DAP Terengganu menyifatkan tindakan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) ‘merampas’ kerajaan Perak dengan cara mengugut serta membeli ADUN dari Pakatan Rakyat tidak demokratik.
Strategi UMNO/BN cuba mengganggu-gugat kerajaan Pakatan Rakyat di Perak berjaya hanya dengan taktik yang paling kotor.
UMNO/BN juga menggunakan wang rakyat untuk membeli ADUN yang menghadapi masalah peribadi.
Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk wujudkan suasana politik yang tidak stabil dalam kerajaan Perak
Suasana yang bercelaru di Perak adalah angkara khianat pemimpin UMNO/BN yang tamakkan kuasa.
DAP Terengganu rasa dukacita kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu kini cuba dirampas oleh Barisan Nasional.
Sebagai rakyat Malaysia kita rasa malu dengan sikap pemimpin UMNO/BN itu.
Mereka rakus dan tidak sabar dengan cara toleransi dan demokrasi menjatuhkan kerajaan Perak dengan cara ‘samseng’ dan tidak mengikut perlembagaan negara.
Kami menyokong usaha mewujudkan undang-undang yang boleh menghalang mana-mana wakil rakyat melompat parti.
Ng Chai Hing
Pengerusi DAP Terengganu
No comments:
Post a Comment