Pengerusi DAP Limbang dan calon Bukit Kota Leong Kwang Yew telah mengadakan lawatan ke Hospital Limbang pagi tadi. Dia mengutuk Kerajaan Barisan Nasional yang tidak menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Limbang. Hospital Limbang tidak pernah dinaiktaraf untuk rakyat Limbang. Yang ada cuma van jenazah untuk menghantar mayat dari Hospital Miri ke Limbang!
Pagi ini, Leong Kwang Yew yang diiringi oleh ahli DUN Perak Thomas Su dan ahli DUN Selangor Jenice Lee telah melawat Hospital Limbang. Malah mereka turut menghadiahkan buah-buahan dan cenderahati yang disumbangkan daripada rakyat Limbang kepada pesaki-pesakit. Mereka juga turut melancarkan risalah kempen pilihanraya DUN Sarawak “Jauhnya Hospital.”
Menurut Leong Kwang Yew berkata, dia difahamkan salah seorang ibu yang sepatutnya dihantar ke Hospital Miri terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Limbang dalam keadaan kritikal. Mujur kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.
“Sampai bilakah rakyat Limbang perlu menderita kesakitan dan kesengsaraan begini? Jika saya dilantik sebagai Ahli DUN Sarawak, saya pasti akan memperjuangkan satu hospital yang dilengkapi dengan kemudahan dan doktor pakar untuk rakyat sini. ”
Hospital Limbang tiada kemudahan yang lengkap dan doktor pakar. Dari segi struktur geografi, rakyat Bukit Kota yang diapit oleh Brunei tiada alternatif lain untuk melaluinya melainkan masuk dan keluar Miri melalui sempadan negara Brunei dan terpaksa menanggung kos- kos lain.
Dalam risalah yang baru dilancarkan itu, dasar Pakatan Rakyat telah berjanji akan membantu semua rakyat tanpa mengira latar belakang. Setiap rakyat Malaysia termasuk Limbang berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik dengan kos yang berpatutan tanpa berkecuali.
No comments:
Post a Comment