Sunday, April 19, 2009
YB Wahid Endut Bawa Kes Plaza Paya Bunga dan Perpindahan Kg Cina Dalam Sidang DUN
(Gambar - Wahid menerima memorandum dari seorang pembeli premis Plaza Paya Bunga dan kemudiannya membawa isu tersebut ke dalam Sidang DUN Terengganu )
Sepatutnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar yang menyuarakan masalah penduduk bandar dalam Sidang DUN, namun YB Toh tak berbuat apa-apa malah apabila YB Wahid Endut membawa kes perpindahan Kg. Cina, YB Toh cuma berkata ia melibatkan tanah kerajaan dan bukan tanah orang kampung.
Namun begitu YB Wahid berkata walaupun tanah tersebut adalah tanah kerajaan, orang-orang kampung Cina telah tinggal lebih 60 tahun.
Oleh itu beliau meminta kerajaan supaya menimbangkan sewajarnya tempat perpindahan dan bayarn yang sewajarnya bagi menanggung kos pindah kepada rakyat Kg Cina yang terpaksa berpindah kes buat jalan ke Pulau Warisan.
Manakala kes Plaza Paya Bunga, selepas YB Wahid berucap meminta kerajaan negeri menyelesaikan masalah Plaza Paya Bunga, Menteri Besar berjanji dalam Dewan Undangan Negeri akan selesai secepat mungkin.
Klik Untuk Dengar Ucapan YB Wahid Endut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment