong telah menonjolkan hakikat yang
menyakitkan tentang Malaysia, bahawa selain pemimpin dan para Menteri
UMNO/BN yang terpelihara keselematan mereka, negara ini tidak selamat,
sama ada untuk warganya, pelancong, pelabur malah untuk kanak-kanak
seperti William!
Sebelum tsunami politik 2008, Hishammuddin menonjol sebagai salah
seorang pemimpin UMNO/BN yang menghidap sindrom penafian dalam menafikan
yang pelbagai episode julang keris yang beliau lakukan sebagai Pemuda
UMNO telah menjauhkan rakyat Malaysia pertengahan, menyebabkan beliau
menjadi penyebab terbesar kejatuhan UMNO/BN pada 2008.
Adakah Hishammuddin sekali lagi akan menonjol sebagai pemimpin
UMNO/BN dalam pentadbiran waktu ini yang menghidap sindrom penafian
dalam cuba menafkan bahawa kadar jenayah yang semakin buruk dan
kebimbangan terhadap jenayah di Malaysia sejak empat tahun lalu telah
menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan dan legitimasi kelansungan
pemerintahan kerajaan UMNO/BN dan sekali lagi menjadi punca terbesar
kejatuhan UMNO/BN di dalam PRU13?
No comments:
Post a Comment