Tuesday, April 12, 2011

Pengerusi DAP Limbang dan Calon Bukit Kota (N68)Leong Kwang Yew mencabar calon BN Dr. Abdul Rahman supaya melawat ke Medan Bangkita bersama-bersama pada Hari Jumaat (15 Apr) yang akan datang.

Leong Kwang Yew berkata, dia tidak bersetuju dengan kenyataan Abdul Rahman dalam Utusan Borneo semalam. Abdul Rahman mengatakan tuduhan yang dilemparkan parti pembangkang terhadap bangunan Medan Bangkita yang disediakan kerajaan bagi menempatkan para penjaja sebagai projek gajah putih hanya fitnah dan tohmahan untuk meraih undi.


Dia berkata, Medan Bangkita telah siap dibina tiga tahun yang lalu, tetapi masih tidak lebih daripada 10 gerai berniaga di situ, bukankah keadaan ini satu Gajah Putih?

“Medan Bangkita tiada bekalan air, tiada bekalan elektrik, tiada tandas awam juga.”

Dia berkata ahli Parti DAP akan menunggu ketibaan Dr Abdul Rahman di Medan Bangkita dan memahami masalah rakyat Limbang bersama-sama.

No comments: