DAP mencabar Wong Soon Koh untuk menunjukkan bukti bertulis bahawa Kerajaan Persekutuan secara prinsipnya berjanji untuk mengambil alih Jambatan Rejang (dulunya dikenali Jambatan Lanang) dan seterusnya memansuhkan tol jambatan tersebut.
Wong Soon Koh hanya mengulangi kenyataan tersebut melalui video rakaman yang dimuatnaik ke atasyoutube.com. Jikalau ini bukan sesuatu janji yang palsu, mengapa Wong Soon Koh tidak berani untuk berhadapan dengan media atau rakyat jelata serta menunjukkan bukti-bukti yang berkaitan?
Sehingga hari ini, kami belum terdengar apa-apa pengumuman yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan Persekutuan. Lagipun, jambatan tersebut bukan merupakan sebahagian daripada jalan persekutuan, kenapa Kerajaan Persekutuan perlu mengambil alih jambatan tersebut?
Selama ini, hanya Wong Soon Koh yang mengulangi janji yang kosong tersebut. Tiada orang yang pernah ditunjukkan bukti kukuh bahawa Kerajaan Persekutuan bersedia untuk mengambil alih jambatan tersebut serta memansuhkan tol jambatan.
Bagi projek tersebut, separuh kosnya ditanggung oleh pengguna-pengguna jambatan melalui bayaran tol yang dibayar oleh mereka setiap hari manakala separuh lagi dibayar melalui urusniaga barter.
Syarikat kroni Barisan Nasional yang dikurniakan projek tersebut bukan sahaja memperolehi sebidang besar tanah kerajaan malah dapat mengutip tol jambatan selama 25 tahun. Pengambilalihan jambatan oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan akan menyebabkan syarikat tersebut mengaut keuntungan besar tanpa perlu menawarkan perkhidmatan lagi kepada pengguna-pengguna jambatan.
Selain daripada pengumuman bahawa Kementerian Kerja Raya Persekutuan secara prinsipnya berjanji untuk mengambil alih jambatan tersebut, Wong Soon Koh juga bercakap bohong bahawa Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukan tambahan bagi projek tersebut melalui kajian separuh penggal bagi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Ini merupakan suatu pembohongan terbesar supaya rakyat yang tidak faham akan prosedur kewangan Kerajaan Persekutuan percaya akan dengan apa yang diulangi oleh Wong Soon Koh dan seterusnya menyokong SUPP atau Barisan Nasional.
Jikalau cadangan untuk mengambil alih Jambatan Rejang sejak dahulu tidak diperakui untuk perlaksanaan di bawah RMK-10, Kerajaan Persekutuan tidak mungkin akan menyediakan peruntukan tambahan untuk tujuan tersebut.
Lebih-lebih lagi, Kerajaan Persekutuan tidak akan membelanjakan peruntukan tambahan ke atas pengambilalihan jambatan tersebut yang bukan sebahagian daripada jalan persekutuan. Kita juga tidak lihat ada sebarang kewajaran untuk Kerajaan Persekutuan membelanjakan peruntukan tambahan ke atas sesuatu projek yang tidak perlu disegerakan.
DAP menyeru Wong Soon Koh supaya bercakap benar serta menunjukkan bukti- bukti yang berkaitan. Sebarang kenyataan yang tidak boleh disokong dengan bukti yang kukuh sememangnya merupakan cakap-cakap kosong BN sahaja!
Hanyalah dengan kemenangan besar bagi DAP atau Pakatan Rakyat melalui pilihan raya Negeri Sarawak kali ini, tol jambatan tersebut baru dapat dimansuhkan oleh Kerajaan Negeri tanpa peruntukan tambahan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.
TING TZE FUI

No comments:
Post a Comment