Thursday, April 16, 2009

Projek Pulau Warisan RM61 Juta - Rakyat Jadi ‘Pelarian’ Di Tanahair Sendiri


Kuala Terengganu - Rakyat Terengganu bakal menjadi ‘pelarian’ di tanahair sendiri jika kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu hanya mementingkan projek pembangunan negeri.

Rakyat sering kali terpinggir dan dipinggirkan dalam arus pembangunan yang dibawa oleh pemimpin kerajaan BN yang korupsi dan rasuah.

Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing berkata nasib rakyat tidak dipedulikan dalam mengejar arus kemajuan dan pembangunan seperti yang dialami oleh penduduk di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Katanya, kerajaan hari ini tidak sabar untuk melaksanakan pembangunan di Pulau Warisan sehingga meminggirkan nsib rakyat yang susah dan miskin.

“Kita (DAP) tidak menentang pembangunan dan kemajuan tetapi harus mengambil-kira masalh penduduk yang terpaksa berpindah dari tempat asal mereka.

“Mereka (penduduk) itu telah lama tinggal dan tidak ada tempat lain. Jika tidak diberi pampas an dan tempat ganti macam mana mereka hendak pindah,” ujarnya kepada Harakah, hari ini.

Menurutnya, tidak manasabah kerajaan negeri tidak ada peruntukan pampas an kepada penduduk terbabit sedangkan kos projek itu menelan belanja jutaan ringgit.

Beliau mendakwa kos projek Pulau Warisan yang sedang dilaksanakan itu bernilai RM61 juta serta melibatkan 102 buah keluarga keseluruhannya.

Katanya, bangunan di Kampung Cina itu termasuk dalam senarai bangunan sejarah warisan yang dipelihara serta wajar dipertahankan oleh masyarakat tionghua di negeri ini.

Berikutan itu, katanya penduduk di Kampung Cina terutama masyarakat tionghua mencabar wakil rakyat dari MCA, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam sekitar negeri, Toh Chin Yaw meletak jawatan.

“Penduduk di Kampung Cina dan pengundi tionghua cabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Toh Chin Yaw letak jawatan sebagai wakil rakyat MCA di Bandar.

“Dia (Toh) tidak dapat bela rakyat dan penduduk di Kampung Cina untuk kerajaan bayar pampasan dan ganti tempat baru,” ujarnya.

Katanya, lambat-laun rakyat di negeri ini akan jadi pelarian di tanahair sendiri kerana kerakusan pemimpin kerajaan Barisan Nasional.

Menurutnya, beberapa siri pertemuan dan dialog antara penduduk dengan pihak berkuasa tempatan pernah diadakan tetapi tetap merugikan rakyat.

1 comment:

Reformis Jalanan said...

please link kan sekali blog saya http://reformisjalanan.blogspot.com/

saya orang kuala terengganu.